Thursday, April 22, 2010

Rahsia Bahagia??

Assalamualaikum

Apabila kita berkasih sayang kerana Allah swt, sesungguhnya Allah dekat dan mekar di hati-hati kita--->> the best preparation for the dayafter is to do today's work superbly well.

Dalam hadis Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya dari kalangan hamba-hamba Allah adanya golongan yang mereka bukan para nabi, atau para syahid. Namun para nabi dan para syahid cemburu kepada mereka pada Hari Kiamat disebabkan kedudukan mereka di sisi Allah”. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Beritahulah kami siapakah mereka?”.

Jawab Nabi: “Mereka itu golongan yang cinta mencintai dengan ruh Allah, tanpa ada hubungan kekeluargaan dan bukan kerana harta yang diidamkan. Demi Allah, sesungguhnya wajah-wajah mereka adalah cahaya, mereka berada atas cahaya. Mereka tidak takut pada saat manusia ketakutan, mereka tidak berdukacita ketika manusia berdukacita”.



Hanya berkatMu kami pohon Ya Allah...ameen^_^

Wednesday, April 21, 2010

Mencari redhaMu Ya Allah ^_^

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

"Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (Surah Al-Baqarah : ayat 186)

"Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepada mu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri, iaitu orang-orang yang kikir dan menyuruh orang lain berbuat kikir. Barang siapa berpaling (dari perintah-perintah Allah), maka padahnya menimpa dirinya sendiri, sesungguhnya Allah Dialah Yang Maha kaya lagi Maha Terpuji. (Surah Al-Hadid : ayat 23 & 24)

Redha bererti menerima segala keputusan Allah SWT kepada anda. Redha adalah ciri orang beriman dan sikap terpuji. Orang yang redha kepada Allah SWT, atau pasrah hanya kepada keputusan Allah SWT akan sentiasa mendapat curahan Rahmat-Nya. Anda harus yakin bahawa doa anda pasti dikabulkan oleh Allah SWT dan menerima setiap pemberian Allah SWT dengan keredhaan. Katakan kepada diri anda bahawa anda hanya yakin dan redha kepada Allah SWT semata.

Lawan dari sikap redha adalah kecewa atas keputusan-keputusan Allah SWT. Sikap ini adalah bayang-bayang kekafiran. Sikap kecewa muncul dari jiwa yang gelisah dan fikiran yang ragu kepada Allah SWT. Sedangkan redha muncul dari jiwa yang tenang dan fikiran yang kukuh. Sikap redha selalu mengiringi anda untuk mensyukuri nikmat-Nya, sedangkan kecewa kepada Allah SWT akan mengiringi anda kepada kekufuran. Jadilah hamba Allah SWT yang hanya redha kepada-Nya dan diredhai-Nya.


Di dalam kehidupan ini, tiada yang paling bermakna melainkan kita berjaya mendapat redha ALLAH azza wa Jalla.

Apabila segala apa usaha itu ALLAH SWT redhai, pasti kita akan beroleh berkat. Menilai keberkatan ini bukan dengan kemewahan kita, bukan jua dengan pangkat dan kuasa kita...berkat ini akan kita lihat dengan kedamaian dan kebahagian hidup di dunia dan akhirat. Meskipun banyak dugaan dan rintangan, insan yang peroleh rahmat ALLAH mengganggap itu semua sebagai ujian. Ingatlah...yang kekal ialah alam akhirat...dunia cuma sementara.

Marilah sama-sama kita mohon agar ALLAH menjadikan kita hambaNYA yang dirahmati dan diredhainya. Hanya Redha ALLAH yang kita cari..ameen^_^

Monday, April 19, 2010

Membuat Bidadari Syurga Cemburu Kepadamu

Bidadari Syurga...Sungguh makhluk yang sangat indah dan menakjubkan. Para kaum Adam tentu akan terperangah jika melihatnya. Namun, tunggu sebentar..!! Ada hadits lain yang menyebutkan bahwa : ‘Sebaik- baiknya perhiasan adalah wanita sholihah’. Saya yakin para kaum hawa merasa lega setelah mendengar hadith tersebut.

Ummu Salamah radhiyallahu‘anha pernah bertanya kepada Rasul, “Wahai Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli.?” Beliau menjawab, “Wanita- wanita dunia lebih utama daripada bidadari- bidadari yang bermata jeli, seperti kelebihan apa yang tampak daripada apa yang tidak tampak.” Saya bertanya, “Mengapa wanita dunia lebih utama daripada mereka?” Beliau menjawab, “Karena solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah.

Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuning-kuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya terbuat dari emas. Mereka berkata, ‘Kami hidup abadi dan tidak mati, kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali, kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali, kami redha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya’. MasyaAllah… Sungguh dialog yang sangat indah. Jika kalimat tersebut dikutip, tentu banyak kaum Adam yang akan bertekuk lutut.

Dari dialog Rasulullah tersebut, dapat disimpulkan bahwa : sebaik- baiknya Bidadari Syurga, tetap lebih baik wanita yang solihah. Dengan kata lain, ‘Bidadari yang terindah adalah wanita solihah’.

Sungguh betapa mulianya seorang muslimah yang senantiasa menjaga ibadah dan akhlaknya, senantiasa menjaga keimanan dan ketaqwaannya kepada Allah. Yang tatkala cubaan dan ujian menimpa, hanya kesabaran dan keikhlasan yang ia tunjukkan. Di saat gemerlap dunia kian dahsyat menerpa, ia tetap teguh mempertahankan keimanannya. Ia bisa menjadi penyejuk hati bagi orang-orang di sekitarnya. Dan ‘Bidadari Syurga pun Cemburu kepada Mereka’ karena keimanan dan kemuliaannya. Wanita dunia solihah, yang kelak akan menjadi bidadari- bidadari surga yang begitu indah.



p/s: mari sahabat yang dikasihi sekalian berusaha mengejar cinta dan redhaNYA...kami pohon kekuatanMu Ya Allah...ameen^_^

Sunday, April 18, 2010

Ketika Cinta BerUSRAH ^_^

Assalamualaikum muslimat MMMC dikasihi sekali..

Program yang dinanti-nantikan telah tiba....jom ramai2 ^_^



"Ketika cinta berusrah, roh, pemikiran dan intelek muslim dibangun dengan mengkaji kurikulum tertentu dalam membina individu muslim yang soleh wa musleh yang sentiasa bersemangat dan tegar membangun diri dan bergerak kerja dalam mengejar redhaNya..."

Muslimat MMMC dijemput hadir.
Mari menjalinkan ikatan ukhuwwah keranaNYA...semoga mendapat keberkatanNya..ameen^_^

p/s: klik untuk besarkan imej

Posted By Sisters United MMMC, Melaka

Saturday, April 17, 2010

Muslimat MMMC Dijemput Hadir ^_^

assalamualaikum muslimat MMMC sekalian

Nantikan kedatangan program "KETIKA CINTA BERUSRAH" tidak lama lagi.



"Ketika cinta berusrah, roh, pemikiran dan intelek muslim dibangun dengan mengkaji kurikulum tertentu dalam membina individu muslim yang soleh wa musleh yang sentiasa bersemangat dan tegar membangun diri dan bergerak kerja dalam mengejar redhaNya..."

Sama2 kite meriahkan surau sebelah Gazebo..JOM!!!

COMING SOON APRIL/MEI 2010

BY SISTERS UNITED MMMC, MELAKA

P/S: exclusive by tiraipelangi

Friday, April 16, 2010

Cuti cuti di Rawang:)

assalamualaikum wbt,

alhamdulillah, exam long case ortho dah selesai. rasa free sgt weekend ini, so buat keputusan untuk melawat makcik, lebih terkenal dengan gelaran rokiama, or MAK!!!pengasuh saye sewaktu alam neonatal sehingga 3 tahun...hehehe...kakak kepada mak saye:)rokiamaa ini unik orang nyer, tabah, tegas dan penyayang juge...hehe...walau sibuk mcm mana pun die tetap layan saye n karenah saye(biasala muda2 byk masalah ..baru nak hold tight princip in life la katakan)...tempat mendapat nasihat dan dorongan selain mak dan ayah saye:)rindu mereka jugak...xsabar nak tunggu cuti panjang...heee...nak tgk hamzah juge...ish ish...bertambah rindu memikirkan mereka di umah:)

Sebenarnye terbaca sebuah novel "Denyut Kasih Medic" sepanjang dalam train semalam. Came across this few lines...

" Wahai pesakit, kenapa memilih untuk menjauhi diri daripada Allah sedangkan Allah menguji kamu dengan sakit sabagai tanda cintaNya? Dia memberi peluang untuk sebuah pengampunan. Hargailah dengan mengeratkan hubungan denganNya"

"Beruntunglah jiwa yang tetap gagah mensyukuri Allah SWT walau apa jua ujian menimpa, sebagaimana Anas r.a meriwayatkan sebuah hadis berbunyi : 'Sesungguhnya besarnya pahala tergantung pada besarnya ujian. Jika Allah mencintai suatu kaum maka Allah akan mengujinya dengan cubaan. Barang siapa yang redha atas cubaan tersebut maka dia mendapat keredhaan Allah dan barang siapa yang berkeluh-resah (marah) maka ia mendapat murka Allah SWT'"

Menitis air mata membaca these few lines....

Astargfirullahalazim...Ya Allah ku mohon ampun seribu ampun sekiranya diri ini pernah berkeluh resah atas ujian yang diuji olehMu kerana cintaMu pada hamba kerdil ini...ampunkan aku...

Refleksi...terpikir talkala kita sedang sibuk belajar yang saya pikir kesibukan itu adalah umpama satu bentuk ujian Allah pada kita sebagai pelajar medic, sejauh mana kita tetap mengingati Allah dalam setiap perbuatan kita, sejauh mana pergantungan kita kepada Allah terhadap hasil pembelajaran kita, sejauh mana keputusan kita itu adalah dari Allah disebabkan perbuatan kita sendiri. Seperti FirmanNya dalam Surah al-Syura ayat 30 :

" Apa saja musibah yang menimpa kamu maka disebabkan oleh perbuatan tangunmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (daripada kesalahan-kesalahan kamu)."

Insaf-insaf, Ya Allah, ku pohon bantuan Mu Ya Allah, bantu la kami, kuatkan la kami, tabahkan la kami, istiqamahkan lah kami untuk meraih kecemerlangan dengan izinMu, hanya redha dan berkat Mu yang kami pohon, kasihanilah kami Ya Allah..ameen^_^



p/s: akan bertolak pulang petang ini, walaupun singkat visit ini, tetapi dengan berjumpa rokiama, ku peroleh semangat kembali untuk melangkah untuk dalam perjuangan ini...berkati hidup ku Ya Allah, berkati hidup kedua ibu bapaku dan makcik ak bernama rokiah...ameen^_^

Thursday, April 15, 2010

Review Sharing is Caring 3 April 2010

Review Sharing Is Caring - Want To Be An Excellent Muslim Doctor??

A Talk By Dr Zainal & Dr Maimunah

Assalamualaikum wbt.

Mungkin ramai tertanya-tanya apakah maksud tersirat program tersebut???...nak tahu jom kita imbas kembali...Recap Recap Recap...semoga bermanfaat^_^

Satu program "sharing is caring" telah diadakan di Pejabat JIM pada 3 April 2010 jam 2.30 hingga 5.00 petang. Seramai 46 muslimat dan 8 muslimin telah menghadirkan diri diwakili dari batch senior dan junior, batch 17, 18, 19, 20 dan 21. Bertujuan semata-mata mengukuhkan ikatan silaturrahim antara batch-batch di MMMC.InsyaAllah...Ameen...

Sepanjang talk, intipati yang ditekankan ialah ukhuwwah rabbaniah, di mana Islam itu kuat kerana persaudaraan yang kuat dibina atas dasar iman dan taqwa kepada Yang Maha Esa. Asasnya demi mencari keredhaanNya. Di mana, kita sedia maklum bahawa majlis ilmu adalah merupakan taman-taman syurga di dunia. Sesiapa yang tidak mencium haruman Syurga di dunia, mana mungkin dia akan dapat mencium haruman syurga di akhirat nanti. Sebagaimana yang diajarkan kepada kita agar menjadi antara empat golongan yang akan mendapat perlindungan Allah pada hari akhirat sebagaimana Allah berseru di dalam hadis Qudsinya :

"Di manakah orang yang saling berkasih sayang kerana-Ku, yang saling ziarah menziarahi kerana-Ku, yang saling duduk kerana-Ku dan saling nasihat menasihati kerana-Ku, pada hari ini, aku tempatkan mereka dalam naungan-Ku pada hari yang tidak ada naungan melainkan naungan-Ku..”.

Kesimpulan yang dapat diambil daripada talk yang diberikan ialah EXCELLENT nyer kite adalah bergantung kepada izin ALLAH SWT atas usaha dan keringat yang kita taburkan demi mencapai kejayaan dan kegemilangan tersebut. Allah s.w.t telah mencipta umat Islam umat yang cemerlang kerana ukhuwwah yang tulus kerana-Nya dan doa sekalian hambaNya yang menginginkan pertolonganNya disamping usaha, strategi dan tawakkal kepada-Nya. Seperti firman Allah dalam surah An-Nasr:

"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk agama Allah, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepada-Nya. Sungguh, Dia Maha Penerima Taubat. "

Moga sekalian para Malaikat telah datang memberikan rahmat kepada mereka yang telah menghadirinya dan berkat dari Allah SWT disusuli sepanjang zaman. InsyaAllah.. Ameen..^_^

Remember : The COLORS (excellence) are from ALLAH THE ALMIGHTY. Grab it by performing your duty to Allah..InsyaAllah...Ameen ^_^



Posted by Sisters United MMMC, Melaka

pencuri terbesar

Bismillahirahmanirahim

peringatan daripada seorang adik,

Duhai sahabat,
sungguh ini adalah perkongsian tanda kasih sayang ku pada kalian,
jua peringatan buat diriku yang masih jahil ini..

Cinta itu FITRAH
namun, bisa mengundang FITNAH

Cinta itu INDAH
tapi bisa mengundang MUSIBAH

Letakkan cinta pada yang HAQ,
Suburkan pada yang layak,
Itulah cinta suci membawa Syurga Abadi..



p/s: aku hanya mencari redhaMU..ameen^_^

Wednesday, April 14, 2010

Hikmah Allah lebihkan wanita dalam perasaannya.....

Suatu ketika seorang anak bertanya kepada ibunya,"Ibu,mengapa ibu menangis?"Ibunya kemudian menjawab pertanyaan anak kecil itu,"Sebab ibu adalah seorang perempuan nak...".Si anak yang langsung tidak memahami jawapan ibunya itu menjawab,"Saya tak mengerti,ibu".Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya pula,"Ayah,mengapa ibu menangis?".Ayahnya menjawab,"Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas.Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan".Si anak semakin tidak memahami jawapan yang diberi oleh ayahnya itu.

Si anak membesar menjadi remaja dan dia tetap terus tertanya-tanya,"Mengapa perempuan menangis?".Hingga pada suatu malam si anak bermimpi dan dalam mimpi tersebut dia bertanya kepada Tuhan,"Ya ALLAH,mengapa perempuan mudah menangis?".Lalu ALLAH menjawab di dalam mimpinya...

"Saat KU ciptakan wanita,AKU membuatnya menjadi sangat utama.KU ciptakan bahunya agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya,walaupun bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tidur.KU berikan wanita kekuatan untuk melahirkan bayi dari rahimnya,walau kerap berulang kali menerima cerca dari si bayi yang dilahirkannya apabila is telah membesar.KU berikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan,pantang menyerah saat semua orang berputus asa.KU berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih,sakit,penat tanpa berkeluh kesah.KU berikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam situasi apa pun.Walaupun acap kali anaknya itu melukai perasaan dan hatinya.Perasaan ini pula akan memberikan kehangatan pada anak-anaknya yang mengantuk menahan lelap.Sentuhan inilah yang memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.KU berikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya.Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tidag terkoyak?KU berikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya.Walau seringkali kebijaksanaan itu menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar,sering melengkapi dan menyayangi.Dan akhirnya,KU berikan AIR MATA agar dapat mencurahkan perasaannya bila masa ia menginginkannya.Ini bukan kelemahan bagi wanita kerana sebenarnya air mata ini adalah 'Air Mata Kehidupan'..."

Barulah kini si anak mengerti akan sebabnya mengapa wanita seringkali menangis dan agak sukar difahami oleh segelintir insan bernama lelaki...



p/s: Berkatilah ibu dan ayahku Ya Allah...kasihanilah mereka Ya Allah...Ameen^_^

Tuesday, April 13, 2010

Bengkoknya wanita..


"Leceh betullah orang perempuan ni. Tegur sikit dah merajuk. Kena pujuk, nasihat lembut-lembut, cakap baik-baik... hai leceh betul. Tetapi kalau dibiarkan menjadi-jadi pulak! Kita punya kerja pun dia nak langgar. Buat kerja ikut semangat, tak pandang kiri kanan lagi."

"Eh, apa yang kau ngomelkan ni Fuad? Siapa yang buat hal kali ni?"

"Staff aku si Lina tu lah. Baru tegur sikit, dah monyok. Hari ni dah tak datang kerja. Susahlah macam ni. Kerja pejabat akan terganggu."

"Entah-entah dia ada hal lain. Engkau belum siasat dah jump to conclusion."

"Alaah... orang perempuan memang macam tu. Kan Nabi pun kata yang orang perempuan tu ibarat tulang rusuk yang bengkok*? Sebab dia bengkoklah orang perempuan suka buat perangai. Kita nak luruskan nanti patah pulak. Kalau dibiarkan terus, makin bengkoklah. Hai susah, susah."

"Jangan cakap macam tu, Fuad. Maksud Hadis tu bukan begitu."

"Eh, kan Hadis itu sudah lumrah diperkatakan? Apa yang tak kena pulak, Naim?"

"Maksud aku begini. Menafsirkan Hadis itu seolah-olah orang perempuan tu memang Allah ciptakan sebagai satu golongan yang "disadvantaged" atau terkurang seperti yang engkau cakapkan seolah-olah mengatakan yang Allah itu berat sebelah. Walhal Allah itu Maha Adil dan Dia ciptakan lelaki dan perempuan itu sama sahaja dari segi kemampuan mereka untuk meningkatkan iman dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Bengkok yang disebut di dalam Hadis itu bukan bermakna yang mereka itu sentiasa cenderung ke arah melakukan perkara-perkara yang tidak baik."

"Buktinya, apabila Rasulullah s.a.w. datang membawa ajaran Islam, baginda menaikkan taraf perempuan yang sebelum itu dianggap "golongan yang tak berguna" kepada "sayap kiri" kepada masyarakat. Beliau ada memberikan tugas-tugas yang penting kepada orang perempuan, terutama bila kaum lelaki keluar berperang. Sebagai sayap kiri, tentulah mereka diiktiraf seimbang dengan sayap kanan."

"Tapi, memang orang perempuan kuat merajuk. Jenuh kita nak layan dia."

"Merajuk bukan berlaku pada orang perempuan saja. Orang lelaki juga kuat merajuk. Mungkin cara merajuk atau cara `protes` tu yang tak sama. Punca merajuk sebab iman lemah, bukan sebab jantina. "Lagipun, apa salahnya kalau kita tegur orang perempuan dengan berlemah-lembut dan berhikmah. Bukankah begitu tuntutan Islam. Kalau kita marah-marah sehingga mereka merajuk, bukan mereka yang salah, tetapi kitalah yang salah. Entah-entah waktu itu kita lebih`bengkok` daripada mereka!"

"Eh, eh engkau ni. Asyik nak bela orang perempuan aje."

"Aku bukannya nak bela siapa-siapa. Aku cuma nak betulkan pemahaman yang tidak betul terhadap Hadis tu."

"Apa maksud sebenar Hadis tu?"

"Orang perempun yang diibaratkan seperti tulang rusuk yang bengkok itu bukan bermakna satu kekurangan, tapi sebenarnya adalah satu "penyempurnaan" . Sepertimana juga usus manusia yang berlipat-lipat dan berlingkaran itu bukanlah satu ketidakbetulan tetapi begitulah keadaan usus yang sempurna. Bengkoknya tulang rusuk itu kerana ia bersifat `pelindung`. Ia melindungi organ-organ penting di dalam tubuh manusia seperti jantung, paru-paru, hati dan limpa. Kalau tulang kakilah yang diletakkan di dada manusia, sudah tentu ia tidak dapat berperanan sepertimana tulang rusuk yang bengkok itu."

"Oh begitu. Jadi bila Nabi katakan yang orang perempuan itu seperti tulang rusuk yang bengkok, beliau hanyalah hendak memperlihatkan perbezaan peranan mereka berbanding lelaki?"

"Begitulah. Selain itu, maksud `tulang rusuk yang bengkok` itu ialah sifat `rahmah`. Orang perempuan itu sifat semulajadinya penyayang. Perasaannya halus. Kerana adanya sifat-sifat itu, orang perempuan boleh sabar menjaga dan melayan anak-anaknya yang berbagai kerenah. Mereka juga sabar dan tekun melakukan kerja-kerja rumah yang mungkin kepada kita sangat membosankan. "

"Begitu jugalah di dalam masyarakat, orang perempuan sangat sesuai menjadi guru, jururawat, dan apa juga bidang yang dalam kemampuannya. Oleh itu jangan cuba buang sifat "bengkok" ini daripada orang perempuan dengan memberikan mereka tugas-tugas yang tidak sesuai. Kalau tulang rusuk sudah patah, organ-organ yang penting tadi tidak akan selamat."

"Jadi peranan mereka sebenarnya penting. Bayangkanlah betapa besar peranan dan jasa ibu yang menjaga dan mengasuh kita dari kecil hinggalah besar."

"Hmm, betul tu Naim."

"Sebenarnya tiada siapa yang `bengkok` mengikut tafsiran yang engkau gunakan. Bengkok atau tidaknya seorang lelaki atau perempuan itu bergantung kepada iman dan akhlaknya. Orang lelaki kalau tidak berusaha untuk membuang sifat-sifat yang terkeji di dalam dirinya pun akan jadi bengkok juga, malah lebih bengkok dari orang perempuan yang ada usaha membaiki dirinya."

"Baru aku sedar, akulah yang bengkok. Asyik marah-marah dan tidak sabar."

"Memang tidak sepatutnya kita lihat orang lain itu lebih `bengkok` daripada kita. Sebaliknya kita patut sentiasa merasakan yang kitalah yang lebih `bengkok` daripada semua orang lain di muka bumi ini... "


*Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya, jika kamu terus biarkan begitu ia akan terus bengkok. Oleh itu terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik. (Hadis riwayat al-Bukhari no: 4890)

p/s: what matters is not to see through one another, but to see one another through together with acceptance..wallahualam^_^

Wanita Solehah Idaman Mujahid

"Indahnya kalammu wanita solehah yang berjuang disisi mujahid soleh....
Seindah-indah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah...”

Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini. Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.
”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”

Wanita solehah idaman mujahid soleh yang malunya menjadi perisai dirinya, yang zikirnya menjadi penawar dirinya; tak gentar di acah mehnah duniawi kerana dia rindukan wangian syurgawi, dia berpegang pada janji yang terpatri di lubuk hati. Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini.

Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh mak, bapak dan insan yang pernah mendidik diri ini. Tiada harta untuk kupersembahkan, hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata ...
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Rum: 21)

Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa a.s, sama seperti mu.
”... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...” (Ali Imran : 159-160)

Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata. Aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. Pendirianku...pernikahanku akan ku jadikan medan pencarian ilmu agama sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini. Aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, suamiku dan anak-anak untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,

" Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya."
(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)

Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan.
“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (An Nisaa’ : 1)

Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".
(An-Nissa':34)

Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia. Aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku. Jadikanlah suatu pernikahan itu sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah.

Aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas kahwin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, dan hadis-hadis Nabawi kerana aku meyakini bahawa Qalam itu mampu memimpin rumahtanggaku dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Jua tidak ternilai harga maruah diriku untuk dibanding dengan nilai wang ringgit atau nilai duniawi. Selaras jua dengan hadis Nabi, aku mahu jadi wanita yang punya barokah.
“Seorang wanita yang penuh barakah dan mendapat anugerah Allah adalah yang maharnya murah, mudah menikahinya, dan akhlaknya baik. Sebaliknya, wanita yang celaka adalah yang mahal maharnya, sulit menikahinya, dan buruk akhlaknya”

Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan.

Tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.


.::. Ya Allah, gembirakan aku dengan redhaMu dan kasihMu...ameen.::.

Sunday, April 11, 2010

Sekecil-kecil ia..DNA dakwah..

Bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdulillah, walhamdulillah,
wa La Illaha Illah,
Allahu akbar,
Allahu akbar,
Allahu akbar

Apa khabar jiwa semua? Apa khabar iman-iman semua? Di harap kita semua sentiasa berada dalam kemanisan iman hendaknya..

2 minggu lepas, Janji Kite~ Ana terkesan dengan satu analogy sebenarnya. Rasanya ramai kan yang 'waaaaaaah' dengan analogy itu. Walaupun analogy itu sangatlah 'medic' kan?. sampaikan kakak-kakak Linguistic yang datang nak menangis tak faham tapi Subhanallah analogy tu betul-betul mengetuk jiwa ana.

Subhanallah, Adik-adik! jiwa kita sangat special. Allah kurniakan kita jiwa, mata hati sampai mampu menjelma-kan DNA dakwah itu. Masya Allah, ana kagum dengan kebolehan ilham Allah swt yang mampu menjelma-kan ilmu sains itu sampaikan mampu menghubung kaitkan dengan kefahaman kita dengan dakwah ini.. Tajamkan mata hati semua..

Masya Allah!
Masya Allah!
Masya Allah!

Subahanallah! Kekaguman paling besar adalah buat Sang Pencipta. Kerna kalau bukan kerna DIA yang menciptakan nescaya siapalah kita untuk melihat..

itulah salah satu 'sign' yang Allah tunjukkan pada kita..


"Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa berita gembira mendahului kedatangan rahmat Nya (hujan), sehingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halau ke satu daearah yang tandus, lalu kami turunkan hujan di daerah itu. Kemudian kami tumbuhkan dengan hujan itu berbagai macam buah-buahan. Seperti itulah Kami membangkitkan orang yang telah mati, mudah mudahan kamu mengambil pelajaran." Al A'raf 7 :57

"Dialah yang menurunkan air (hujan) dari langit untuk kamu, sebahagian mejadi minuman dan sebahagiannya (menyuburkan) tumbuhan, padanya kamu mengembalakan ternakmu

Dengan (air hujan) itu Dia menumbuhkan untuk kamu tanam-tanaman, zaitun, kurma, anggur, dan segala macma buah-buahan. Sungguh,pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran) Allah bagi orang yang berfikir

Dan Dia menundukkan malam dan siang, matahari dan bulan untukmu, dan bintang-bintang dikendalikan dengan perintahNya. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi yang mengerti.

Dan (Dia juga mengendalikan) apa yang Dia ciptakan untukmu di bumi ini dengan berbagai jenis dan macam warnanya. Sungguh, pada yang demikian benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang mengambil pengajaran"(An Nahl, 16: 10-13)

Sungguh-kan dari sekecil-kecil ciptaan pun, kalaulah mata hati kita berfungsi, kita mampu untuk melihat setiap ciptaan itu dan menghubungkan kait dengan seruan dakwah ini..

Ingat tak gambar ni, DNA replication kan? Hari tu ingat tak analogy kite? Analogy yang buat ramai orang dalam dewan ter'nganga' tu?

Dakwah ni, beban yang sedia tergalas bagi setiap muslem bagi setiap jiwa yang melafazkan La illaha Illah wa Muhammadur rasullullah.

Apa iktibar dari proses Replication ini yang mampu kita kaitkan dengn dakwah ini..

Dakwah ni ibarat DNA REPLICATiON kan,

Kita ibarat new strand of DNA yang hendak di hasilkan. Maklumat yang hendak di bawa bergantung kepada template yang di salin.The old strand ibarat template untuk menghasilkan the new one, dan dalam tarbiyyah ini templatenya tak lain dan tak bukan-->>

"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku" [Khutbah terakhir Muhammad s.a.w.]

iyye, Al Quran dan Sunnah

Proses ini sangatlah rapi, kerana sedikit kesalahan pastinya akan menyebabkan berlakunya mutation pada strand tersebut, yang seterusnya menyebabkan berubahnya data yang tersimpan dalam new DNA itu. Samalah juga kan, dalam tarbiyyah ini, kita perlu di asuh, di bersihkan, di sibghahkan dengan Sibghah Allah, tanpa sebarang mutation.

dan...

Tak semua orang akan lalui jalan tarbiyyah ini dengan senang, tak semua orang akan jadi leading strand yang senang je di synthesisekan oleh Polymerase, Kadang-kala, mungkin kita susah,mungkin kita lagging strand, sikit-sikit. Macam lagging strand, kat situlah kita perlukan kawan, sahabat, ukhti, murabbiah, naqibah atd. Yang bertindak seperti Helicase untuk cantumkan kan apa yang kita dah dapat, betulkan, sempurnakan. Cantum Okazaki Fragments tu jadi satu strand yang lurus. Yang akhirnya menjadi seperti leading strand itu.

Kemudian, NEW DNA itu di releasekan, dan dia juga akan di 'salin' pada waktu yang lain. Kalaulah maklumat yang kita bawa salah, kalaulah imej, akhlak, fikrah yang kita bawa E-R-R-O-R pastinya, the next NEW DNA ataupun mRNA akan ter E-R-R-O-R jugak..

Dan kita harus sedar, proses ni bukanlah hanya satu, berpuluh ribu DNA lain juga sedang di bina, sepertilah kita dalam tarbiyyah ini, semua orang sedang di bina, sedang dibentuk, Sama ada leading or lagging strand, matlamatnya sama. Templatenya satu. Dan semua nya bekerja untuk menghasilkan yang terbaik untuk organism itu hidup dengan sempurna. Samalah juga, sedar atau tidak, dalam proses pembentukan individu musleem ini, kita adalah unit asas untuk membangunkan ISLAM itu kelak, kalaulah kita ter E-R-R-OR kita akan di eliminatekan, cell itu akan mati, dan banyak lagi cell-cell lain, DNA-DNA lain yang akan menggantikan kita.

Nak ke kita menyebabkan cell itu di apoptosiskan, mahupun di necrosiskan??

Fikirlah, untuk menjadi musleem kaffah, Bukan mudah, ianya bukannya satu process yang senang. Namun ianya bukan suatu yang mustahil. Janji itu tetap benar dan kalaulah kita enggan pastinya ada yang lain yang sentiasa menunggu-nunggu untuk SYAHID di jalan ini..

"Jika kamu tidak berangkat (untuk berperang), niscaya Allah akan menghukum kamu dengan azab yang pedih dan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan merugikanNYA sedikit pun. Dan Allah Maka Berkuasa atas segala sesuatu." [9:39]

"dan demikian pula kami menjadikan kamu (ummat islam) ummat ''pertengahan'' agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan agar Rasul menjadi saksi atas perbuatan kamu..."[2:143]..

wallahu'alam..

maafkan kalau ada ter'pening' dengan analogy ini, maafkan andai salah kefahaman ana~
Semoga semua mampu menjadi DNA yang disibghahkan dengan sibghatulllah..insya ALLAH..

Posted by Mujaheedah

p/s: subhanallah^_^

PESANAN SHEIKH AHMAD YASSIN KEPADA PEMUDA-PEMUDI

SYEIKH AHMAD YASSIN 1938-2004


Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mu1ia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.

Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian. Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.
Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.

Wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kalian berjanji kepada ALLAH bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.

Kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.

Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kalian. carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH.

p/s: hayatilah, moga hati kita sentiasa diterangi cahayaNYA...ameen

Saturday, April 10, 2010

Ya Allah, selamatkan sekalian penghisap rokok...ameen

Berita Harian, 1 April 2010


KL April1,10 - Seorang pakar akademik dari Australia semalam mendedahkan satu hasil kajian di Belanda baru-baru ini yang mendakwa menemui sel darah merah babi sebagai kandungan penyekat bahan kimia dalam puntung rokok.

Profesor Simon Chapman dari Universiti Sydney dilaporkan berkata, kajian itu mendapati babi digunakan dalam 185 jenis industri termasuk penemuan sel darah merah haiwan itu dalam penapis (filter) rokok.

Kenyataan beliau yang disiarkan oleh akhbar Daily Telegraph kelmarin menjelaskan, hasil kajian tersebut pastinya mengejutkan perokok yang beragama Islam serta Yahudi yang diharamkan memakan babi. Menurutnya, setakat ini satu jenama rokok yang dijual di Greece telah didapati mengandungi darah babi.

Di Israel, merokok adalah di haramkan dan dilarang keras. Apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka atau merokok diluar.

Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan penyelidikan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak atau lembab.


p/s: hmmmm, speechless, sume pon dah tau nikmat merokok dan juga sengsara merokok. Hanya diri sendiri boleh undi untuk buat keputusan sama ada Y.A atau T.I.D.A.K kepada rokok dan antara kepada N.E.R.A.K.A atau S.Y.U.R.G.A. matlamat anda. Talian akan ditutup apabila nyawa anda ditarik oleh malaikat maut di saat sakaratul maut di penghujung jalan anda. Anda yang menentukan segalanya. YOUR CHOICE--->>>jika masih flexible terhadap rokok tersebut, maksudnye kene samak setiap hari lah bibir tuh..^_^

sekadar perkongsian...semuanya tertakluk kepada anda...ur life is ur gift...appreciate it, dont take it for granted...

wallahualam^_^

Wednesday, April 7, 2010

Hadiah Ukhuwwah^_^

Hadiah teristimewa untuk anda!!

Nikmat ukhuwwah yang lazat berkrim ^_^


Saudaraku, ukhuwwah itu menjana bahagia..biarpun dengan linangan air mata.

Kerana ukhuwwah itu dibina atas iman kepada Allah Yang Maha Esa.
( Pencipta kita, sumber kebahagian kita dan tempat pergantungan kita. Dia menyayangi kita lebih daripada kita menyayangi diri kita sendiri )

Dengan ukhuwwah, kita diikat erat dengan aqidah yang sama

Disegarkan dengan kefahaman siapa hamba, siapa pencipta

Disuburkan dengan perjuangan untuk hidup dan mati dengan penuh makna
Saudaraku, serendah-rendah ukhuwwah adalah berlapang dada


Dan setinggi-tinggi ukhuwwah adalah ithar~mengutamakan orang lain dari diri sendiri

Justeru bukan semua kemesraan adalah ukhuwwah

Kerana bukan semua kemesraan dibina atas dasar iman

Hanya jiwa yang disegarkan dengan iman bisa membentuk manusia yang sanggup berlapang dada dan mengutamakan orang lain

Bersyukurlah saudaraku dengan hadiah ukhuwwah ini^_^ Sesungguhnya ia adalah anugerah

Mari berdoa: "segala puji bagi Allah yang telah mempertautkan hati-hati kami, maka dengan nikmatNya, jadilah kami bersaudara"..ameen^_^

Semoga kita selalu mengingati hadith 13: "seseorang dia antara kamu tidak dikatakan beriman sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dia mencintai dirinya sendiri" (Bukhari & Muslim)

Bukankah nikmat yang paling kita harapkan untuk diri kita ialah redhaNya???

Maka itu jualah yang diharapkan untukmu wahai saudaraku^_^

Saudaraku ^_^

"Sesungguhnya, seorang muslim itu,
apabila berjalan di jalan dakwah,
ia tidak berjalan dengan hatinya sahaja,
dibawa bersama hati saudaranya,
justeru setiap pahala yang didapati sepanjang perjalanannya pasti akan terbias untuk saudara seperjuangannya"
-Mustafa Masyhur

Kerana nikmat yang paling kita harapkan untuk diri kita ialah nikmat hidup dan mati dalam iman keranaNya...ameen

Maka itu jualah yang kita harapkan untuk sahabat-sahabat kita^_^

Saudaraku

Orang-orang yang hidup dibawah naungan cinta dan ukhuwwah kerana Allah...akan merasakan kebahagian dan ketenangan yang tidak pernah dirasai oleh orang-orang yang berkumpul kerana urusan duniawi...

Kerana asasnya indah, justeru hadiahnya juga indah^_^


Allah swt telah menjanjikan syurga dan naunganNya untuk mereka yang bertemu dan berpisah keranaNya!!!

Ya...HANYA KERANANYA^_^

Justeru saudaraku, jika kita tidak bertemu lagi selepas ini, semoga Allah swt temukan kita lagi di syurga nanti...^_^

Monday, April 5, 2010

Hum Saath Saath Hain!-->>We Are In This Together:)

Posted by Muslimat MMMC on Monday, March 22, 2010

"Hum Sath Sath Hain"??
Pasti ramai yang akan tertanya-tanya apakah maksud di sebalik tema ini.

Jom beramai-ramai menghadiri program bertemakan "Hum Sath Sath Hain" ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut!!

Program ini merupakan aktiviti bersama muslimat Batch 21 yang julung kali diadakan bertujuan untuk meraikan kedatangan para pelajar ke kampus Melaka dan mengenali dengan lebih rapat di samping mengukuhkan ukhwah antara satu sama lain. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan dan perkongsian pengalaman daripada senior tentang kehidupan seharian di Melaka.

Butiran program :
Tarikh : 25 Mac 2010 (Khamis)
Masa : 7.00 - 8.45 p.m.
Lokasi : No. 30, Jln Desa Baru
Yang diraikan : Muslimat Batch 21

Berikut adalah aturcara aktiviti program :

7.00 p.m. : Ketibaan pelajar

7.30 p.m. : Solat Maghrib berjemaah

8.00 p.m. : Makan malam dan sharing

8.45 p.m. : Kesimpulan dan bersurai

Kehadiran para pelajar Batch 21 ke program ini amat dialu-alukan.

'Mari bersama-sama memeriahkan serta menjayakan program ini'

Moment to be cherish :)



















Jazakillah!


Alhamdulillah. Program Hum Saath Saath Hain telah berjaya dijalankan. Seramai 20 orang muslimat Batch 21 dan 14 orang muslimat Batch 19 & 20 telah bersama-sama menghadiri program ini. Terima kasih diucapkan kepada AJK program dan juga tuan rumah yang telah bertungkus-lumus memastikan kelancaran program. Tanpa sumbangan anda dan izin Allah, belum tentu lagi kita dapat menjalankan program ini dengan jayanya. Jazakillah khayran kathira!

Semoga usaha diberkati, dirahmati dan diredhai Allah swt...ameen...

(p/s: the only person xde dlm gambar, photographer..hehe--->>>siti nurani abdullah^_^)

Saturday, April 3, 2010

Berdoa



Keutamaan Berdoa :


1. Berdoa salah satu bentuk ketaatan kepada Allah dengan menjalankan PerintahNya
Dan Allah swt berfirman : "Berdoalah kelian kepadaKu, pasti Aku kabulkan doamu"
(Ghafir:60)

2. Berdoa adalah ibadah, Rasulullah saw bersabda : "Doa adalah ibadah" (HR
Tirmidzi,Ibnu Majah hadits sahih)

3. Berdoa bererti membersihkan diri dari sifat takabbur. Firman Allah swt:
" Berdoalah kalian kepadaKu, pasti Aku kabulkan doamu, sesungguhnya orang-orang
yang menyobongkan diri dengan tidak mahu berdoa kepadaKu maka mereka akan masuk
neraka dalam keadaan hina" (Ghafir:60)

4. Berdoa adalah amal yang paling mulia di sisi Allah swt. Rasulullah saw
bersabda: "Tidak ada sesuatu yang paling mulia di sisi Allah swt selain doa" (HR
Ahmad,Bukhari)

5. Doa dapat mencegah murka Allah swt. Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa yang
tidak mahu berdoa kepada Allah makan Allah murka kepadanya" (HR At-tarmizi)

6. Berdoa dapat melapangkan dada, menghilangkan stress, mengusir kesedihan dan
memudahkan urusan.

7. Berdoa sebagai bukti bertawakkal kepada Allah swt.

8. Berdoa salah satu meningkatkan semangat.

9. Berdoa membebaskan diri dari sifat lemah. Rasulullah bersabda: " Orang yang
paling lemah adalah prang yang tidak bersemangat berdoa"(HR Ibnu Hibban)

10. Doa dapat menolak bala. Rasulullah saw bersabda: " Doa dapat menolak bala yang
sudah turun dan yang belum turun" (HR Ibnu Hibban)

11. Doa dapat menjadikan mujahid tabah di medan dakwah untuk meraih kemenangan.

12. Doa adalah senjata orang mukmin.

13. Berdoa sebagai bukti keimanan kepada Allah swt.

Wallahualam..semoga dapat diamalkan bersama-sama..ameen..

Thursday, April 1, 2010