Monday, September 7, 2009

berita baik buatmu muslimah

Ramadan telah tiba, bulan yang penuh dengan kelebihan dan ganjaran. Setiap detik di dalam bulan yang penuh keberkatan ini amat berharga bagi sesiapa yang sedar akannya.

Bagi muslimah yang sedar akan hakikat ini, mereka yang haid bersedih kerana merasa tidak mampu merebut pahala ibadah di bulan ini, terutamanya sekiranya ia datang ketika tempoh 10 malam terakhir. Ia lahir dari seorg yang mengharapkan keampunan dan ganjaran daripada Tuhannya. Saidatina Aisyah ra sendiri pernah menitiskan air mata kesedihan kerana merasa hilangnya peluang beramal dengan kedatangan haid.

Mari kita lihat bagaimana Rasulullah saw menangani perasaan Aisyah ketika beliau sedang menunaikan haji. Baginda bersabda : "ini adalah suatu yang ditetapkan Allah ke atas anak-anak perempuan Adam, maka tunaikanlah apa yang ditunaikan oleh orang yang melakukan haji kecuali janganlah kamu bertawaf di Baitullah sehingga kamu telah mandi (suci dari haid)".( Riwayat Muslim )

Janganlah bersedih kerana Allah berfirman yang bermaksud : "Dan janganlah kamu mengharapkan(ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu(untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain(tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonlah kepada Allah akan limpah kurniyanya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." [ al-nisa':32 ]

Oleh itu, sekiranya anda redha dengan sebenar-benar redha, anda telah mengerjakan ibadah hati yang akan merasai keimanan. Sabda Rasulullah saw bermaksud : "telah merasai kemanisan iman barangsiapa yang redha dengan Allah sebagai Tuhan, dan dengan Islam sebagai deen, dan Muhammad sebagai nabi dan rasul." (Riwayat Muslim)

Selain itu, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : "Barangsiapa yang memberi makan orang yang berpuasa, dia akan mendapat pahala sepertinya, dan ianya tidak akan mengurangkan pahala prang yang berpuasa sedikitpun" (Riwayat Tarmizi)

Akhir kata , sebelum datangnya tempoh haid anda, perbanyakkan amal ibadah, semoga Allah tetap memberikan ganjaran bagi amalan yang kita terhalang dari melakukan disababkan haid. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : " Sekiranya seorg hamba muslim sakit atau bermusafir, (tetap) ditulis baginya apa yang dahulunya dia lakukan katika dia sihat dan bermukim." (Riwayat Al-Bhukari dan Al-Baihaqi)