Sunday, June 13, 2010

Alhamdulillah...Ujian itu TarbiyahNya Yang Hebat...

Assalamualaikum,

Baru pulang ke melaka setelah weekend yang agak terisi...Alhamdulillah selesai walimatulurus Saudara Salman Bashir & Saudari Siti Hajarah Bt Mohd Yusoff...syukur semuanya selesai seperti dijadualkan...alhamdulillah :) Moga barakah menyusuri ke atas bait yang dibina...moga dikurniakan zuriat yang baik dari sisiNya...menjadi pejuang agama kelak...:)ameen...

Sekadar perkongsian dari email seorang rakan...semoga membuka minda & bermanfaat insyaAllah :)

Palestin...
Adakah ianya berlaku dalam masa sehari?


> Ledakan kesedaran apabila berlakunya serangan tentera
> Israel Zionis ke atas Konvoi Bantuan Kemanusiaan Flotilla,
> Lifeline4Gaza yang perlu kita pandang pandang sebagai
> ‘spark’ apabila dua batu api dilagakan.
>
> Tinggal sekarang, siapakah yang hendak menggunakan
> ‘spark’ yang wujud itu, mencucuhkannya pada dedaun
> kering agar muncul api yang menyala, kemudian disogokkan
> pula api kecil itu dengan ranting kecil membuatkannya
> membesar dan kuat, seterusnya diberikan kayu yang lebih
> besar agar ia lebih marak, akhirnya diberikan kayu-kayu
> besar untuk menjadikan nyalaannya kekal?
>
>
> Tawanan telah selamat. Jerit laung sudah semakin surut.
> Sungguh, kita sinonim dengan menang sorak. Hakikatnya Israel
> tidak tewas dengan pelepasan tahanan. Gaza terus terluka.
> Islam terus dihina. Justeru tidakkah kita melihat bahawa
> kita perlukan kefahaman yang jelas agar kemenangan berpihak
> pada kita?
>
>
> Perang Nafas Panjang
>
> Pasti ada yang bertanya, apakah itu perang nafas panjang .
> Hakikatnya ia adalah satu perancangan rapi yang mesti
> digerakkan dengan konsisten, penuh keimanan dan kepercayaan
> kepada janji Allah, sabar dan istiqomah adalah perisai
> ketahanan, dan taqwa adalah bekalan perjalanan.
>
> Perang Nafas Panjang bukanlah gerakan yang dilakukan
> perseorangan. Bukan juga tindakan-tindakan yang memberikan
> kesan sementara tidak bermakna. Tetapi ianya satu pergerakan
> bersistematik yang kesannya amat utuh tak mampu digegarkan
> semua.
>
> Sungguh, ianya popular dikenali dengan nama lain.
>
> Dakwah dan tarbiyah.
>
> Itulah dia perang nafas panjang yang di perkatakan.
>
>
> Jahiliyyah dan perang nafas panjang mereka.
>
> Kita melihat bahawa jahiliyyah yang dicanangkan oleh
> musuh-musuh Allah juga mempunyai sistem peperangan nafas
> panjang mereka. Kita melihat dengan lebih luas, betapa apa
> yang berlaku hari ini, apa yang ada di sekitar kita hari
> ini, adalah semuanya hasil perancangan yang telah mereka
> usahakan beratus tahun yang lepas.
>
> Suasana hari ini adalah acuan tangan mereka. Media hari
> ini adalah keluaran mereka. Hiburan, maksiat, dosa, semuanya
> diatur oleh mereka agar menjadi malakah(darah daging) dalam
> kehidupan kita. Mereka yang menyediakan itu dan ini,
> mengaturkan itu dan ini, agar kita terpenjara dalam ruang
> lingkup yang dikehendaki mereka.
>
> Akhirnya, hari ini tiba. Mereka boleh menipu tanpa ada yang
> mampu bertindak terhadap mereka. Mereka mengawal ekonomi.
> Mereka mengawal suara pemimpin. Lihatlah betapa sikitnya
> yang ambil kisah dengan Islam dalam kehidupan mereka,
> lihatlah betapa sikitnya pula yang ambil kisah dengan
> Palestin sana, jangan dicerita pula betapa sikitnya yang
> berjuang di atas jalan Allah SWT.
>
> Semuanya hasil perancangan mereka.
>
> Adakah mereka mula menggerakkan perancangan mereka
> semalam?
>
> Tidak.
>
> Mereka telah bermula beratus tahun yang lampau.
>
>
> Menang sorak sehari tak akan merubah apa-apa
>
> Kita laknat mereka, kita doa kehancuran untuk mereka,
> tetapi kita tidak bergerak dalam arena perang nafas panjang,
> maka kita tidak akan mendapat apa-apa.
>
> Hari ini mereka bebaskan orang ikut kehendak kita. Esok
> mereka bunuh lagi orang lain yang sama pentingnya, cuma
> mungkin kita tidak mengenalinya. Hari ini mereka berikan
> kita apa yang kita mahu, agar kita tambah alpa dan leka,
> rasa kemenangan sudah milik kita. Esok mereka gerakkan lagi
> perancangan yang lebih besar untuk memerangkap kita.
>
> Hakikatnya, berapa ramai telah terbunuh di Palestin? Dari
> sebesar-besar sebuah negara, hingga tinggal wilayah Gaza
> sekangkang kera. Tidakkah orang Israel itu sentiasa berjaya?
> Sedang kita menang sorak sehari sahaja.
>
> Kita kata itu dan ini, tetapi kehidupan tetap tidak berubah
> jua. Kita hanya lancang pada bicara, tetapi hidup tetap
> tidak kita ubah tatacaranya. Kita tetap hidup macam orang
> jahiliyyah hidup. Cuba soal semula diri kita, lihat kembali
> kehidupan kita. Apakah dari jahiliyyah yang telah kita
> korbankan dalam kehidupan kita? Bagaimanakah hubungan kita
> dengan Allah SWT? Bagaimana pula hubungan kita dengan muslim
> lain di sekeliling kita?
>
> Nyata, ummah tak akan diselamatkan oleh seorang hero.
>
> Tetapi ia diselamatkan oleh satu generasi.
>
> Rasulullah SAW dan para sahabat menjadi bukti akan hal
> ini.
>
>
> Urgensi dakwah dan tarbiyah
>
> Maka di sini kita perlu melihat kepada perang nafas panjang
> kita. Mungkin sahaja kejayaan itu tidak tiba hari ini,
> tetapi pastinya kalau kita menggerakkan agenda Perang Nafas
> Panjang ini, kita akan berjaya dalam satu jangka masa yang
> pasti.
>
> Saya memberikan beberapa contoh perang nafas panjang yang
> telah berjalan.
>
>
> Gerakan Dakwah Rasulullah SAW dan para sahabat.
>
> Walaupun hanya sempat berjalan selama 23 tahun sahaja,
> tetapi nilai gerakan da’wah atas dasar keimanan kepada
> Allah swt tetap terus berjalan hingga ke hari ini. Walaupun
> jasad Baginda telah tiada. Nilai 23 tahun hidupnya dakwah
> hingga ke hari ini masih dibicarakan, akhlak baginda, uslub
> dakwahnya, kaedah pemerintahan baginda. Hinggakan nama-nama
> para-para sahabat Nabi saw dijadikan nama anak-anak kita bg
> mengenang jiwa yang pernah hidup dan mencorak dunia hingga
> ke hari ini.
>
> Apakah asas dua pertubuhan itu?
>
> Dakwah dan tarbiyah. Ia membina kilang mereka sendiri,
> memproses manusia agar menjadi seperti mana yang Allah
> redhai. Manusia yang telah diproses ini pula memberikan
> kesan pula kepada manusia yang lain menyebabkan kewujudan
> manusia-manusia yang Allah redhai semakin banyak. Ia seakan
> satu sistem piramid, MLM, tetapi berani saya katakan ini
> adalah sistem MLM Ilahi yang telah dilaksanakan oleh
> Rasulullah SAW dahulu.
>
> Rasulullah SAW berdakwah kepada Abu Bakr RA, Abu Bakr RA
> pula mengajak Bilal bin Rabah, Uthman ibn Affan, Abdurrahman
> Ibn Auf, dan ramai lagi. Mereka yang ramai ini pula mengajak
> yang ramai lagi. Dan mereka mengikuti proses tarbiyah,
> mengislah kehidupan mereka, mengislah keimanan mereka,
> memantapkan kefahaman mereka, meningkatkan kesungguhan
> mereka terhadap ibadah dan menjadi seorang mukmin yang
> sebenarnya.
>
> Dalam masa 23 tahun, Islam menjadi anutan seluruh jazirah
> arab. Dan tidak lama kemudian, menjadi pemerintah kepada 2/3
> dunia. Sejarah telah merakamkan manusia-manusia seperti Umar
> Al-Khattab, Salahuddin Al-Ayubi, Muhammad Al-Fateh,
> Ilmuwan-ilmuwan Islam dan sebagainya yang dikagumi semua,
> ilmu-ilmu Islam yang advandce, wilayah-wilayah Islam yang
> jauh lebih maju, makmur dan aman.
>
> Adakah ianya berlaku dalam masa sehari?
>
> Tidak sama sekali. Ia telah digerakkan seawal hari pertama
> Rasulullah diutuskan. Dakwah dan tarbiyah.
>
>
> Itulah dia perang nafas panjang, dan kita juga boleh
> melaksanakannya
>
> Sewajibnya orang-orang yang beriman kepada Allah SWT
> memahami perkara ini dan melaksanakannya bermula kepada
> diri, keluarga dan masyarakat sekeliling.
>
> Mulakan dengan mentarbiyah diri, kemudian berdakwahlah
> kepada ahli keluarga. Bina keluarga kita sebagaimana yang
> Allah redha, yang Allah mahu. Anak-anak kita yang soleh akan
> memberikan kesan kepada anak-anak orang lain di mana sahaja
> mereka berada. Isteri kita yang solehah dan terjaga akan
> menjadi model kepada wanita-wanita di sekelilingnya. Kita
> yang bersih akan menjadi contoh ikutan kepada semua.
> Keluarga kita yang bagus, baik akan menjadi qudwah kepada
> masyarakat.
>
> Adik beradik, ayah ibu, abang kakak, semuanya kita
> usahakan.
>
> Untuk pelajar bujang, bermula dengan diri, kemudian dengan
> rakan-rakan serumah, seterusnya rakan-rakan sekuliah.
>
> Gerakkan dakwah dan tarbiyah. Pastikan ianya bergerak
> dengan konsisten. Bukan tembak dan lari. Tetapi pimpin dan
> bimbing. Kita bina bi’ah solehah di tengah badai
> jahiliyyah, menghasilkan satu perkara yang bernama uzlah
> syu’uriah tammah(pengasingan rasa secara total – orang
> lain suka jahiliyyah, kita di tengah mereka menggerakkan
> Islam – yang konsisten).
>
> Jika musuh-musuh Allah menyebarkan suasana jahiliyyah, maka
> kita kena bina suasana solehah. Jika musuh-musuh Allah
> berikan hiburan jahiliyyah, maka kita kena masyhurkan
> hiburan yang menghidupkan jiwa. Jika musuh-musuh Allah
> membina pemimpin-pemimpin berotak taat mereka, kita membina
> pemimpin-pemimpin berotak taat kepada Allah.
>
> Tetapi semestinya, membina bukanlah jalan yang sekejap. Ia
> memakan masa. Tetapi bagi yang percaya dan beriman
> kepadaNya, ini tetap akan digerakkan. Kerana inilah dia
> jalan kemenangan yang sebenarnya.
>
> Inilah yang dilakukan mereka yang faham. Mereka inilah yang
> namanya bukan sekadar berdoa dan berharap. Bukan sekadar
> melaung dan menjerit. Mereka ini yang bukannya menang sorak
> sehari tetapi kemudian kalah berhari-hari.
>
> Inilah dia orang-orang yang percaya. Yang yakin dan sabar
> dengan ujian-Nya.
>
> Inilah dia, manusia yang akan menang pada akhirnya.
>
> Perjalanan ini memang panjang. Tetapi kepanjangan itu,
> itulah yang terdekat dengan apa yang kita kehendaki –
> Redha Allah, keamanan hidup di dunia dan syurga di akhirat
> sana.
>
> Perang nafas panjang, apakah kita telah melaksanakannya?
>
> Perang Nafas Panjang membina aset
>
> Rasulullah SAW tidak ada di atas muka bumi tika Islam
> menguasai 2/3 dunia. Yang menyaksikannya adalah aset kepada
> pewaris-pewaris yang telah dibina oleh Rasulullah SAW.
> Rasulullah SAW membina sekelompok manusia di zamannya,
> sekelompok manusia itu membina pula manusia di zaman mereka,
> pergerakan ini berjalan dalam bentuk rantaian lantas
> menghasilkan hasil yang tiada siapa mampu menjangka.
>
>
> Tinggal kita, apakah kita hendak percaya akan taktik Perang
> Nafas Panjang ini?
>
> Sungguh, yang percaya dan mampu melaksanakannya hanyalah
> yang benar keimanannya kepada Dia.
>
> Tidakkah anda teruja untuk menyertai kafilah syurga?
>
>
> Penutup: Kalau benar serius, itulah dia jalannya
>
> Perang Nafas Panjang tidak akan mampu dilaksanakan oleh
> orang yang tidak faham akan permasalahan Palestina yang
> sebenarnya. Idea ini juga tidak akan mampu ditangkap oleh
> orang yang tidak faham akan tujuannya berada di atas muka
> bumi Allah ini. Idea ini juga tidak akan mampu difahami oleh
> mereka yang tidak melihat Islam adalah cara hidup yang
> sebenarnya.
>
> Dakwah dan tarbiyah, kalau benar serius untuk menewaskan
> Israel, menewaskan musuh-musuh Allah, maka itula dia
> jalannya.
>
> Anda boleh kaji perjalanan Rasulullah SAW.
>
> Baginda bermula dari kosong, melaksanakan dakwah dan
> tarbiyah, mengajak hati-hati yang bersih dan membina mereka
> lalu tumbuh di tengah masyarakat jahiliyyah cahaya-cahaya
> petunjuk untuk kehidupan mereka. Tetapi cara ini sukar dan
> panjang. Namun kita lihat, Rasulullah memilih jalan ini.
>
>
> Apakah rahsia Islam bertahan menjadi pemerintah dunia
> selama 1400 tahun lebih?
>
> Inilah dia. Perang Nafas Panjang. Dakwah dan Tarbiyah.



p/s: sesungguhnya perjalanan ni masih belum selesai....

No comments:

Post a Comment