Tuesday, December 21, 2010

nafas baru...

assalamualaikum...

dah lama rasanye tidak menggemburkan benih disini..entah mengapa jari jemari pantas bergerak mahu mencoretkan sesuatu :) peace..rentetan topic yang dibincang tadi..

Rasulullah saw bersabda yang mafhumnya :

“ Barangsiapa meninggal dunia dalam keadaan tidak menyekutukan Allah dengan sesuatupun, maka ia akan masuk syurga"(HR Ahmad dari Ibnu Mas’ud).

indah :) kasih sayangNya mencurah kepada hamba-hambaNya yang menegakkan kalimah La Ilahaillallah dalam hati masing-masing..insya Allah. Kerna Al-Khaliq mengetahui, ujian duniawi buat hamba-hambaNya sangat mengaburi umpama fatamorgana, apabila dilihat ada ditangkap hilang, jika matlamat asas dunia sebagai bekalan ukhrawi tidak ditegakkan dalam diri...umpama "tiffen" bak kata bahasa ibunda sebagai bekalan dipagi hari tuk boost tenaga sepanjang hari..huhu..muhasabah muhasabah..

kalau dikaji...banyak unsur2 penyekutuan yang boleh berlaku jika hanyut tidak ambil tahu..titik tolak imbangan asas penerimaan amalan..hanya Dia Maha Mengetahui apa yang tersirat..wajar dibersihkan jiwa se'sterile' yang mampu..

Teringat sepotong doa :

” Ya Allah jadikanlah sebaik-baik umurku adalah akhirnya, sebaik-baik amalku adalah penutupnya, dan sebaik-baik hariku adalah hari dimana hari aku bertemu dengan-MU”

sebab diakhirnya..hati ini akan dipersembahkan kepada Allah swt kan? so gilap sungguh-sungguh k..elakkan diri baik dari menyekutukanNya yang boleh mengurangi kesempurnaan iman kita tadi tanpa kita sedari..

Syirik besar ada tiga macam:

1. Syirik dalam Rubbubiyah - menyakini selain Allah memiliki kemampuan dan kekuatan dalam hal rububiyah seperti menciptakan makhluk, menghidupkan dan mematikannya, memberi rezki, atau mengatur alam dan semumpamanya.


2. Syirik dalam asmak dan sifat - meyakini adanya sesuatu yang menandingi Allah dalam asmak dan sifatnya seperti menamai sebahagian patung berhala dengan nama-nama pecahan Asmak Allah seperti “Al-Lata” dari Allah, “al-Uzza” dari al-Aziz.

3. Syirik dalam uluhiyyah - meyakini selain Allah ada yang layak disembah, atau mengarahkan suatu ibadah kepada selain Allah/tidak ikhlas/tawakkal kepada selain dari Allah swt.

Bahaya sungguh jika minor2 element tersisip sebagai tabiat..nauzubillah..harap dijauhkan..jom semak causes of syirik kecil pulak..Ada 3 bahagian - ibadah hati, perbuatan& perkataan.

1.Dalam hati :

riak dalam setiap perbuatan, ucapan dan penampilan.
Rasulullah bersabda “ Sesunguhnya sesuatu yang paling aku takutkan atas diri kamu adalah syrik kecil.” Mereka bertanya “ Apakah syirik kecil itu wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “ Riyak” (H.R. Ahmad)

Menyandarkan diri kepada sebab dan bukan kepada Allah swt yang menciptakan sebab seperti menyandarkan kesembuhan kepada ubat, bukan kepada Allah, masuk surga kerana amal kebaikan,bukan kerana rahmat Allah, dan kaya kerana bekerja keras bukan kerana kemurahan Allah swt.

2.Dalam perbuatan:


menggunakan jampi yang bukan dari al-Quran dan Sunnah /tangkal


3.Dalam perkataan :


Bersumpah dengan selain Allah / Menyejajarkan Allah dengan makhluknya dalam perkataan iaitu dengan menggunakan kata sambung “dan” seperti ucapan seseorang,
“ bersyukurlah kepada Allah swt dan JPA kerana sanggup bayar yuran pendidikan"
Perkataan seseorang, “ Kita diberi hujan berkat bintang ini dan itu”.

Rasulullah saw bersabda “ Ada empat perkara jahiliah yang terdapat pada umatku dan mereka tidak meninggalkannya;menyombongkan diri dengan kedudukan, mencela garis keturunan, meinta hujan dengan perantaraan bintang, dan meratapi mayat.” (HR Muslim)

soucre dari tenet & perkongsian usrah..

perkara asas basic akidah tercatat perkara no 1 dalam 10 sifat muwasafat tarbiyah. sebagai revision insya Allah..sebagai perisai menentang bisikan syaitan mahu menggugat keimanan Sang Hamba..

dalam kesibukan sehari-hari..harapnya pergantungan kepada Allah swt semakin hari semakin subur, pergantungan hati kepada pertolongan dan petunjukNya sentiasa menemani & menenangkan hati mengharungi liku-liku kehidupan..insya Allah..moga dimudahkan segalanya..moga hati kita lembut menerima petunjuk & hidayah dariNya umpama tanah yang lembut apabila dibasahi air dengan izin Yang Maha Mengizinkan segala sesuatu mengikut caturan TakdirNya..sesudah berusaha bertawakkal lah, sesungguhnya Allah mengetahui segala sesuatu...wallahualam~

Friday, November 12, 2010

Motivasi: Allah menyeru kamu, Allah menjaga kamu.
Oct 22nd, 2010 by Hilal Asyraf.

Buang kesedihan kamu, kerana sesungguhnya kamu telah dimuliakan.

Manusia sering alpa dan mudah leka dengan kesenangan. Nikmat-nikmat yang melimpah ruah di sekelilingnya mudah membuatkannya lupa dengan tanggungjawabnya terhadap Allah SWT sebagai hamba. Biasanya, manusia dengan banyak kesenangan, lebih cenderung menggunakan atau dipergunakan oleh kesenangannya untuk jauh daripada Allah SWT.

Maka kadangkala, kehidupan akan di’gegar’kan oleh Allah SWT.

Seperti orang yang mengantuk digegarkan oleh rakan di sebelah agar dia terjaga, maka begitulah ujian-ujian yang diberikan kepada manusia.

Seakan-akan ia seruan lembut daripada Allah SWT: “Sedarlah dari kealpaanmu, dan merapatlahg kepadaKu.”

Maka ada orang berkata kepada saya: “Tetapi saya tidak pernah mengecapi kesenangan pun seumur hidup saya!”

Saya akan menjawab: “Sama ada kamu yang tidak berusaha bersungguh-sungguh, ataupun Allah tahu sekiranya kamu memperolehi kesenangan, kamu akan lebih kufur daripada hari ini.”

Tidakkah kamu melihat Allah ingin menjaga kamu?


Allah, aturanNya tidak pernah sia-sia. Tinggal manusia sahaja tidak menyedarinya.

Satu keyakinan yang pasti, Allah tidak pernah melakukan sesuatu perkara dengan sia-sia. Semuanya pasti ada hikmah dan pengajarannya. Termasuklah dengan apa sahaja yang diberikan kepada kita. Tinggal biasanya, kita tidak memerhatikannya, menelitinya, ataupun ilmu kita tidak sampai untuk menyedari hikmahNya.

Satu yang perlu ditanam di dalam jiwa kita adalah bersangka baik kepadaNya dalam segala hal. Kita kena faham bahawa, Dia Maha Mengetahui, dan kita langsung tidak mengetahui apa-apa.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” Surah Al-Baqarah ayat 216.


Allah sedang menyeru kamu. Memanggil dekat ke sisiNya.

Jangan fikir Allah tidak menyayangi kita apabila Dia memberikan kita kesusahan dan kesukaran. Jangan sangka Allah mebenci kita apabila Dia menguji dan memberikan bencana.

Tidakkah kita perasan apabila kita ditimpa kesusahan, jiwa kita automatik memerlukan sokongan? Dan akhirnya kita faham bahawa tiada sokongan yang lebih kuat melainkan sokongan Allah SWT. Akhirnya kita bergerak kepadaNya, mengadu kepadaNya, meminta bantuanNya.

Maka kesusahan, ujian dan bala bencana yang menimpa kita tadi, hakikatnya adalah ‘panggilan kasih sayang’ Allah kepada kita. Bagaimana agaknya kalau kita tidak ditimpa kesusahan? Apakah kita lebih mudah mengingati Allah SWT?

“Dan apa musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” Surah Ash-Shura ayat 30.

Tidak semestinya maksud ‘perbuatan tanganmu sendiri’ di sini adalah dosa dan maksiat seperti membunuh, mencuri, berzina dan sebagainya. Jauh daripada Allah, lupa kepada Allah, itu juga adalah termasuk dalam ‘perbuatan tanganmu sendiri’ juga sebenarnya.

Maka, musibah datang memberikan peringatan. Kenapa Allah memberikan peringatan? Kerana Allah bersedia untuk memberikan keampunan. Sebab itu ayat itu ditutup dengna ‘dan Allah memaafkan sebahagian besar dari kesalahan-kesalahanmu(yang menyebabkan kamu ditimpa musibah)’.

Semua orang-orang kaya di zaman Rasulullah, tetap melalui ujian. Saidina Uthman bin Affan RA diuji dengan kematian kedua-dua isterinya(Ruqayyah dan Ummi Kalthum). Abdurrahman bin Auf RA diuji dengan kakinya yang tempang apabila ditusuk dengan 21 tusukan ketika mempertahankan Rasulullah di Uhud. Belum dikira ujiannya yang meninggalkan semua hartanya di Makkah ketika Hijrah. Sama begitu juga dengan jutawan Suhaib Ar-Rumy, yang pergi ke Madinah sehelai sepinggang apabila hijrah.

Ujian-ujian ini, yang membuatkan mereka lebih menghargai harta-harta yang mereka ada. Adakah dengan menghargai itu bermakna mereka menyimpannya dan bakhil tidak menggunakannya untuk Islam? Tidak. Mereka menjadi seorang yang sangat dermawan, membantu Islam dengan kekayaan mereka, dan mereka tidak sesekali meletakkan kesenangan-kesenangan mereka di dalam jiwa.

Kerana mereka telah diproses oleh ujian yang Allah berikan.

Bagaimana kalau Allah tidak memberikan mereka ujian? Apakah mereka akan menjadi seorang yang sama dengan apa yang mereka jadi di dalam sejarah?

Semestinya tidak. Hal ini kerana, hanya orang yang pernah kehilangan nikmat, tahu apa nikmatnya nikmat. Lebih-lebih lagi apabila jiwanya telah berhubung dengan Allah SWT.


Allah sedang menjaga kamu, menjauhkan kamu dari keburukan.

Ada pula yang mengadu bahawa dia langsung tidak pernah senang. Hidupnya penuh dengan ujian. Hidupnya penuh dengan kesengsaraan.

Guru Aqidah saya, Dr Samirah Tohir pernah berkata:

“Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui. Ada kemungkinan kesenangan tidak datang kepada kamu, kerana Allah Maha Tahu bahawa kamu akan menggunakan kesenangan itu ke arah kemungkaran nanti.”

Tidakkah kita memerhatikan? Ya, mungkin kita akan kata: “Mana ada. Saya akan gunakannya sebaik-baiknya!” Tetapi siapakah kita hendak menandingi pengetahuan Allah SWT?

Kita melihat ramai orang yang hidup dalam kesenangan tertipu dengan kesenangan mereka, tidak mempunyai ketabahan seperti ketabahan kita yang hidup sukar, tidak mempunyai hubungan yang rapat dengan Allah seperti kita yang seringkali mendekati Allah mengadu dan memohon. Bagaimana agaknya kita apabila diberikan kesenangan?

Tidakkah kita memerhatikan?

Allah sedang menjaga kita, memuliakan kita, mengangkat kita.

“Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; Dan barang siapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” Surah At-Taghabun ayat 11.

Tidakkah kita merasa bahagia?


Penutup: Sangka baik kepada Allah, dan melihat segala yang berlaku dengan pandangan mukmin.

Sebagai seorang yang beriman kepada Allah tanpa keraguan, kita sepatutnya mengekstrak hanya kebaikan-kebaikan dari apa sahaja yang berlaku. Seorang yang beriman kepada Allah, akan senantiasa positif kepadaNya. Hal ini kerana, keimanan-keimanannya memandu. Keimanan-keimanannya memimpin. Kita yakin Allah mengharamkan kezaliman pada diriNya, kita yakin bahawa Allah tidak Memungkiri JanjiNya, Kita yakin Allah tidak akan melakukan perkara yang sia-sia.

Maka kita yakin, apabila Allah mengekalkan kita di satu tempat, ada hikmahnya.

Maka kita yakin, apabila Allah memberikan kita bala bencana, ada hikmahnya.

Semuanya perlu kita hubungkan kembali dengan Allah, kehidupan kita, dan akhirat. maka kita akan melihat, memang benar, semua ini bukan sia-sia. Ada sebab kenapa Allah buat demikian kepada kita.

Ini pandangan seorang mukmin.

Sebab itu, orang mukmin memang manusia biasa yang imannya turut turun dan naik. Tetapi orang mukmin, apabila dia berada di bawah, dia tidak akan berlama-lamanya pada kerendahan keimanannya. Dia akan segera naik. Dan apabila dia naik, dia naik lebih tinggi dari sebelumnya.

Orang mukmin sentiasa bahagia dengan kepercayaan ini.

Jika tidak, Sumaiyah yang disula sudah pasti meraung-raung mencaci Allah ketika Abu Jahal hendak menyulanya. Jika tidak, Suhaib Ar-Rumy pasti sudah mencaci-caci Allah ketika dia terpaksa meninggalkan hartanya yang susah payah dikumpulkannya. Jika tidak, Bilal bin Rabah pasti sudah mencaci-caci Allah apabila dia diseret di tengah padang pasir yang panas dan dihempapkan batu di atasnya.

Tidakkah kita memerhatikan?

p/s: sehari-hari makin menghampiri hari untuk ku berjuang di medan berkhidmat kepada hambaNya yg memerlukan...layakkah? mampukah diri ini? Ya Allah mudahkan diri ini dan sahabat2 untuk mempersiapkan diri menggunakan alat untuk mencapai matlamat murni itu diakhirnya...mudahkan...ku mohon petunjukMu tuk terus melangkah... :)

Wednesday, November 3, 2010

salam tekad~

Assalamualaikum semua...

Apa khabar hati-hati kita? hendaknya sentiasa dibajai dengan Nur KasihNya...baru sesudah exam...moga Allah swt melembutkan hati pemeriksa untuk meluluskan kami semua...ameen...Ya Latiff, lembutkanlah, lembutkanlah Ya Allah...berkatilah hidup hamba ini dijalanMu...bukakan jalanku menuju redhaMu...Ya Allah, akan ku jaga diri ini semampuku daripada lalai dunia, daripada kesibukan yang xputus...sokongilah daku Ya Allah, permudahkan, permudahkan lah...hadirkan ingatan tulus kepadaMu sentiasa di benak hati hambaMu ini...(metitis air mata memohon pedoman Mu)

lama jugak menunggu di terminal semalam..ku baca mathurat sudah, ku baca tafsir Al Quran...terpapar sepotong kalamNya...

"Apabila kamu melihat bagaimana Allah memperumpamakan kalimah yang baik umpama pokok yang baik, akarnya teguh dibumi dan cabangnya tegak dilangit, ia memberi buah pada setiap masa dengan izin Tuhannya" [surah ibrahim :4]

sesungguh apabila jika niat tulus kepadaNya, usah risau, Allah pasti mengganjarkan sesuatu buat hambaNya tadi...hikmah itu tersembunyi, moga mata hati kita hidup mencari hikmah tersebut...insya Allah :) ku melangkah, menggagahkan diri utk buat sumting yg berguna..huhu.. ku singgah di kedai buku, terserempak dengan buku berjudul "the 8th Habit by Stephen R Covey"..tengok harga cam mahal..huhu, tapi beli jer...ku buka n mula menelaah...a sentences caught my attention...

"the voice of human spirit full of hope and intelligent, resilient by nature, boundless in its potential to serve the common good"

in my perception, nothing more that we need rather than a speaking spirit, a speaking roh, our inner voice is the one keep us going, leading us through...nothing more needed if it drive toward His Ultimate Love, be patient of things doesnt go in our way..there is always sumting good behind all...be patient till the sunshine shone us one day..subhanallah :)

berada di rumah mencari ketenangan...mencari tekad baru untuk diasah...sepanjang perjalanan semalam ketemua seorang ukht, pelajar tahun ke2 dentist, di Universiti Al Azhar...seorang ukht yang tabah...ujiannya jauh lebih berat tetapi tetap tabah mahu meneruskan jalan ini...beliau menghadapi masalah lemah separuh badan, progressive, buat masa ini masih boleh jalan...pulang kerana mahu confirm diagnosis di kelantan tentang sakit nya...tabah ya ukht, sesungguhnya Allah sayang pada hambaNya yang diuji, makin diuji makin dekat rohnya dengan Ilahi...katanya, sy xkisah kak...dengan sakit ini hati saya lebih dekat dengan Allah swt, sedang jika badan sihat tetapi hati parah apa gunanya...subhanallah dik...moga ketemu penawarnya...ukhwah fillah dik...



selamat menjaga hati semua :)

Saturday, October 30, 2010

Ukhuwwah adalah syarat memasuki Syurga...

Posted by Dakwahtuna

Muqaddimah.
Ukhuwwah atau persaudaraan di dalam Islam merupakan jalinan yang menghubungkan sebahagian dengan sebahagian umat Islam yang lain . Ia merupakan ikatan rabbani , ikatan yang diikuti dan dibina atas dasar ketaatan kepada Allah yang mengikat hati-hati mereka dan ia merupakan ikatan keimanan yang paling kukuh sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi saw. yang bermaksud :“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah” . (Hadith riwayat Imam Ahmad)

Di dalam ajaran Islam persaudaraan adalah suatu tunggak yang menjadi tunjang kepada pembinaan sebuah masyarakat Islam yang kukuh dan juga sebagai sendi yang menghubungkan anggota masyarakat. Harakah Islamiyyah sangatlah memerlukan agar ikatan persaudaraan yang dianjurkan oleh Islam ini diperkukuhkan sehingga ia menjadi seolah-olah satu bangunan yang tersusun rapi, satu anggota memperkuatkan satu anggota yang lain. Ianya umpama satu jasad yang apabila satu daripada anggota jasad itu merasai sakit, maka seluruh anggota yang lain turut menanggung penderitaannya.

Ukhuwwah Dalam Konteks Amal Islami

Bagi memastikan hak-hak dan kewajipan ukhuwwah ini dilaksanakan dengan sempurna dan berperanan dalam pembangunan jemaah, Islam telah menjelaskan cara-cara bagaimana hak-hak dan kewajipan tersebut dilaksanakan secara amali dengan memberi penekanan kepada tanggungjawab yang mesti dilaksanakan bukan hanya sekadar ucapan di bibir atau teori semata-mata.

1. Ukhuwwah (yang terjalin antara seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain) mestilah menjadi hubungan yang membawa mereka kepada ketaatan kepada Allah sebagai membenarkan sabda baginda Rasulullah saw yang bermaksud : “Sesiapa yang Allah ingin dikurniakan kebaikan kepadanya, nescaya Allah mengurniakan kepadanya seorang teman setia yang salih, jika sekiranya ia terlupa (lalai) teman itu menolong memberi peringatan, dan apabila (temannya itu) memperingatkannya, ia akan menolongnya." Teman setia yang baik seperti inilah yang dimaksudkan oleh Saidina Umar Al-Khattab r.a yang mengatakan: “Engkau mestilah mencari saudara-saudara yang jujur dan hiduplah di kalangan mereka, kerana mereka itu adalah perhiasan di waktu senang dan bekalan di waktu kesusahan”.

2. Di sudut kejiwaan pula, ukhuwwah merupakan satu keperluan kerjasama, turut merasai keperluan-keperluan saudara-saudara yang lain dan berusaha memenuhi keperluan tersebut sebagai menyahut tuntutan sabda Rasulullah saw: “Jika sekiranya seorang dari kamu berjalan bersama saudaranya dengan tujuan memenuhi keperluannya (dan baginda menunjukkan isyarat dengan jari-jari baginda) amalan itu lebih utama dari ia beri’ktikaf selama dua bulan di dalam masjid ku ini”. (Hadith riwayat Al-Hakim dan ia mengatakan sanad-sanadnya sahih )

3. Persaudaraan juga adalah kerjasama di bidang kebendaan sebagaimana sabda Rasulullah saw: “Sesiapa yang melapangkan seorang muslim dari satu kesusahan dunia nescaya Allah melapangkan untuknya satu dari kesusahan di akhirat. Sesiapa yang memudahkan seorang yang di dalam kesusahan nescaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menyembunyikan rahsia seorang muslim nescaya Allah akan memelihara rahsianya di dunia dan di akhirat. Dan Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama ia menolong saudaranya”.

4. Ukhuwwah adalah tanggungjawab kemasyarakatan yang merangkumi kewajipan-kewajipan yang ringkas. Sehubungan dengan perkara ini Rasulullah saw bersabda: “Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada enam perkara:
(1) Apabila engkau bertemu dengannya hendaklah engkau memberi salam.
(2) Apabila ia menjemputmu maka penuhilah jemputannya.
(3) Apabila ia meminta nasihat hendaklah engkau memberi nasihat kepadanya.
(4) Apabila ia bersin dan bertahmid maka hendaklah engkau lengkapkan dengan bertasymit ( mengucapkan yarhamukaLlah ).
(5) Apabila ia sakit hendaklah engkau menziarahi.
(6) Apabila ia meninggal dunia hendaklah engkau mengiringi jenazahnya” . (Hadith riwayat Muslim)

5. Ukhuwwah juga bererti kemesraan, kasih sayang dan saling bantu-membantu. Berhubung dengan perkara ini Allah berfirman dalam surah al-balad ayat ke 17 yang bermaksud: “Selain itu dia termasuk dalam golongan orang yang beriman dan berwasiat satu sama lain supaya bersabar dan dengan berkasih sayang”. Rasulullah saw bersabda:“Janganlah kamu saling memutuskan silatur-rahim, janganlah kamu saling belakang-membelakangi, janganlah kamu saling benci-membenci dan janganlah kamu saling hasad-menghasad. Sebaliknya jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal (haram) bagi seorang muslim itu memulaukan saudaranya (yang mukmin) melebihi tiga hari”. Rasulullah saw juga bersabda: “Janganlah kamu memandang rendah terhadap sesuatu kebaikan, walaupun dengan cara bermanis muka ketika bertemu saudaramu ( kerana itu juga satu kebaikan). ( Hadis riwayat Muslim). Dalam hadis yang lain Rasulullah juga bersabda : “Setiap perkara kebaikan adalah sedekah. Sesungguhnya di antara perkara ma’ruf itu ialah bermanis muka ketika bertemu saudaramu dan menolong memenuhi bejana saudaramu dengan air”. (Hadis riwayat Al –Tirmidhi). Selain itu Rasulullah saw juga menjelaskan cara yang paling baik dan praktikal untuk merapatkan ukhuwwah ialah dengan memberikan hadiah. Sabda Nabi yang bermaksud: “Hendaklah kamu saling memberi hadiah kerananya kamu saling berkasih sayang dan akan jauhlah permusuhan”. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

6. Ukhuwwah menurut ajaran Islam ialah keghairahan dan setia kerana Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang mempertahankan maruah kehormatan saudaranya nescaya Allah akan menjaga wajahnya dari seksaan api neraka di hari Qiamat”. (Hadis riwayat Al-Tirmizi). Seseorang Islam itu juga diingatkan supaya mendoakan untuk saudara seIslamnya. Ini penting kerana dalam satu hadis Nabi bersabda yang bermaksud: “Doa seseorang muslim untuk saudaranya di belakangnya adalah mustajab, terdapat malaikat yang dihantar khas untuk mendengarnya, lalu malaikat itu akan berkata setiap kali dia berdoa: Amin dan bagimu juga seperti yang kamu doakan untuk saudaramu”. Tambahan pula jika kita mempunyai kesilapan terhadap saudara kita, sudah tentulah kita perlu meminta ampun dari Allah untuknya. Menurut Al Imam Al-Ghazali dalam Ihya’ ulumiddin cara ini lebih baik dan praktikal dari kita pergi memberitahunya kesilapan kita terhadapnya lalu menambah kemarahannya kepada kita.

Penutup :
Demikianlah secara ringkas tanggungjawab yang terpikul atas bahu kita selaku umat Islam, lebih-lebih lagi dalam konteks kehidupan kita secara berjemaah sudah tentulah perkara seperti ini dipandang secara lebih serius. Inilah rahsia kejayaan Nabi, para sahabat dan golongan salaf sebelum kita, yang telah berjaya membangunkan tamadun yang tidak ada tolok bandingnya sepanjang sejarah kehidupan manusia. Mereka merupakan generasi Islam beriman yang unik yang menjadi model kepada semangat ukhuwwah dan kasih sayang sesama mereka.

Kekuatan Tempatnya di Hati

Kekuatan adalah kerja hati dan tiada sesuatupun yang dapat menguasai hati seorang manusia setelah Allah yang menguasai pemiliknya. Sebagaimana burung-burung yang terbang tinggi di angkasaraya dengan kepakan dua sayapnya, demikian pula manusia yang terbang menuju ketinggian dengan tekad dan cita-citanya bebas dari belenggu yang mengikat tubuhnya.

Ibnu Qutaibah pernah berkata: "Seorang yang merdeka takkan rela kecuali berada di ketinggian bagai bola api yang hendak dipadamkan oleh pemiliknya, namun ia enggan dan terus menjulang ke angkasa."

Al-Imam Ibnul Qayyim al-Jauzi berkata: "Ketahuilah bahawa seorang hamba menempuh perjalanannya menuju Allah dengan hati dan semangatnya, bukan dengan tubuhnya. Sesungguhnya hakikat taqwa itu ada di dalam hati, bukan pada anggota tubuh. Allah swt berfirman: 'Demikianlah (perintah Allah) dan barangsiapa mengagongkan syi'ar-syi'ar Allah, maka sesungguhnya yang demikian itu timbul dari kekuatan hati.' (Al-Hajj:32) dan firman-Nya lagi: 'Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah swt, tetapi ketaqwaan daripada kamulah yang dapat mencapainya.' (Al-Hajj:37)
Rasulullah saw bersabda: 'Ketaqwaan itu ada di sini (sambil menunjuk dada baginda).'"

Maka orang yang cerdas melintasi jalan panjang disertai dengan semangat, kemahuan yang kuat, cita-cita yang tinggi, tujuan yang murni dan niat yang ikhlas. Namun ada ramai orang malas yang melintasi jalan itu dengan penuh kelelahan, amal yang sangat sedikit dan perjalanan yang teramat berat. Mereka tidak tahu bahawa dengan tekad yang membaja dan cinta yang mendalam, kesulitan itu dapat disingkirkan dan perjalanan menjadi mudah dilalui. Melangkah maju menuju Allah hanya dapat dilakukan bila disertai dengan kemahuan yang kuat, kejujuran dan kebebasan.

Seorang yang memiliki kebebasan dan kemahuan kuat dapat membawa orang lain bersamanya. Petunjuk yang sempurna hanya Rasulullah saw. Baginda saw sentiasa menepati haknya pada kedua sudut ini. Kesempurnaannya sebagai manusia dan kemahuannya yang kuat membuat telapak kakinya bengkak kerana Qiyamullail yang baginda lakukan setiap malam. Puasa yang baginda sentiasa lakukan membuat para sahabat menduga bahawa baginda tidak pernah berbuka. Baginda berjihad pada jalan Allah, berinteraksi dengan para sahabat dan tidak menjauhkan diri dari mereka. Baginda tidak pernah meninggalkan amalan sunnahnya serta wirid hariannya. (al-Jawabul Kaafi, Ibnul Qayyim Al-Jauziyah)

Posted by Tajul Arifin bin Che Zakaria @dakwahtuna

Monday, September 6, 2010

Tarbiyah diri menjelang akhir Ramadhan :)

bismillahirrahmanirrahim~
assalamualaikum...

salam ramadhan pengunjung sekalian...lama rasanya tidak update blog...moga semua dibawah berkat Ilahi...tinggal 3 hari lagi sebelum Ramadhan meninggalkan kita..pilu rasanya :(, adakah amalan hamba ini diterima, adakah segala dosa2 ku diampuni olehNya...subhanallah Maha Suci Allah dari segala kekurangan...

malam ini akan bertolak pulang ke penang insya Allah, moga selamat perjalanan kami sekeluarga...semasa menaiki kenderaan, saya suka berada di tepi tingkap :)(tapi malam nih xleh la sebab gelap...hehehe) rasa best dapat lihat pemandangan di sepanjang perjalanan. pemandangan bumi ini amat2 menginsafkan dan dapat merendahkan hati seorang hamba.mendamaikan hati yang penat memikirkan dunia...terlihat sebuah video clip seorang muslimah ditemu ramah oleh seorang brother, beliau ditanya apakah yang ukthi nak sampaikan jika diberi peluang untuk berjumpa Rasulullah saw, dan beliau menjawab bawala diri ini jauh dari dunia yang penuh tipu daya mengaburi mata dan hati insani daripada kesucian kehebatan Allah swt...

Terpikir sejenak apakah diri ini sudah cukup criteria menjadi seorang muslimah yang melaksanakan amanah Yang Maha Esa, sesungguhnya kesedaran ini diputikkan oleh Al-Khaliq, akan tetapi sejauh mana mempraktikkannya??????Seperti kalian sedia maklum setiap insan dimuka bumi ini dipilih dan diangkat oleh Allah swt untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. huhuhu.. sayu rasanya.. terpikir banyak urusan yang belum dapat dilaksanakan dengan superbly...

ya Allah, hamba ini sebenarnya kerdil sahaja.. tidak ada apa2 berbanding ciptaan2MU yang lain.. tetapi, Engkau menciptakan diri dengan begitu baik sekali.. dengan begitu teliti dan mengkagumkan.. sepatutnya diri harus tunduk dan patuh kpd semua perintahMU seperti makhluk2MU yang lain...semoga diri memilih sesuatu yang merapatkan diriku kepadaMu...

semoga hati ini tetap taat kpd Tuhannya, tetap ringan melakukan ibadah...tetap ringan menelaah kalamNya...kehidupan kita sehari2 adalah tarbiyah drpd Allah...moga Allah mengurniakan mata hati untuk memahami setiap ketentuanNya dengan hikmah...insya Allah...

mari memanfaatkan hari-hari terakhir Ramadhan kali ini dengan penuh makna~

Wednesday, August 25, 2010

Sudah 15 hari berlalu~

assalamualaikum wbt...

Apa khabar iman semua? sihat? sakit? alpa? hanyut? subhanallah...Maha SuciMu dari segala kekurangan...tup tap tup tap dah tanggal 15 Ramadhan, begitu pantas masa berlalu...masih bersaki baki 14-15 hari...Moga Allah swt sentiasa menjaga diri kita dari segala kekurangan yang melalaikan...soalan cupur emas--->>geng geng geng...sejauh mana kita menyambut tetamu agung kita kali ini,Ramadhan Kareem, hadiah dariNya...tepuk dada tanya iman :) lemah kah, stabil kah, goyah kah???

"sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan ialah pahala orang yang berbuat baik dan menyambung kekeluargaan, yakni silaturrahim...."
[hadis riwayat Ibnu Majah]

Tinggal seminggu lagi sebelum dapat pulang ke rumah berjumpa mak, bapak dan yang lelain espacially anak buah kesayangan saya...hamzah...hamzah boy cak!!! xsabar rasanya...memikirkan beban/workload medcine yang xpernah putus...disatu sudut yang lain tentang keluarga pula membuatkan diri ini terasa tenang...kerana akan ada buahnya setelah penat berusaha seminggu lebih yang akan datang ini...insya Allah...sabar na...seminggu lebih ja lagi :)

Kelakar la present pagi tadi...hehe...membuatkan kekwn dan doctor specialist ketawa, amuse with my presentation...hypoglycemic kah???...huhu...entertainment sebentar na kekwan...nasib baik patient baik hati dan sgt cooperative...biar la ia menjadi kenangan yg manis nanti masa HO n MO yang sangat busy...xleh buat lawak lagi macam nih time tuh...habis kene halau hospital...hehe..kerana tahu diri ini tak sempurna dan masih banyak perlu dibaiki :)Moga Allah swt mudahkan segalanya...kerana siapalah diri ini tanpa bantuanMu Ya Allah...

tertarik dengan entri seorang sahabat untuk dikongsikan di sini...moga bermanfaat..

____________________________________________________________________________________


Irfan Hakimi...

Nama tu amat terkesan di hati saya. Dan mungkin menjadi pemangkin diri sejak akhir-akhir ini. Tempat muhasabah kembali di saat-saat rasa down. Mungkin bukanlah selalu, tetapi memegang angan-angan juga kalau boleh jadi seperti dia.


Peribadinya, yang sentiasa merendah diri. Bersahabat hanya kerana mengharap keredhaan Allah semata-mata. Hatta dirinya dianiaya, dia tetap menyalahkan diri sendiri kerana tak bisa membuatkan orang tersebut memahami islam yang sebenarnya.


Sikapnya yang penuh dengan kasih sayang, ketabahannya dalam menDF [dakwah fardhiah] kawan2 dan junior2nya tanpa merasa lelah, penat, dan putus asa. Penuh kreatif dan islamik.

Pemahamannya dalam dakwah ini juga mendalam. Character dirinya sebagai seorang yang dihormati, bijak mengurus masa, instead of tanggungjawabnya yang sangat banyak. Kata-katanya yang bisa sahaja menyentuh sesiapa sahaja yang mendengar. Segalanya lahir dari hati yang bersih, bertunjangkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.

Sedangkan saya yang sangatlah jauh dengan dia, hanya mendengar cerita tentang dia sahaja, sudah cukup bermotivasi dengan sikapnya.


Walaupun dia sebenarnya hanyalah watak dalam novel sahaja!



Satu lagi karya dari Hilal Asyraf. Watak utama dalam novel ini boleh lah dikatakan antara Irfan dan sahabat karibnya, Rashid. Tidak perlulah saya mengulas panjang, nak tahu cerita lebih lanjut, kenalah baca ya! Sungguh, tak rugi!^_^

Refleksi diri. Ramadhan kali ini diharapkan kita berusaha sedayanya untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita pada Allah. Memang mudah kita katakan pada teorinya, sejauh manakah kita mengamalkan dan memanifestasikan dalam kehidupan kita?


"...Bawalah bekal, kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah taqwa.." (Baqarah:197)


Boleh juga diumpamakan taqwa itu ibarat roh atau perasaan takut , beringat dengan kehadiran Allah yang sentiasa memerhatikan kita tak kira kita tidur atau jaga. Sama juga macam sifat ihsan. Merasai seolah-olah kita berhadapan dengan Allah dan paling tidak merasai Allah melihat kita setiap saat, malah Allah itu lebih dekat dari urat leher kita sendiri. (Qaf: 16)

Maha Suci Allah yang menciptakan segala-galanya yang ada di dunia ini.

Setiap kali mendengar seruan " Wahai orang-orang yang beriman!", hati saya sangat berharap agar ia bergetar hebat, cuba menghayati yang ia benar-benar diturunkan kepada diri kita.


Seperti para sahabat yang sentiasa menunggu-nunggu apakah tunjur ajar, suruhan atau larangan, yang datang selepas seruan ini untuk dilaksanakan dengan penuh TELITI, penyerahan MUTLAK, penuh KEREDHAAN dan tidak teragak-agak.


Moga setiap ayat yang dibaca, dihayati dan ditelusuri maknanya dalam-dalam.


Moga ramadhan kali ini adalah ramadhan yang bersejarah buat diri kita, istiqamah dalam amalan, diharapkan taqwa yang diidamkan menjadi bekal sepanjang tahun sebelum bertemu ramadhan akan datang, insyaAllah.


Yuk, anjaklah paradigma kita!

al faqir ilallah,
mus'ab
____________________________________________________________________________________




Segala sesuatu datang dariNya untuk menguji ketabahan hati maklukNya bergelar insan...jangan putus asa~

Saturday, August 14, 2010

Peringatan Buat Diri ^_^

Assalamualaikum wbt :)

Sharing in Month of Blessing..Ramadhan Kareem..

Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.


Kedua: Melazimi membaca Al-Qur'an dan zikir al-mathurat sebelum terbit matahari.(sebaiknya mata melihat Kalam Allah swt dahulu sebelum melihat dunia)


Ketiga:Memelihara kesempurnaan solat kerana inilah kekuatan mukmin muslim yang utuh


Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.


Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Walaupun hanya dengan sekuntum senyuman (Allah swt sangat menyayangi hambaNya yang bersedekah dan malaikat selalu mendoakan manusia yang bersedekah setiap hari )


Keenam: Jaga wudhuk terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu'.( Kata Khalifah Ali bin Abu Thalib akan sentiasa
merasa dirinya sedang solat sedang ia tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, iaitu ampuni dosanya dan sayangi dia Ya Allah)


Ketujuh: Amalkan istighfar setiap masa agar terhapus segala dosa dan noda.( dengan istighfar masalah yang terjadi disebabkan dosa kita akan dijauhkan oleh Allah)


Kelapan : Perbaharui Azam dan Tekad untuk terus berkhidmat kerana Allah SWT


Kesembilan : Sentiasa ceria dan berfikiran positif kerana itulah watak seorang mukmin sejati


kEsepuluh : Memelihara Diri dengan keikhlasan yang tulus kerana Allah SWT kerana disitulah terletaknya nilai amalan di sisi Allah :)

dipetik dari http://15zikr.blogspot.com/



pohon istiqamah..pohon dipermudahkan urusan mengapai CintaMU...

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan Kareem^_^

Bismillahirrahmanirahim...
Asalamunalaikum wbt...

Bersempena dengan Ramadhan 1431 TAhun Hijrah,bulan berkat, bulan keampunan, bulan meraih redha Allah... kami di sistersunited mengajak pengunjung untuk merenung kembali erti sebenar nikmat manis lazat berkrim Ramadhan KAreem dengan penuh makna. May all of us have a blessed month with a blessed heart...mencari Cinta Ilahi...mencari kasih CintaNya yang bisa mendamaikan hati...moga di izinkan oleh Yang Maha Esa...ameen...qoute yang sy terbaca tempoh hari~

" SEtiap insan perlukan kekuatan. Tanpa kekuatan, yang ada hanyalah kelemahan...tidak akan bergolek datangnya kekuatan, mestilah dicarinya dengan usaha dan latihan "


moga dapat memanfaatkan madrasah ramadhan untuk bina kekuatan itu...insya Allah~
MaRI kita Hargailah hadiah dariNya - fully blessed month-->Marhaban Ya Ramadhan^_^

suka hati juga ingin dikongsikan sebuah entri dari SisterCzech yang ditulis pada Ramadhan Tahun Lepas...moga dapat mengambil ikhtibar dan Ramadhan kali ini lebih bermakna...dengan kehadiran hati yang sangat syahdu merindui Al-Khaliq...moga dimudahkan...insya Allah~
______________________________________________________________________

Alhamdulillah..alhamdulillah…alhamdulillah.. Allah bg lg peluang utk kt bertemu dgn Ramadhan kali ni.. Syukur sgt.. bln mulia yg ditunggu2 nabi, sahabat2, tabi’ tabien , ulama’ & seluruh org mukmin di muka bumi ni inshaAllah.. Betapa specialnye Ramadhan ni kn.. dalam bulan ni jgk byk peristiwa besar dlm sejarah Islam berlaku..cnthnye nuzul al Quran, perang badar…etc.. Dlm bln ni jgk, ade mcm2 Allah bg.. pahala amal dilipatgandakan, syaitan pn dibelenggu (kalo mls lg..nafsu kt sndiri la tu..hoho), bulan penuh barakah…bestnyeee Ramadhan … Alhamdulillah ‘ala kulli hal~

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ (2:183


"Wahai org2 yg beriman! Diwajibkn atas kamu berpuasa sebgaimana diwajibkn ke atas org sebelum kamu agar kamu bertaqwa"..(2:183)


Ape kabar sume org ari ni?..hows 1 ramadhan? Di mana jua pn antum berada, inshaAllah ari ni kt sume mule brpuase..sekaligus bermula jgk la madrasah tarbiyyah (sekolah pendidikan diri) kt di bln Ramadhan ni inshaAllah.. Byk sgt benda yg kt blh belajar dlm bln ni iA especially dlm mendidik n menahan nafsu kt yg mcm2 ..huhu.. bkn sng kn… kne mujahadah sguh2.. Sbb kt nk train diri ni utk jd muslim yg lg baek drp sblmnye iA!~

Alhamdulillah smlm smpt ke daurah fiqh puasa…iA nk share sket bbrapa pt mnarik yg dpt dr daurah tu.Dlm satu hadis nabi ni (afwan, x smpat nk salin full sbb hadis tu pjg n dlm Arabic), Rasullullah menyuruh kt mprbykkn 4 perkara:
1) Mengucap syahadah
2) Beristighfar
3) Mohon dikurniakn syurga
4) Mohon dijauhkn dr neraka.


Umar al-Khattab brbicara ttp puasa:

“Penahanan itu bkn hanya drp minum + makan shj, ttp juga menahan diri dr berdusta, perbuatan yg x brfaedah, brckp kosong, menjg tangan, lidah dan makanan”.


Makanan pn kne jg tau…huhu. Ustaz bg analogy empangan. Kalo kt lpskn air kt empangan itu sekaligus, dgn izinNya, abeslah banjir kwasan sekitar itu..dan akn hancur dan matilah tanam-tanaman, haiwan2 dll. Same lg jgk dgn perut kt.. kalo mkn byk sgt..sumbat sume selagi mampu..hhoho…nescaya penatlah body kt kne process sume tu.. aisshhh..kesian perut. Bkn stkt tu shj..hehe..msti badan pn jd berat nk beribadat lps tu..sbb perut dh penuh maaa… Astaghfirullah…mg kt tdk trmasuk dlm gol yg malas beribadat iAllah.
Next, ibadah puasa ni special drp ibadah2 yg len krn puasa ni utk ALLAH. Dlm hadis Qudsi ni:


“Setiap amalan anak Adam diberi 10-700x. Firman Allah Ta’ala kecuali puasa, sesungguhnya ia kepunyaanku dan Aku shj layak membalasnya..”

Dan berpuasa ni iA akan mmbentuk jd mukmin yg bertaqwa (kt melalui madrasah tarbiyah ruhiyyah & jasadiyyah iAllah). Kalo blh, kt nk Ramadhan kali nil g baek dry g tlh berlalu iA. Set TARGET & MUTABAAH AMAL kt..



tambahan sikit daripada mutabaah amal yang biasa kita dapat tuh...Ok Sambung balik dari sisters kiter kat Czech.... :)

Ustaz kt kalo blh from Ramadhan kali ni hingga Ramadhan thn dpn..kalo rse jauh sgt, set target dr hari jumaat mg ni..hingga jumaat thn dpn..kalo rse x mmpu jgk..kt set target kt dr 1 waktu solat ke waktu solat yg sterusnya iAllah.. Fikir2 blk..ni semua antara latihan2 utk bntuk dr kt dlm mnjg ibadah, waktu spy masa kt sentiase akan terisi dgn benda bermanfaat iAllah. (blh msuk modul madrasah neh..heheh). Mcm2 blh bwat cthnye..tilawah & hafazan, baca buku, ziarah, infaq, antar juadah pose utk jiran & mcm2 lg..antum sume lg kreatif inshaAllah..(^-*)



Okes…tu je perkongsiaan utk kali ni iAllah.. Selamat menjalani ibadah puasa beserta ibadah2 lain jgk inshaAllah.. Mg Ramadhan kali ni mmberi 1001 erti buat diri kt sume… mmbntuk diri mnjd hambaNYA yg berTAQWA inshaAllah.. Ayuh !! Double triple kn ‘amal kt pdNYA…
Jaga diri jaga iman kt inshaAllah.



“…ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna..agar dpt kulalui dgn sempurna..inshaAllah…”
Salam Ramadhan Kareem,

Bittaufiq wannajah fil imtihan buat semua yg akn berjuang di medan exam..usaha dan doa byk2.. then tawakkal..mg Allah permudahkn urusan antum inshaAllah. Selamat bermujahadah!!!



Posted by SupeR HoLky
________________________________________________________________________________



"Let the birth of a new moon mark the start of a happier life under His Light and Guidance"

Tenggelamkan kami dalam lautan cintaMU ya Rabb...Jangan Ya Allah, Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri walaupun pada kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih singkat dari itu. Ya Allah, Ya Tuhan kami, Engkau Tuhan Yang Maha Memperkenankan segala Permintaan...permudahkan urusan kami mencari Cinta dan RedhaMu...ameen^_^

Monday, August 9, 2010

10 Hal Yang Mendatangkan Cinta Allah

by www.iluvislam.com

Saudaraku, sungguh setiap orang pasti ingin mendapatkan cinta Allah. Namun bagaimanakah cara untuk mendapatkan cinta tersebut? Ibnul Qayyim Rahimahullah menyebutkan beberapa hal untuk menerangkan maksud perkara tersebut dalam kitab beliau Madarijus Salikin , tahap-tahap menuju wahana cinta kepada Allah adalah seperti berikut:

1) Membaca al-Qur’an dengan merenung dan memahami kandungan maknanya sesuai dengan maksudnya yang benar.
Itu tidak lain adalah renungan seorang hamba Allah yang hafal dan mampu menjelaskan al-Qur’an agar difahami maksudnya sesuai dengan kehendak Allah SWT. Al-Qur’an merupakan kemuliaan bagi manusia yang tidak boleh ditandingi dengan kemuliaan apapun. Ibnu Sholah mengatakan
“Membaca Al-Qur’an merupakan kemuliaan, dengan kemuliaan itu Allah ingin memuliakan manusia di atas makhluk lainnya. Bahkan malaikat pun tidak pernah diberi kemuliaan seperti itu, malah mereka selalu berusaha mendengarkannya dari manusia”.

Perkara ini boleh dilakukan umpama seseorang memahami sebuah buku iaitu dia menghafal dan harus mendapat penjelasan terhadap isi buku tersebut. Ini semua dilakukan untuk memahami apa yang dimaksudkan oleh si penulis buku. (Maka begitu pula yang dapat dilakukan terhadap Al Qur’an)



2)Mendekatkan diri kepada Allah dengan mengerjakan ibadah-ibadah sunat, setelah mengerjakan ibadah-ibadah wajib.
Orang yang menunaikan ibadah-ibadah fardhu dengan sempurna mereka itu adalah yang mencintai Allah. Sementara orang yang menunaikannya kemudian menambahnya dengan ibadah-ibadah sunat, mereka itu adalah orang yang dicintai Allah. Ibadah-ibadah sunnah untuk mendekatkan diri kepada Allah, diantaranya adalah solat-solat sunat, puasa-puasa sunat, sedekah sunat dan amalan-amalan sunat dalam haji dan umrah.

3)Terus-menerus mengingat Allah (zikir) dalam setiap keadaan, baik dengan hati dan lisan atau dengan amalan dan keadaan dirinya.

Kadar kecintaan seseorang terhadap Allah bergantung kepada kadar zikirnya kepada-Nya. Zikir kepada Allah merupakan syiar bagi mereka yang mencintai Allah dan orang yang dicintai Allah. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

“Sesungguhnya Allah aza wajalla berfirman :”Aku bersama hambaKu selama ia mengingatKu dan kedua bibirnya bergerak (untuk berzikir) kepadaKu”.

Ingatlah, kecintaan pada Allah akan diperoleh sekadar dengan keadaan zikir kepada-Nya.

4)Cinta kepada Allah melebihi cinta kepada diri sendiri walaupun dikuasai hawa nafsunya.

Melebihkan cinta kepada Allah daripada cinta kepada diri sendiri, meskipun dibayangi oleh hawa nafsu yang selalu mengajak lebih mencintai diri sendiri. Ertinya ia rela mencintai Allah meskipun berisiko tidak dicintai oleh makhluk dan harus menempuh berbagai kesulitan. Inilah darjat para Nabi, diatas itu darjat para Rasul dan diatasnya lagi darjat para rasul Ulul Azmi, lalu yang paling tinggi adalah darjat Rasulullah Muhammad s.a.w. sebab baginda mampu melawan kehendak dunia seisinya demi cintanya kepada Allah.


5)Merenungi, memperhatikan dan mengenal kebesaran nama dan sifat Allah.

Begitu pula hatinya selalu berusaha memikirkan nama dan sifat Allah tersebut berulang kali. Barangsiapa mengenal Allah dengan benar melalui nama, sifat dan perbuatan-Nya, maka dia pasti mencintai Allah. Oleh karena itu, mu’athilah, fir’auniyah, jahmiyah (yang kesemuanya keliru dalam memahami nama dan sifat Allah), jalan mereka dalam mengenal Allah telah terputus (kerana mereka menolak nama dan sifat Allah tersebut).

6)Memerhatikan kebaikan, nikmat dan kurnia Allah yang telah Dia berikan kepada kita, baik nikmat lahir mahupun batin akan mengantarkan kita kepada cinta hakiki kepada-Nya.
Tidak ada pemberi nikmat dan kebaikan yang hakiki selain Allah. Oleh sebab itu, tidak ada satu pun kekasih yang hakiki bagi seorang hamba yang mampu melihat dengan mata batinnya, kecuali Allah SWT. Sudah menjadi sifat manusia, ia akan mencintai orang baik, lembut dan suka menolongnya dan bahkan tidak mustahil ia akan menjadikannya sebagai kekasih. Siapa yang memberi kita semua nikmat ini? Dengan menghayati kebaikan dan kebesaran Allah secara lahir dan batin, akan mengantarkan kepada rasa cinta yang mendalam kepadaNya.

7) Menghadirkan hati secara keseluruhan (total) semasa melakukan ketaatan kepada Allah dengan merenungkan makna yang terkandung di dalamnya inilah yang disebut dengan khusyu’.

Hati yang khusyu’ tidak hanya dalam melakukan solat tetapi dalam semua aspek kehidupan ini, akan mengantarkan kepada cinta Allah yang hakiki.

8)Menyendiri dengan Allah di saat Allah turun ke langit dunia pada sepertiga malam yang terakhir.
Di saat itulah Allah SWT turun ke dunia dan di saat itulah saat yang paling berharga bagi seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada-Nya dengan beribadah dan bermunajat kepada-Nya serta membaca kalam-Nya (Al Qur’an) dan solat malam agar mendapatkan cinta Allah. Kemudian mengakhirinya dengan istighfar dan taubat kepada-Nya.

9)Bergaul bersama orang-orang yang mencintai Allah dan bersama para siddiqin.

Kemudian memetik perkataan mereka yang seperti buah yang begitu nikmat. Kemudian dia pun tidaklah mengeluarkan kata-kata kecuali apabila jelas maslahatnya dan diketahui bahawa dengan perkataan tersebut akan menambah kemanfaatan baginya dan juga bagi orang lain.

10)Menjauhi segala sebab yang dapat menghalang komunikasi antara dirinya dan Allah SWT.

Semoga kita sentiasa mendapatkan cinta Allah, itulah yang seharusnya dicari setiap hamba dalam setiap degup jantung dan setiap nafasnya.

Ibnul Qayyim mengatakan bahawa "kunci untuk mendapatkan itu semua adalah dengan mempersiapkan jiwa (hati) dan membuka mata hati."



Sumber: Madaarijus Saalikin, 3/ 16-17, Ibnu Qayyim Al Jauziyah, terbitan Darul Hadits Al Qohiroh

Dari HAti^_^

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih & Penyayang…

Assalamualaikum wbt...

Ramadhan Al Mubarak kian menghampiri...moga hari-hari berlalu dengan penuh makna, diisi dengan usaha menimba pengalaman buat bekalan hari muka ...insya Allah...quotation buat hari ini..."Let the birth of a new month marked the start of a new life" ahlan wa sahlan Ya Ramadhan--->>3more days..

ingin dikongsikan sebuah entri yang dipetik dari sahabat jalankitabersama.blogspot.com ...moga bermanfaat...insya Allah...
__________________________________________________________________________________

Tulisan Cinta

Hati gundah tatkala takbir bergema,

Apakah cukup segala tuntunan yang dicurahkan?

andai diberi peluang untuk menutur sejuta alasan,

jujur, satu alasan pun tiada kuat untuk diri ini ungkapkan…

maaf… andai titahku tidak berlagu indah laksana desiran bayu,

maaf…andai senyumku tidak seceria sang suria,

maaf…andai bicaraku tidak selantang da’ie nan hebat…

namun satu yang ku mohon,

jadikanlah titahku, senyumku dan bicaraku…

sebagai satu titipan dari Yang Maha Esa…

baru nanti hati kau sudi menerima tiap bait kalimat itu…


sahabat...
biarpun pertemuan lebih singkat dari perpisahan,

namun biarlah saat hati kita saling bertaut itu,

kita redhakan apa jua yang terzahir, apa jua yang terucap,

sampai tingkah kita mendahului bicara,

semangat kita mendepani kelelahan…


sahabat…

bak kata orang, apa yang tersurat bukanlah yang tersirat,

benar…

sampai bibir ini tersenyum, namun hati menangis,

kata-kata ini terbatas, namun harapan padamu sudah melangkau ke depan…


sahabat…

ingatlah, sang iman yang akan membicarakan apa yang terzahir,

bukan cuba menduga iman di hati,

kerna hanya Dia yang berhak menilai,

namun… sekadar mengingatkan kerna sayang,

menangislah andai langkahmu tidak seiring dengan iman di hati,

merintihlah andai imanmu tidak dapat pula menggerakkanmu…


sahabat…
kekurangan diri ini, andai aqidah islam belum bertaut erat di hatimu,

jutaan keampunan pula andai tuntutan ku padamu terlalu tinggi,

namun, itulah yang murni…

diri ini tetap mengharapkan kau menjadi serikandi sebenar,

yang putih di luar dan putih juga di dalam…


sahabat..

masa kita tidak lama,

mungkin esok, mungkin lusa atau mungkin sesaat nanti,

perpisahan akan mengambil tempatnya,

namun ketahuilah,

doaku untukmu,

moga kau menjadi da’ie yang diredhai Allah,

moga kau menjadi hamba yang tidak kenal jemu,

moga kau menjadi bidadari yang rapi terpelihara dari noda,

moga juga kau menjadi penghuni syurga yang dicemburui segenap makhluk…


sahabat...
yang menutup aurat itu tidak semua teguh imannya,

namun, yang teguh imannya pasti menutup auratnya,

jahiliyyah…jahiliyyah…jahiliyyah…

sukarnya untuk semua itu terkikis dari jiwa,

hingga menjadikan diri fitnah bagi agama indah ini,

membawa islam di tangan kanan, namun membawa juga kekufuran di tangan kiri…

sahabat..
Allah memandang kita,

Malaikat mencatat amal kita,

Tarbiyyah ini membimbing kita,

Syaitan tidak pernah lupa memesongkan kita,

Pilihlah…satu, dua, tiga maupun keempat-empatnya…

Namun sedarlah satu perkara,

Al Haq dan Batil tidak akan pernah dapat bersatu,

Saat al haq menguasai hati kita, batil pasti kalah,

Saat batil merajai jiwa kita, al haq pasti lemah,

Dan jangan sampai kita mati saat yang batil menguasai jasad dan hati kita,

Kita perlu mengubah, tapi kita juga perlu berubah…

Ketahuilah juga,

Kerna tersangat sayang padamu,

Dan kerna cinta Al Khaliq pada kita,

Kata-kata ini terukir buatmu…


_________________________________________________________________________________

mohon pada Yang Esa agar kita bisa tsabat dan diperteguhkan dijalanNya..Moga sentiasa meLetakkan cinta pada yang HAQ dan Suburkan hanya pada yang layak/halal...Itulah cinta suci membawa Syurga Abadi...insya Allah^_^

by suha huriyah

Monday, August 2, 2010

Cinta Ibu Bapa^_^

Assalamualaikum wbt...

Apa khabar semua?mengira hari, menanti kehadiran Ramadhan..ahlan wasahlan..8 hari lagi..mari sibukkan diri menyucikan jiwa agar ramadhan yang bakal datang terasa manisnya :)


Sebelum itu ingin dikongsikan sebuah entri berkisar 'cinta ibu bapa'..moga bermanfaat..insya Allah :)


Kehidupan sehari-hari berlalu dengan penuh ujian Ilahi untuk mengukur sejauh mana ketaatan seorang hamba kepada Sang Khaliq. Ku pohon agar hidup ini ditempuhi dengan pedoman tarbiyah dariNya..Kehidupan yang lepas dijadikan pengajaran, lompang-lompang dalam diri dijadikan sempadan untuk memperbaiki diri..Diri oh diri..


Semakin hari semakin mencabar,mengenangkan kesibukan diri memohon agar Allah swt sentiasa memelihara hati-hati kita agar sentiasa dibasahi Nur KasihNya. Semoga sentiasa dalam peliharaan Ilahi.. Kami mohon padaMu Ya Allah, permudahkanlah urusan kami dalam mencari keredhaanMU agar tenang langkah ini bergerak sesusah mana pun ujianMU.


Baru pulang dari umah...rindu rasanya, setelah sekian lama tak pulang...syahdu melihat wajah ayah dan ibu, mengenangkan pengorbanan mereka, betapa sayangnya mereka kepada kita...subhanallah Allah swt Yang Maha Mengetahui...Perasaan yang wujud dek sebab izinNya...menggerakkan jari jemari ini menghasilkan sebuah karya untuk parents-parents kita di rumah yang insya Allah tak putus doa mereka untuk kita...


CINTA Ibu Bapa..satu ayat yang sangat Indah untuk di amati. Melalui mereka lah kita berpeluang merasai hidup di alam dunia ini, masih ingat sewaktu kita masih kecil bagaimana mereka memanjakan kita? mungkin kita xberapa ingat kan...tetapi apabila melihat bagaimana mak n bapak melayani cucu mereka...syahdu lak, mesti dulu masa kecik pun mereka bermain begini dengan kita. Berpikir lagi, melalui mereka jugalah kita dihantar ke sekolah yang baik-baik, tuisyen, dengan dorongan merekalah kita rajin menelaah pelajaran sehingga mencapai kejayaan suatu ketika dahulu...masih ingat?? Terima kasih Ya Allah kerana kurniakan daku ibu bapa yang penyayang. Begitu besarnya pengorbanan ibu bapa kepada kita semua. Tidak terbalas walau sebentang lautan yang luas.


Betapa besarnya makna ibu bapa kepada mereka yang memahami. Fahamilah kegembiraan, kesedihan, diri mereka.


Keredhaan ALLAH terletak pada keredhaan IBU BAPA manakala kemurkaan ALLAH terletak pada kemurkaan IBU BAPA.


Riwayat Al-Tirmizi
"Teringat akan kisah seorang pemuda abid zuhud yang sentiasa mengabdikan diri dia hanya kepada ALLAH. Sentiasa berzikir, solat, menghabiskan masa di tempat ibadah. Ibunya merasa sunyi dan rindu kepada anaknya si pemuda abid ini. Dipanggil anaknya untuk melepaskan kerinduan di hati asalkan dapat berjumpa. Si pemuda tetap tidak menghiraukan panggilan dan permintaan ibunya. Sedih ibunya sehinggakan berdoa kepada ALLAH untuk berikan petunjuk kepada anaknya. Suatu hari si pemuda di fitnah sehinggakan tiada siapa yang mampu membantu dan di potong tangan dan kakinya. Setelah mendengar berita itu, sedih di hati si ibu dan memohon keampunan kepada ALLAH untuk anaknya. Menjagalah si ibu anaknya itu dengan sepenuh perhatian dan perginya mereka bersama-sama."

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)".Al- Ahqaf: 15

Ya Allah kasihanilah kedua orang tua kami sebagaimana mereka mengasihani kami sewaktu kami masih kecil...sambungkan hati-hati mereka kepada taliMu Ya Allah agar mereka bisa merasai kelazatan nikmat iman ini Ya Allah, merasai anugerah Islam dan Ihsan dengan sepenuh hati. Mereka banyak berkorban untuk kami, sehingga tidak meminta walau setitik balasan pun. begitu dahsyat keikhlasan hati seorang ayah dan ibu dalam membesarkan anak-anak mereka.


"Jika di amati ayat surah Al-Ahqar di atas betapa besarnya pengorbanan ibu bapa. Pelbagai susah payah yang perlu di lakukan. Tidak di kira lagi karenah kita semasa kecil. Kita, sebagai anak-anak wajiblah mendoakan untuk ibu bapa kita sebagai tanda kita mencintai mereka. Tunjukkanlah AKHLAK yang terbaik untuk mereka. Jadilah kita anak-anak yang beriman yang selalu mendoakan ibu bapa." (sepotong rangkap diambil dari seorang sabahat)

Mereka adalah amanah Allah untuk kita...Tidak pernah mereka merungut membesarkan kita.Tetapi mungkin pernah jika kita tidak dapat mengurangkan beban mereka...pikir balik...tak mampukah kita sebagai anak untuk itu?Ingin dikongsikan sepotong rangka yang terbaca di layar internet..


"Letaklah perasaan CINTA dan RINDU kita kepada ibu bapa kerana sesungguhnya kerana merekalah kita ada. ALLAH juaga telah perintahkan kita peliharalah diri kita untuk ibu bapa. Martabat mereka juga terletak pada martabat kita. "

Mari kita teliti Firman Allah swt dibawah :
"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha” dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)."
Al-Isra’: 23

Moga ayat ini mampu menguatkan rasa gerun kita terhadap layanan standard yang diarahkan oleh Yang Maha Esa agar dapt kita praktikkan...

"Segala puji kepada ALLAH dan selawat kepada RASULULLAH kerana mengajar dan mengingatkan kita tentang kasih sayang ibu bapa. Telah dinyatakan bahawa keredhaan ALLAH terletak pada keredhaan ibu bapa. Hendaklah kita selalu mengingatinya. Janganlah kita melukakan hati mereka. Hati mereka perlu dijaga dan dibelai. Pabila kita telah dewasa peliharalah mereka sebagaimana dia memelihara kita. Berilah kasih sayang kepada mereka. Sesungguhnya mereka tetap bersinar dan tetap kita perlukan selama-lamanya."




Sesibuk mana pun kita, hanya ingatan Tulus kepadaNya yang bisa memandu hidup ini..Tidak lupa menDoakanlah ibu bapa kita selalu. CINTAilah mereka selalu. Utamakan mereka dan bersyukurlah selalu. Moga dengan kesenangan parents kita bisa memudahkan hidup kita dengan izinNya...Ukirkanlah senyuman di wajah, kesenangan dan kegembiraan di hati mereka..Selalu..insya Allah..moga dimudahkan..ameen^_^

Wednesday, July 14, 2010

Satu Qiblat Yang Sama

Album : Qiblat
Munsyid : Rabbani


Ya Sallim Sallimna Sallim Sallim Dinana

Ada yang hitam, ada yang putih..Zahirnya Dia menciptakan kita berbeza
Namun batinnya kita dikurnia akal fikiran yang lengkap sempurna
Walau berbeza kasta budaya, hanya amalan pada-Nya yang utama
Kita mewarisi Al-Quran suci sebagai panduan tuk hidup sejahtera

Seringkali iman akan diuji bak layar dihembus laut gelora
Dalam mengejar kehidupan di sana, jangan alpa meredah kabus dunia

Walau pandangan jauh berbeza, tak bermakna ada salah ada benar
Pada akhirnya kita semua sujud ke arah satu qiblat yang sama

Semulia insan adalah yang menghampiri-Nya
Moga ditempatkan dengan yang bertaqwa

Tak mungkin manusia yang punya nafsu bisa terlari walau secebis dosa
Apa yang mampu kejar pahala, biarlah yang Esa menghitungkannya
Bung yang keruh, ambil yang jernih tak guna merintih menyesal bersedih
Khalifah bumi semua bersaudara untuk menghambakan diri kepada-Nya

Kadangkala kesabaran dicabar tiang utuh teguh bisa kan runtuh
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula sesama saudara

Walau pandangan jauh berbeza, tak bermakna ada salah ada benar
Pada akhirnya kita semua sujud ke arah satu qiblat yang sama

Semulia insan adalah yang menghampiri-Nya
Moga ditempatkan dengan yang bertaqwa

click link...:)
http://www.youtube.com/watch?v=zHtF_ZHmhXE


p/s: kekadang bila ujian melanda...kita kenal siapa kawan/siapa rakan/siapa teman/siapa sahabat :) siapa berlapang dada ngan kita...siapa prasangka...hikmah disebalik ujian...alhamdulillah :)moga sentiasa dalam peliharaan Ilahi..insyaAllah...

Tuesday, July 13, 2010

Sabarlah Wahai Hati..

Assalamualaikum wbt..

Segala puji bagiNya Tuhan Semesta Alam..

"Dia mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi, dan mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu nyatakan. Dan Allah Maha Mengetahui segala isi hati." (at-Taghaabun:4)

"Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar."
(al-Baqarah:153)

"Iaitu, orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram."
(ar-Rad:28)

Ya Allah..
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu,
Aku buta tanpa bimbinganMu,
Aku cacat tanpa hidayahMu,
Kuatkanlah hati dan semangatku,
Tabahkanlah aku menghadapi segala dugaan/tohmahan duniawi,
Yang datangnya dariMu..

Ameen Ya Allah..
Ameen Ya Rahman..
Ameen Ya Rahim..
Ameen Ya Karim..
Ameen Ya Rabbal' Alameen..

by 6ovus4ever :)


p/s: tunjukkan daku jalan menuju cintaMu Ya Allah,tabahkan diri ini mengharungi tohmahan duniawi...surgery sessional coming next monday...moga bisa tabah menghadapinya...insyaAllah.

Monday, June 28, 2010

Sahabat Perjuangan~

Sahabat Perjuangan

Pertemuan kita kali ini
Bukan sekedar kawan lama tak jumpa
Tapi kita bertemu ada satu makna
Kita punya satu perjuangan

Andai ada kasih antara kita
Kita kembalikan kepada Yang Esa
Agar ia suci tulus dan ikhlas
semoga Allah memberkati

Sambutlah tangan sahabat saudaramu
Pimpinlah ia melangkah bersama
Satukan hati kita teguhkan ia
Berdiri bersama untuk kebenaran

Perjuangan itu ertinya berkorban
Berkorban itu ertinya terkorban
Janganlah gentar untuk berjuang
Demi agama dan bangsa
Inilah JALAN KITA


Pahit manis perjuangan ni hanya KITA yg tahu, dan Allah pasti bantu...
Biar air mata yg mengalir ini jd saksi perjuangan KITA di sana kelak
Teruskan mujahadah fillah sahabatku,
Usah berduka, INNALLAHA MA'ANA
ALLAH IS THE BEST PLANNER

SupeR HoLky-HOOD

p/s: Moga Allah sentiasa pelihara hati-hati kita agar tsabat di jalanNya, dipanjangkan usia berjuang dijalanNya, dipanjangkan fikrah perjuangan kita di muka bumi menyambung amanah...ameen^_^
Jazakumullahukhairankathira :)

Sunday, June 27, 2010

Qiyaam Akhawwat~Agar Bidadari Syurga Mencemburuimu^_^

Puisi Aisyah Humaira.

Tundukkan wajah kalian, renungkan hikmah pelajaran,
Menelusuri jauh ke dalam sirah silam yang tak pernah lapuk dek zaman,
Dilimpahi keimanan, disirami wahyu,
Aromanya semerbak dari barat ke timur.

Dia,
Wanita yang amat dicintai Rasulullah,
Menyusu ketulusan dari kedua orang tuanya,
Menyantap hidangan wahyu atas meja kenabian,
Dialah, wanita yang suci dan disucikan dari atas 7 lapis langit,
Aisyah Humaira’.

Ayahnya Abu Bakar, ibunya Ummu Rumman,
Mewarisi kecerdikan dan kebesaran jiwa yang dimiliki bondanya,
Lahirnya ketika setahun selepas kerasulan baginda,
Dari keluarga terhormat yang kemuliaannya tercatat sepanjang masa.

Dunia berputar, saling mengisi,
Melengkapi satu dengan yang lain,
Tanpa yang satu, takkan ada yang lain,
Kisah cinta agung antara kekasih Allah, dan kekasihnya,
Satu-satunya gadis yang dinikahi Nabi.
Tatkala Jibril membawa gambarnya didalam mimpi,
Dialah isteri..duniawi , ukhrawi..

Menyinari ruang gelap hati, membawa cahaya mulai bersemi,
Menebar aroma syurgawi,
*apalah sangat cinta Qais kepada Laila,
Apatah lagi cinta Shah Jahan pada isterinya. Taj Mahal tidak bisa membuktikan segalanya.*
Kisah cinta Nabi dan Humaira penuh barakah,
Diasuh dididik penuh hikmah, walaupun masih kecil saat usia pernikahannya.

[Aisyah] “Aku menemani perjalanan kekasih Allah. Saat itu aku masih kecil dan tubuhku masih ramping. Tiba-tiba, Rasulullah berkata pada para sahabat di sekitarnya, “Majulah..Majulah..”
Mereka pun berjalan dengan lebih cepat dan laju. Kemudian, baginda berkata kepadaku, “ Hai Aisyah, ayuh kita lumba lari!” Kami pun berlumba dan aku mendahului baginda.

Cukup lama baginda tidak mengungkit kejadian itu, hingga suatu masa ketika tubuhku sudah agak berisi. Dia berkata padaku, “ Hai Aisyah, ayuh kita berlumba lari!” Kami pun berlumba, tapi kali ini baginda mendahuluiku. Baginda tampak tersenyum, lalu berkata,”Sekarang kita seri, kemenanganku saat ini membalas kekalahanku dahulu”

Azan menerpa sayup bergema,
Aisyah punya kelebihan tidak terkala, Bisa saja menimbulkan cemburu nista,
Namun, itulah istimewanya humaira, matang dalam meniti usia,
Menjadi isteri solehah, rela bersama hatta di bawah pelepah kurma dan batu bata, beralaskan kulit binatang tidurnya singgahsana,
Namun rencahnya sabar dan menerima,
Redha Allah mengiringi di lembayung rumahtangga.

Setelah 6 tahun menjadi seorang isteri, dugaan datang Allah menguji,
Menemani Rasulullah ketika menuju ke medan perang menentang Bani Mushtaliq,
Pulang bersama cahaya kemenangan,
Tersirat bersama kisah kedukaan-petunjuk tersirat dari Sang Khaliq.

Tatkala pulang menuju Madinah,
Kalung tercicir tak siapa sedar,
Tinggalnya Aisyah berlitup kesepian,
Datanglah Safwan menghulur bantuan.

Sambutan derita menikam jiwa,
Aisyah sakit 37 hari lamanya,
Dituduh fitnah berkhalwat dengan pejuang agama,

Hah! Itulah seorang munafik,Abdullah bin Ubay, punya angkara!!

Mereka telah melakukan perkara yang keji ya Rasulullah!!!

Sang suami mendengar penuh teliti,
Apakah dusta yang diada-adakan ini??

Kesedihan menyelubung segenap jiwa,
Ya Allah! Beratnya badai yang melanda!!
Gagahnya sang suami cuba menutupi kesedihan yang diterima,
Dengan sabar dan penuh redha,
Sekali-kali tidak percaya pada tuduhan al-ifki,
Betapa didamba petunjuk dari Ilahi,
Demi membersihkan isteri yang disayangi.

Hancur hatinya berlalu pergi, membawa sakit luluh di hati,
Kerumah bonda membawa diri,
Menunggu ketetapan Allah menghapus duka yang meliputi.

Berkata rasulullah
“Sesungguhnya telah disampaikan kepadaku berita buruk itu. Maka jika engkau bersih, Allah pasti akan membersihkan engkau. Tetapi, jika engkau telah berdosa, mohon ampunlah pada Allah dan bertaubatlah kepadaNya. “

Ucapan itu umpama petir menyambar di hati Aisyah.

“Jawablah apa yang dikatakan Rasulullah itu ,ayah.”

“Demi Allah,Ayah tidak dapat memberi jawapan pada Rasulullah, wahai Aisyah.”

“Jawablah perkataan Rasulullah itu ibu?”

“Demi Allah, ibu tidak dapat memberi apa-apa jawapan pada Rasulullah, anakku”.{ummu rumman}

Aisyah kecewa. Air matanya membasahi pipinya.. Berpaling dari Rasulullah, dalam keesakan tangisan yang semakin mendayu..

“Demi Allah! Aku tidak akan bertaubat tentang apa yang kau katakan itu, wahai Rasulullah! Demi Allah , sekiranya aku mengakui apa yang telah diperkatakan orang kepadaku, namun Allah tahu aku suci.

Tapi kalau aku menafikannya, Kamu semua tidak akan percaya! Namun aku hanya akan mengatakan sebagaimana yang diucapkan oleh Nabi Yaaqub iaitu aku akan bersabar kerana kesabaran itu adalah sesuatu yang baik dan Allah jualah tempat memohon bantuan dan pertolongan untuk mengatasi sesuatu yang dikatakan kepadaku.”

Tika saat semua orang belum berganjak dari tempat duduknya,ketika itu jugalah Allah telah menurunkan wahyu kepada Rasulullah. Kelihatan baginda seperti menerima beban yang sangat berat sehingga butir-butir keringatnya jatuh bercucuran seperti mutiara, kerana beratnya proses penerimaan wahyu yang diturunkan kepadanya.

Selepas itu, Rasulullah membuka matanya sambil tersenyum,
“Bergembiralah wahai Aisyah. Allah telah menurunkan wahyunya dan membersihkan engkau dari tuduhan tersebut.”

“Aisyah, bangunlah, hampiri suamimu” {ummu rumman}

“Demi Allah. Aku tidak mahu berdiri kepadanya dan tidak akan memuji selain dari Allah yang telah menurunkan pernyataan membersihkan diriku.”


“Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong (Al-Ifk) itu adalah dari golongan kamu juga, janganlah kamu menyangka berita bohong itu buruk bagi kamu, tetapi ia adalah baik untuk kamu. Setiap mereka akan mendapat balasan dari dosa yang mereka lakukan. Sesiapa diantara mereka yang mengambil terbesar dalam menyebarkan berita bohong itu akan dapat baginya azab yang pedih.[annur:11]


Sesungguhnya orang-orang yang menuduh wanita yang baik-baik, yang lengah lagi beriman (berbuat zina), mereka kena la`nat di dunia dan akhirat, dan bagi mereka azab yang besar.[annur:23]

Lihatlah!
Dia tidak pernah menjangka Allah akan menurunkan ayat al-Quran untuknya.
Memberi kesaksian atas kesuciannya!
Perancangan Allah yang Maha Hebat memberi 1000 makna,
Mengkehendaki Aisyah dan seisinya meningkatkan ubudiyah mereka kpd Dia,
Alhamdulillah!
Nikmatnya terasa sempurna setelah kefakiran dan harapan yang tinggi kepada Ya Rahman!
Kebergantungan mutlak yang menyucikan!

Wahyu yang turun bagaikan hujan di tengah musim kering,
Bahananya sangat indah, luar biasa pada perasaan..
Ternyata fitnah yang dilemparkan ibarat isu-isu kosong,
Yang pasti mustahil menodai wanita penghuni syurga ini,
Dialah ibunda kita, Aisyah al-humaira.

Kisah aisyah yang penuh hikmah. Moga bisa menyelinap ke seluruh ruang lingkup hati dan darah kita,mengalir semangat merindui para anbiya, merindui Nabi dan ahli keluarganya, biar ikhlas laju menderu, disampaikan penuh teliti dari kalbu, agar bisa menyentak hati yang mendengar. Niat kita hanya satu, agar setiap dari yang hadir, merasai untuk strive jadi bidadari syurga di negeri abadi.

[copyright reserve: hawariyun production exclusive]

p/s: Biar bicara dari hati menyentuh hati agar bisa menyantuni pendengar disetiap tutur budi & laku...tidak hilang sekilas khabar sampai di telinga semata...insyaAllah...moga barakah disusuri...ameen^_^

Wednesday, June 16, 2010

Sejauh Mana Demonstrasi :) Ayuh fikir-fikirkan...

assalamualaikum wbt,

Terima email dari seorang rakan...rasa macam kene sangat situasi...nak postkan kat sini...moga memberi manfaat kepada hati n terkesan jiwa untuk mengamalkannya...action speaks louder than words...insyaAllah :)

Mari Demontrasi Hari-hari...

moga aura baru dialunkan di hati muslimin muslimat sekalian...

Bagaimana????

Dengan akhlak kita berdakwah...
Dengan amalan tuntutan Ilahi seperti mana termaktub dalam Al-Quran...
Dengan ambil kisah...
Dengan perhalusi taktik...taktik aper???mari kita bace dibawah...insyaAllah...moga memberi manfaat...ameen...

__________________________________________________________________________________

Setelah pulang daripada demonstrasi anti-Yahudi, seorang Pak Cik berbual dengan saya sewaktu sama-sama menunggu giliran mendapat rawatan di sebuah klinik.

"Puas hati. Kami dah bakar bendera Israel. Hancur luluh dibuatnya. Gambar PM Israel pun banyak yang kami robek-robekkan. Kalaulah tidak mengenangkan undang-undang, kami dah bakar kedutaan Amerika. Tapi kami masih rasional."
Saya mengangguk-angguk kepala sahaja.

"Tel Aviv akan bergegar minggu ini dengan demonstrasi oleh seluruh dunia Islam. Dijangka banyak lagi siri demonstrasi akan diatur minggu hadapan. Awak jangan lepas peluang."

Saya mengangguk kepala. Mungkin kerana demam, saya banyak diam. Lagipun saya telah berjanji pada diri, dalam berinteraksi perlu menjadi pendengar.

"Eh, awak tidak ada respons langsung. Baru demam sikit… janganlah begitu. Rakyat Palestin dibom, ditembak dan disekat bekalan makanan dan keperluan. Itu lagi teruk."

Kali ini saya senyum. Saya bersuara perlahan, "saya sokong tindakan Pak Cik dan demonstrasi menyatakan pendirian kita menentang kekejaman Yahudi."
"Bagus. Suara saya serak melaungkan takbir semalam. Dada ni sakit-sakit sejak akhir ni."
"Kenapa Pak Cik?"
"Rokok dik. Semuanya fasal rokok ni."
"Pak Cik hisap rokok apa?" saya mula teruja untuk berbual.
"Masih Winston. Dah sebati sejak dulu."
"Winston from America?" bisik saya perlahan.
Kali ini Pak Cik tu pula mengangguk-angguk.

"Sakit-sakit Pak cik pun masih kuat berdemonstrasi. Apa pandangan adik tentang demonstrasi ini?" kilasnya mengalih arah perbualan.
"Ada langkah yang lebih utama dan pertama daripada itu," tegas saya.
"Apa dia?"
"Solat Subuh berjemaah."

"Kita cakap bab jihad, awak bercakap bab ibadat." Muka pak Cik itu mula memerah. Tangannya mula digenggam.
"Jihad dan ibadat tidak terpisah. Bahkan ibadat itulah yang akan membangunkan roh jihad yang sejati."
"Kita mesti sanggup memikul senjata."
"Betul. Tetapi kuakkan dulu selimut menutup umat yang masih tidur menjelang Subuh."
"Saya tak faham."

"Pak Cik, Israel mesti ditentang menurut kaedah yang menyakitkan mereka."
"Apa yang menyakitkan mereka?"
"Mereka bimbang sekiranya bilangan orang Islam yang solat subuh berjemaah sama dengan bilangan orang Islam yang solat Jumaat! Ini diakui oleh cerdik pandai mereka sendiri."
"Jadi?"
"Sebaik-baik `demonstrasi' ialah didik umat ini bersolat Subuh secara berjemaah di surau-surau dan masjid. Solat itu hubungan kita dengan Allah. Jangan harap musuh akan kalah, kalau Allah tidak bantu kita. Lihat di Badar, lihat di Khandak, bagaimana Rasulullah saw dan sahabat akrab dengan Allah. Lihat pula Salehuddin, lihat pula Muhammad al Fateh, bagaimana teguhnya mereka menjaga solat dan ibadat-ibadat khusus yang lain."
Hampir terlupa saya pada janji diri untuk lebih mendengar. Saya menarik nafas panjang. Kembali merenung Pak Cuik tersebut dengan senyuman.

"Awak rasa bakar bendera Israel tak perlu? Mana kemarahan awak?"
"Bakar bendera Israel boleh saja. Ayuh, bakarlah. Tetapi jangan membakar rokok Amerika dan sekutu Yahudi yang lain lebih perlu. Cukup kalau sebulan sahaja umat Islam berhenti merokok, mungkin jumlahnya sudah berjuta-juta ringgit. Dan wang yang terkumpul itu hantarkan ke misi bantuan kemanusiaan ke Gaza!"
"Awak sindir saya?"

"Pak Cik saya tidak menyindir. Kebanyakan umat Islam, termasuk saya, hanya bencikan Yahudi pada mulut sahaja tetapi pada tindakan tidak."
"Saya dah bertindak. Saya dah demonstrasi!"
Lagi-lagi ke situ fikirnya.
"Pak Cik dalam Al Quran, Allah tegaskan orang Yahudi itu tidak akan redha selagi kita umat Islam tidak mengikut cara hidup mereka."
"Siapa kata kita ikut cara hidup mereka?"

"Pak Cik, lihat betul-betul. Apakah masyarakat kita telah bangunkan cara hidup Islam?"
"Kita orang Islam. Cara hidup kita mesti Islam."
"Tidak Pak Cik. Ramai umat Islam yang tidak amalkan cara hidup cara Islam."
"Contoh?"
"Dedah aurat, pergaulan bebas, riba, judi, arak, tinggal solat, budaya hedonisme dan dualisme masih berakar umbi dalam masyarakat kita. Lihat sahaja unsur tahyul, mistik, seks bebas dan gosip yang mendominasi media-media umat Islam. Tidak ikut cara hidup Islam bererti terperangkap dengan cara hidup isme kapitalis, sosialis mahupun liberalis."

Pak Cik itu terkejut sedikit, lantas menyampuk, "mana Yahudinya. Awak kata Yahudi, tapi yang awak sebut golongan hedonis, liberalis, kapitalis dan sosialis?"
"Ketiga-tiga isme itu sama."
"Sama?"
"Kesemuanya dicipta oleh golongan yang sama… ZionisYahudi!"
"Jadi demonstrasi ini tidak berfaedah?"

Saya menggeleng-gelengka n kepala perlahan.
"Ada faedahnya. Tetapi ia bermusim dan agak bersifat agak artifisial. Kita perlu agenda yang konsisten dan `genuine'."
"Misalnya?"
"Ajak orang Islam serius solat lima waktu dengan penghayatannya sehingga dengan solat itu mampu meninggalkan kejahatan dan kemungkaran."
"Lagi?"
"Tinggalkan riba, judi, arak dalam kehidupan umat Islam. Wanita Islam didakwah dan ditarbiah secara berhikmah untuk menutup aurat dalam ertikkata sebenar dan tinggalkan pergaulan bebas!"
"lagi?"

"Pak Cik, cara hidup Islam itu terlalu banyak. Dengan mengamalkannya satu persatu kita boleh `berdemonstrasi hari-hari' terhadap atas Yahudi. Bila kita boikot cara hidup berseronok-seronok yakni hedonisme, ertinya kita boikot cara hidup Yahudi yang disalurkan melalui dalang-dalang mereka di Holywood."
"Idola Amerika?"
"Ya. Juga idola kita yang meniru persis mereka. Bangsa yang leka berhibur akan mudah dijajah."

Pak Cik itu batuk-batuk.
Saya urut belakangnya.
"Dah lama Pak Cik batuk? Berhentilah atau kurangkan perlahan-lahan ya Pak Cik?" kata saya seakan-akan merayu.
"Semangat Pak Cik kuat, saya doakan Pak Cik berjaya. Amin."
"Tak terfikir pula saya begitu jauh kita dibius oleh cara hidup musuh yang kita benci."
"Kadang-kadang musuh ketawa melihat kemarahan kita. Bangunkan remaja kita untuk solat subuh berjemaah, Yahudi akan sakit hati. Tutup aurat remaja perempuan kita, Yahudi akan sakit hati. Tinggalkan riba, judi, arak, pergaulan bebas, insya-Allah, Yahudi akan gigit jari."

"Tetapi kalau cara hidup kita mengikut telunjuk jari mereka, Zionis akan ketawa sekalipun berlambak-lambak bendera mereka kita dibakar. Jeritan Allah hu Akbar dalam demonstrasi itu baik, bersemangat tetapi ucapan takbir dalam solat lima waktu lebih besar maknanya. Apakah Allah akan nilai laungan Allah hu Akbar daripada umat yang tidak solat? "

"Eh, kami yang demonstrasi semua solat…"
"Bukan itu maksud saya. Tetapi seluruh umat Islam ini. Saya risau kerana ada kajian menunjukkan 80% umat Islam sudah tidak solat. Itu yang tidak solat langsung. Bayangkan pula yang solat tanpa ilmu, tanpa penghayatan dan tanpa khusyuk? Jadi berapa kerat umat ini yang benar-benar kompeten menghadapi Zionis dalam erti kata sebenar?"

Giliran Pak Cik itu tiba. Dia melangkah perlahan menuju bilik rawatan. Ditinggalkan sendirian begitu, saya lontarkan pandangan ke luar klinik. Terus merenung dan berfikir. Masih terbayang wajah pemimpin-pemimpin dan para pengikut yang ramai dalam demonstrasi seperti yang dipaparkan di dada akhbar dan di kaca televisyen. Alangkah indahnya jika demonstrasi dibuat seusai solat Subuh berjemaah dan sebelum itu didahului oleh qiamulail dan qunut nazilah?

Dan kemudian setelah selesai berdemonstrasi, para pemimpin dan ribuan pengikutnya itu terus sahaja mengamalkan cara hidup Islam dalam diri, keluarga, jabatan, unit, organisasi, masyarakat dan bahagian masing-masing. Bukan hari itu sahaja… tetapi hari-hari. Setiap hari!

Ah, bagaimana umat ini hendak disedarkan bahawa mengamalkan cara hidup Islam itulah cara penentangan yang paling dibenci oleh Yahudi? Firman Allah:
"Sekali-kali tidak redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut millah (cara hidup) mereka."

Dan alangkah baiknya jika jeritan Allah hu Akbar, dibuktikan dengan penegakan hukum Allah dalam seluruh sistem kehidupan sekali gus `mengecilkan' pandangan akal sendiri dalam menyusun dan mengatur kehidupan ini?

OH ISLAM: SAMPAIKANLAH ILMU WALAU HANYA DENGAN SATU AYAT.
___________________________________________________________________________________


p/s : moga dari dalam cahaya(nur islam) keluar menyinari diri, menjadi sinar di akhirat kelak...ameen...insyaAllah :)

Tuesday, June 15, 2010

Hak Seorang Muslim :)

Assalamualaikum...

terlihat entri ini semasa melawat Rajskerzahrady..agak menarik untuk dikongsikan insyaAllah...moga bermanfaat...:)membetulkan sisa-sisa jahiliah yang masih bersarang dalam hati insani...mengingatkan akan kepentingan berlapang dada itu, kepentingan bersangka baik itu...peringatan yang best insyaAllah...

Dari Abi Hurairah r.a katanya: Telah bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam: Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan janganlah kamu bertipu-tipuan, dan janganlah kamu berbelakang-belakangkan, dan janganlah sebahagian kamu menjual di atas penjualan sebahagian daripada kamu dan jadilah kamu wahai hamba Allah yang bersaudara.

Orang Islam bersaudara dengan orang Islam yang lain, tidak boleh ia menganiayainya, dan tidak boleh membiarkannya (dalam kehinaannya), dan tidak boleh mendustainya, dan tidak boleh menghinanya.

Taqwa itu di sini *kata Nabi sambil menunjuk kedadanya tiga kali*
Sudah cukup banyak kejahatan seseorang itu, bahawa ia merendahkan saudaranya yang muslim. Sekelian orang Islam atas orang Islam haram darahnya dan hartanya dan kehormatannya.

~Riwayat Imam Muslim~

Hadith ini merupaka antara amanat terakhir Rasulullah s.a.w. kepada umat Islam. Ada sumber yang mengatakan hadith ini diucapkan sewaktu khutbah wida’. Di dalam hadith ini, Rasulullah mengajar umat Islam supaya mementingkan perpaduan dan mengamalkan adab-adab dan tatasusila terutama sekali sesame Muslim.

Perpaduan adalah salah satu intipati terbesar dalam Islam. Di dalam al-quran, terdapat banyak sekali ayat-ayat yang menggesa umat Islam supaya bersatu. Antaranya, dalam surah al-‘Imran: 103:

‘Dan berpegang teguhlah kamu semua pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai..’

Dan di dalam surah At-Taubah ayat ke 71, Allah menyebut:

‘Dan orang-orang yang beriman, laki-laki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi ‘awliya’ (setia atau penolong) bagi sebahagian yang lain.’

Terdapat banyak lagi ayat-ayat di dalam al-quran yang menyeru ke arah perpaduan, dan banyak juga ayat yang melarang perpecahan. Kita dapat melihat ayat-ayat ini dalam surah ali-Imran: 103, seperti yang disebut tadi.

Terdapat banyak juga hadis yang menyeru umat Islam supaya bersatu. Di dalam satu hadis yang direkod oleh Imam Muslim:

‘Sesungguhnya Allah menyukai 3 perkara untuk kamu dan mengharamkan 3 perkara untuk kamu. Dia menyukai kamu menyembahNya dan meleraikan segala perkara denganNya, kamu berpegang teguh pada tali Allah dan kamu tidak berpecah. Dan Dia tidak tidak menyukai bercakap-cakap kosong, terus-menerus bertanya, dan membazir kekayaan.’

Pengajaran:

Agama Islam adalah agama yang harmoni dan sangat mementingkan keamanan dan perpaduan sesame umat Islam. Terdapat banyak pengajaran yang dapat diambil secara terus dari hadis ini.

Jangan saling berdengki.

Jangan saling menipu.

Jangan saling membenci.

Jangan saling membelakangi.

Jangan menjual di atas penjualan orang lain.

Jangan sesekali prasangka.

Perkara-perkara yang dinasihati Nabi s.a.w. tersebut semuanya berkaitan dengan hak-hak seorang Muslim. Seorang Muslim mempunyai hak yang wajib ditunaikan oleh Muslim yang lain. Perkara-perkara yang diingatkan oleh Rasulullah s.a.w. ini merupakan antara penyakit hati yang sangat mudah untuk berlaku di dalam kehidupan seharian kita di mana jua. Justeru, biarpun kelihatan perkara kecil, Rasulullah mengingatkan umat Islam untuk menjaga perkara-perkara ini sebagai hak seorang Muslim.

Rasulullah s.a.w. menyambung nasihat baginda dengan bersabda:

‘Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara’

Hendaklah umat Islam saling bergaul dan memperlakukan orang lain seperti saudara dalam kecintaan, kasih sayang, keramahan, kelembutan dan tolong-menolong dalam kebaikan dengan hati ikhlas dan jujur dalam segala hal.

Seorang Muslim adalah saudara Muslim yang lain, maka tidak boleh menzaliminya, menelantarkannya, mendustanya dan menghinanya.

Inilah indahnya ajaran Islam. Rasulullah menekankan bahawa seorang Muslim adalah saudara Muslim yang lain. Agama Islam mempersaudarakan umatnya atas talian aqidah yang suci. Dan inilah dia talian yang diiktiraf oleh Allah di dalam al-quran.

Betapa Islam sangat menghargai harga dan nilai seorang Muslim. Menelantarkan di sini bermaksud tidak member bantuan dan pertolongan. Maksudnya, jika ia meminta tolong untuk melawan kezaliman, maka menjadi keharusan saudaranya sesame Muslim untuk menolongnya jika mampu dan tidak ada halangan syar’i.

Taqwa

Akhir sekali, setelah baginda mengingatkan tentang hak-hak dan adab-adab seorang Muslim, Rasulullah mengaitkan pula kesemua perkara ini dengan taqwa. Rasulullah s.a.w. mengingatkan kita bahawa perkara yang membezakan seseorang dari seorang yang lain ialah taqwa. Orang yang paling mulia adalah orang yang bertaqwa kepada Allah, meskipun dipandang rendah oleh orang lain.

Nilai seorang Muslim

Harga seorang Muslim sangat tinggi dan tidak boleh diperkotak-katikkan orang lain. Setiap Muslim mempunyai hak dan wajib dihormati dan dijaga haknya. Islam sangat melarang seorang Muslim untuk merendah-rendahkan seorang Muslim yang lain.



Subhanallah.. Indahnya agama Islam. SYUMUL. Segalanya included...tinggal ilmu itu terkesan di hati untuk mempraktikkan nyer tak?But one thing for sure Allah swt tetap bersama hamba-hambaNya yang sabar akan tohmahan duniawi...insyaAllah :)

Sunday, June 13, 2010

Alhamdulillah...Ujian itu TarbiyahNya Yang Hebat...

Assalamualaikum,

Baru pulang ke melaka setelah weekend yang agak terisi...Alhamdulillah selesai walimatulurus Saudara Salman Bashir & Saudari Siti Hajarah Bt Mohd Yusoff...syukur semuanya selesai seperti dijadualkan...alhamdulillah :) Moga barakah menyusuri ke atas bait yang dibina...moga dikurniakan zuriat yang baik dari sisiNya...menjadi pejuang agama kelak...:)ameen...

Sekadar perkongsian dari email seorang rakan...semoga membuka minda & bermanfaat insyaAllah :)

Palestin...
Adakah ianya berlaku dalam masa sehari?


> Ledakan kesedaran apabila berlakunya serangan tentera
> Israel Zionis ke atas Konvoi Bantuan Kemanusiaan Flotilla,
> Lifeline4Gaza yang perlu kita pandang pandang sebagai
> ‘spark’ apabila dua batu api dilagakan.
>
> Tinggal sekarang, siapakah yang hendak menggunakan
> ‘spark’ yang wujud itu, mencucuhkannya pada dedaun
> kering agar muncul api yang menyala, kemudian disogokkan
> pula api kecil itu dengan ranting kecil membuatkannya
> membesar dan kuat, seterusnya diberikan kayu yang lebih
> besar agar ia lebih marak, akhirnya diberikan kayu-kayu
> besar untuk menjadikan nyalaannya kekal?
>
>
> Tawanan telah selamat. Jerit laung sudah semakin surut.
> Sungguh, kita sinonim dengan menang sorak. Hakikatnya Israel
> tidak tewas dengan pelepasan tahanan. Gaza terus terluka.
> Islam terus dihina. Justeru tidakkah kita melihat bahawa
> kita perlukan kefahaman yang jelas agar kemenangan berpihak
> pada kita?
>
>
> Perang Nafas Panjang
>
> Pasti ada yang bertanya, apakah itu perang nafas panjang .
> Hakikatnya ia adalah satu perancangan rapi yang mesti
> digerakkan dengan konsisten, penuh keimanan dan kepercayaan
> kepada janji Allah, sabar dan istiqomah adalah perisai
> ketahanan, dan taqwa adalah bekalan perjalanan.
>
> Perang Nafas Panjang bukanlah gerakan yang dilakukan
> perseorangan. Bukan juga tindakan-tindakan yang memberikan
> kesan sementara tidak bermakna. Tetapi ianya satu pergerakan
> bersistematik yang kesannya amat utuh tak mampu digegarkan
> semua.
>
> Sungguh, ianya popular dikenali dengan nama lain.
>
> Dakwah dan tarbiyah.
>
> Itulah dia perang nafas panjang yang di perkatakan.
>
>
> Jahiliyyah dan perang nafas panjang mereka.
>
> Kita melihat bahawa jahiliyyah yang dicanangkan oleh
> musuh-musuh Allah juga mempunyai sistem peperangan nafas
> panjang mereka. Kita melihat dengan lebih luas, betapa apa
> yang berlaku hari ini, apa yang ada di sekitar kita hari
> ini, adalah semuanya hasil perancangan yang telah mereka
> usahakan beratus tahun yang lepas.
>
> Suasana hari ini adalah acuan tangan mereka. Media hari
> ini adalah keluaran mereka. Hiburan, maksiat, dosa, semuanya
> diatur oleh mereka agar menjadi malakah(darah daging) dalam
> kehidupan kita. Mereka yang menyediakan itu dan ini,
> mengaturkan itu dan ini, agar kita terpenjara dalam ruang
> lingkup yang dikehendaki mereka.
>
> Akhirnya, hari ini tiba. Mereka boleh menipu tanpa ada yang
> mampu bertindak terhadap mereka. Mereka mengawal ekonomi.
> Mereka mengawal suara pemimpin. Lihatlah betapa sikitnya
> yang ambil kisah dengan Islam dalam kehidupan mereka,
> lihatlah betapa sikitnya pula yang ambil kisah dengan
> Palestin sana, jangan dicerita pula betapa sikitnya yang
> berjuang di atas jalan Allah SWT.
>
> Semuanya hasil perancangan mereka.
>
> Adakah mereka mula menggerakkan perancangan mereka
> semalam?
>
> Tidak.
>
> Mereka telah bermula beratus tahun yang lampau.
>
>
> Menang sorak sehari tak akan merubah apa-apa
>
> Kita laknat mereka, kita doa kehancuran untuk mereka,
> tetapi kita tidak bergerak dalam arena perang nafas panjang,
> maka kita tidak akan mendapat apa-apa.
>
> Hari ini mereka bebaskan orang ikut kehendak kita. Esok
> mereka bunuh lagi orang lain yang sama pentingnya, cuma
> mungkin kita tidak mengenalinya. Hari ini mereka berikan
> kita apa yang kita mahu, agar kita tambah alpa dan leka,
> rasa kemenangan sudah milik kita. Esok mereka gerakkan lagi
> perancangan yang lebih besar untuk memerangkap kita.
>
> Hakikatnya, berapa ramai telah terbunuh di Palestin? Dari
> sebesar-besar sebuah negara, hingga tinggal wilayah Gaza
> sekangkang kera. Tidakkah orang Israel itu sentiasa berjaya?
> Sedang kita menang sorak sehari sahaja.
>
> Kita kata itu dan ini, tetapi kehidupan tetap tidak berubah
> jua. Kita hanya lancang pada bicara, tetapi hidup tetap
> tidak kita ubah tatacaranya. Kita tetap hidup macam orang
> jahiliyyah hidup. Cuba soal semula diri kita, lihat kembali
> kehidupan kita. Apakah dari jahiliyyah yang telah kita
> korbankan dalam kehidupan kita? Bagaimanakah hubungan kita
> dengan Allah SWT? Bagaimana pula hubungan kita dengan muslim
> lain di sekeliling kita?
>
> Nyata, ummah tak akan diselamatkan oleh seorang hero.
>
> Tetapi ia diselamatkan oleh satu generasi.
>
> Rasulullah SAW dan para sahabat menjadi bukti akan hal
> ini.
>
>
> Urgensi dakwah dan tarbiyah
>
> Maka di sini kita perlu melihat kepada perang nafas panjang
> kita. Mungkin sahaja kejayaan itu tidak tiba hari ini,
> tetapi pastinya kalau kita menggerakkan agenda Perang Nafas
> Panjang ini, kita akan berjaya dalam satu jangka masa yang
> pasti.
>
> Saya memberikan beberapa contoh perang nafas panjang yang
> telah berjalan.
>
>
> Gerakan Dakwah Rasulullah SAW dan para sahabat.
>
> Walaupun hanya sempat berjalan selama 23 tahun sahaja,
> tetapi nilai gerakan da’wah atas dasar keimanan kepada
> Allah swt tetap terus berjalan hingga ke hari ini. Walaupun
> jasad Baginda telah tiada. Nilai 23 tahun hidupnya dakwah
> hingga ke hari ini masih dibicarakan, akhlak baginda, uslub
> dakwahnya, kaedah pemerintahan baginda. Hinggakan nama-nama
> para-para sahabat Nabi saw dijadikan nama anak-anak kita bg
> mengenang jiwa yang pernah hidup dan mencorak dunia hingga
> ke hari ini.
>
> Apakah asas dua pertubuhan itu?
>
> Dakwah dan tarbiyah. Ia membina kilang mereka sendiri,
> memproses manusia agar menjadi seperti mana yang Allah
> redhai. Manusia yang telah diproses ini pula memberikan
> kesan pula kepada manusia yang lain menyebabkan kewujudan
> manusia-manusia yang Allah redhai semakin banyak. Ia seakan
> satu sistem piramid, MLM, tetapi berani saya katakan ini
> adalah sistem MLM Ilahi yang telah dilaksanakan oleh
> Rasulullah SAW dahulu.
>
> Rasulullah SAW berdakwah kepada Abu Bakr RA, Abu Bakr RA
> pula mengajak Bilal bin Rabah, Uthman ibn Affan, Abdurrahman
> Ibn Auf, dan ramai lagi. Mereka yang ramai ini pula mengajak
> yang ramai lagi. Dan mereka mengikuti proses tarbiyah,
> mengislah kehidupan mereka, mengislah keimanan mereka,
> memantapkan kefahaman mereka, meningkatkan kesungguhan
> mereka terhadap ibadah dan menjadi seorang mukmin yang
> sebenarnya.
>
> Dalam masa 23 tahun, Islam menjadi anutan seluruh jazirah
> arab. Dan tidak lama kemudian, menjadi pemerintah kepada 2/3
> dunia. Sejarah telah merakamkan manusia-manusia seperti Umar
> Al-Khattab, Salahuddin Al-Ayubi, Muhammad Al-Fateh,
> Ilmuwan-ilmuwan Islam dan sebagainya yang dikagumi semua,
> ilmu-ilmu Islam yang advandce, wilayah-wilayah Islam yang
> jauh lebih maju, makmur dan aman.
>
> Adakah ianya berlaku dalam masa sehari?
>
> Tidak sama sekali. Ia telah digerakkan seawal hari pertama
> Rasulullah diutuskan. Dakwah dan tarbiyah.
>
>
> Itulah dia perang nafas panjang, dan kita juga boleh
> melaksanakannya
>
> Sewajibnya orang-orang yang beriman kepada Allah SWT
> memahami perkara ini dan melaksanakannya bermula kepada
> diri, keluarga dan masyarakat sekeliling.
>
> Mulakan dengan mentarbiyah diri, kemudian berdakwahlah
> kepada ahli keluarga. Bina keluarga kita sebagaimana yang
> Allah redha, yang Allah mahu. Anak-anak kita yang soleh akan
> memberikan kesan kepada anak-anak orang lain di mana sahaja
> mereka berada. Isteri kita yang solehah dan terjaga akan
> menjadi model kepada wanita-wanita di sekelilingnya. Kita
> yang bersih akan menjadi contoh ikutan kepada semua.
> Keluarga kita yang bagus, baik akan menjadi qudwah kepada
> masyarakat.
>
> Adik beradik, ayah ibu, abang kakak, semuanya kita
> usahakan.
>
> Untuk pelajar bujang, bermula dengan diri, kemudian dengan
> rakan-rakan serumah, seterusnya rakan-rakan sekuliah.
>
> Gerakkan dakwah dan tarbiyah. Pastikan ianya bergerak
> dengan konsisten. Bukan tembak dan lari. Tetapi pimpin dan
> bimbing. Kita bina bi’ah solehah di tengah badai
> jahiliyyah, menghasilkan satu perkara yang bernama uzlah
> syu’uriah tammah(pengasingan rasa secara total – orang
> lain suka jahiliyyah, kita di tengah mereka menggerakkan
> Islam – yang konsisten).
>
> Jika musuh-musuh Allah menyebarkan suasana jahiliyyah, maka
> kita kena bina suasana solehah. Jika musuh-musuh Allah
> berikan hiburan jahiliyyah, maka kita kena masyhurkan
> hiburan yang menghidupkan jiwa. Jika musuh-musuh Allah
> membina pemimpin-pemimpin berotak taat mereka, kita membina
> pemimpin-pemimpin berotak taat kepada Allah.
>
> Tetapi semestinya, membina bukanlah jalan yang sekejap. Ia
> memakan masa. Tetapi bagi yang percaya dan beriman
> kepadaNya, ini tetap akan digerakkan. Kerana inilah dia
> jalan kemenangan yang sebenarnya.
>
> Inilah yang dilakukan mereka yang faham. Mereka inilah yang
> namanya bukan sekadar berdoa dan berharap. Bukan sekadar
> melaung dan menjerit. Mereka ini yang bukannya menang sorak
> sehari tetapi kemudian kalah berhari-hari.
>
> Inilah dia orang-orang yang percaya. Yang yakin dan sabar
> dengan ujian-Nya.
>
> Inilah dia, manusia yang akan menang pada akhirnya.
>
> Perjalanan ini memang panjang. Tetapi kepanjangan itu,
> itulah yang terdekat dengan apa yang kita kehendaki –
> Redha Allah, keamanan hidup di dunia dan syurga di akhirat
> sana.
>
> Perang nafas panjang, apakah kita telah melaksanakannya?
>
> Perang Nafas Panjang membina aset
>
> Rasulullah SAW tidak ada di atas muka bumi tika Islam
> menguasai 2/3 dunia. Yang menyaksikannya adalah aset kepada
> pewaris-pewaris yang telah dibina oleh Rasulullah SAW.
> Rasulullah SAW membina sekelompok manusia di zamannya,
> sekelompok manusia itu membina pula manusia di zaman mereka,
> pergerakan ini berjalan dalam bentuk rantaian lantas
> menghasilkan hasil yang tiada siapa mampu menjangka.
>
>
> Tinggal kita, apakah kita hendak percaya akan taktik Perang
> Nafas Panjang ini?
>
> Sungguh, yang percaya dan mampu melaksanakannya hanyalah
> yang benar keimanannya kepada Dia.
>
> Tidakkah anda teruja untuk menyertai kafilah syurga?
>
>
> Penutup: Kalau benar serius, itulah dia jalannya
>
> Perang Nafas Panjang tidak akan mampu dilaksanakan oleh
> orang yang tidak faham akan permasalahan Palestina yang
> sebenarnya. Idea ini juga tidak akan mampu ditangkap oleh
> orang yang tidak faham akan tujuannya berada di atas muka
> bumi Allah ini. Idea ini juga tidak akan mampu difahami oleh
> mereka yang tidak melihat Islam adalah cara hidup yang
> sebenarnya.
>
> Dakwah dan tarbiyah, kalau benar serius untuk menewaskan
> Israel, menewaskan musuh-musuh Allah, maka itula dia
> jalannya.
>
> Anda boleh kaji perjalanan Rasulullah SAW.
>
> Baginda bermula dari kosong, melaksanakan dakwah dan
> tarbiyah, mengajak hati-hati yang bersih dan membina mereka
> lalu tumbuh di tengah masyarakat jahiliyyah cahaya-cahaya
> petunjuk untuk kehidupan mereka. Tetapi cara ini sukar dan
> panjang. Namun kita lihat, Rasulullah memilih jalan ini.
>
>
> Apakah rahsia Islam bertahan menjadi pemerintah dunia
> selama 1400 tahun lebih?
>
> Inilah dia. Perang Nafas Panjang. Dakwah dan Tarbiyah.



p/s: sesungguhnya perjalanan ni masih belum selesai....