Monday, September 7, 2009

berita baik buatmu muslimah

Ramadan telah tiba, bulan yang penuh dengan kelebihan dan ganjaran. Setiap detik di dalam bulan yang penuh keberkatan ini amat berharga bagi sesiapa yang sedar akannya.

Bagi muslimah yang sedar akan hakikat ini, mereka yang haid bersedih kerana merasa tidak mampu merebut pahala ibadah di bulan ini, terutamanya sekiranya ia datang ketika tempoh 10 malam terakhir. Ia lahir dari seorg yang mengharapkan keampunan dan ganjaran daripada Tuhannya. Saidatina Aisyah ra sendiri pernah menitiskan air mata kesedihan kerana merasa hilangnya peluang beramal dengan kedatangan haid.

Mari kita lihat bagaimana Rasulullah saw menangani perasaan Aisyah ketika beliau sedang menunaikan haji. Baginda bersabda : "ini adalah suatu yang ditetapkan Allah ke atas anak-anak perempuan Adam, maka tunaikanlah apa yang ditunaikan oleh orang yang melakukan haji kecuali janganlah kamu bertawaf di Baitullah sehingga kamu telah mandi (suci dari haid)".( Riwayat Muslim )

Janganlah bersedih kerana Allah berfirman yang bermaksud : "Dan janganlah kamu mengharapkan(ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu(untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain(tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonlah kepada Allah akan limpah kurniyanya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." [ al-nisa':32 ]

Oleh itu, sekiranya anda redha dengan sebenar-benar redha, anda telah mengerjakan ibadah hati yang akan merasai keimanan. Sabda Rasulullah saw bermaksud : "telah merasai kemanisan iman barangsiapa yang redha dengan Allah sebagai Tuhan, dan dengan Islam sebagai deen, dan Muhammad sebagai nabi dan rasul." (Riwayat Muslim)

Selain itu, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : "Barangsiapa yang memberi makan orang yang berpuasa, dia akan mendapat pahala sepertinya, dan ianya tidak akan mengurangkan pahala prang yang berpuasa sedikitpun" (Riwayat Tarmizi)

Akhir kata , sebelum datangnya tempoh haid anda, perbanyakkan amal ibadah, semoga Allah tetap memberikan ganjaran bagi amalan yang kita terhalang dari melakukan disababkan haid. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : " Sekiranya seorg hamba muslim sakit atau bermusafir, (tetap) ditulis baginya apa yang dahulunya dia lakukan katika dia sihat dan bermukim." (Riwayat Al-Bhukari dan Al-Baihaqi)



Thursday, August 20, 2009

Give thanks to Allah

Have you ever been down and out and nobody seems to be around for you to talk to..
That's ALLAH...He wants you to talk to him.

Have you ever been just sitting there and all of a sudden you feel like doing nice for someone you care for...
That's ALLAH...He talks to you.

Have you ever been thinking about somebody that you haven't seen in a long time and then next thing you know you see them or receive a phone call from them...
That's ALLAH...there is no such thing as "coincidence"

Have you ever received something wonderful that you didn't ask for...
That's ALLAH...He knows the desires of your heart.

Have you ever been in a situation and had no clue how things going to get better, but now you look back on it...
That's ALLAH...He passes us through tribulation to see a brighter day.

In all we do, we should totally give Allah thanks and our prayers blessing will continue to multiply...insyaAllah:)

miss you mak n kma...n my father is here:)

Tuesday, August 18, 2009

mutiara kata

Sabda Rasulullah saw :



" Sesiapa yang akhirat itu tujuan utamanya, maka Allah jadikan kekayaan dalam jiwanya. Allah mudahkan urusannya dan dunia akan datang kepadanya dengan( iaitu ddengan keadaan dirinya mulia). Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya, maka Allah akan letakkan kefakiran antara kedua matanya. Allah cerai beraikan urusannya, dan dunia pula tidak datang kepadanya melainkan dengan apa yang ditakdirkan untuknya(iaitu dalam keadaan dirinya hina)"

assalamualaikum,


pengunjung sekalian salam berkenalan:) terdetik hati ini untuk berblog setelah sekian lama hajat tidak kesampaian:D moga ia memberi manfaat kepada anda sekalian. Agar usaha kita dipermudahkan dalam mengejar rahmatNYa...insyaAllah...


sekadar pembuka bicara....


''iman itu ebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".


Umar ra berkata : "kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari menitti sehaelai rambut".


Uthman ra : "ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu lebih manis dari madu, dan beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulitdari meniti sehelai rambut''.


Fatimah ra berkata: "seorang wanita itu lebih cantik daripada sebuah mangkuk yang cantik ini, wanita yang berpurdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tidak dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


Rasulullah saw bersabda : "seorang yang mendapat taufiq untuk beramal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, beramal dengan amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


Malaikat ra berkata : "menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri,harta, dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut''.


Allah swt berfirman : "SyurgaKu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurgaKu lebih manis dari madu, dan jalan syurga Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".