Saturday, April 10, 2010

Ya Allah, selamatkan sekalian penghisap rokok...ameen

Berita Harian, 1 April 2010


KL April1,10 - Seorang pakar akademik dari Australia semalam mendedahkan satu hasil kajian di Belanda baru-baru ini yang mendakwa menemui sel darah merah babi sebagai kandungan penyekat bahan kimia dalam puntung rokok.

Profesor Simon Chapman dari Universiti Sydney dilaporkan berkata, kajian itu mendapati babi digunakan dalam 185 jenis industri termasuk penemuan sel darah merah haiwan itu dalam penapis (filter) rokok.

Kenyataan beliau yang disiarkan oleh akhbar Daily Telegraph kelmarin menjelaskan, hasil kajian tersebut pastinya mengejutkan perokok yang beragama Islam serta Yahudi yang diharamkan memakan babi. Menurutnya, setakat ini satu jenama rokok yang dijual di Greece telah didapati mengandungi darah babi.

Di Israel, merokok adalah di haramkan dan dilarang keras. Apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka atau merokok diluar.

Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan penyelidikan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak atau lembab.


p/s: hmmmm, speechless, sume pon dah tau nikmat merokok dan juga sengsara merokok. Hanya diri sendiri boleh undi untuk buat keputusan sama ada Y.A atau T.I.D.A.K kepada rokok dan antara kepada N.E.R.A.K.A atau S.Y.U.R.G.A. matlamat anda. Talian akan ditutup apabila nyawa anda ditarik oleh malaikat maut di saat sakaratul maut di penghujung jalan anda. Anda yang menentukan segalanya. YOUR CHOICE--->>>jika masih flexible terhadap rokok tersebut, maksudnye kene samak setiap hari lah bibir tuh..^_^

sekadar perkongsian...semuanya tertakluk kepada anda...ur life is ur gift...appreciate it, dont take it for granted...

wallahualam^_^

Wednesday, April 7, 2010

Hadiah Ukhuwwah^_^

Hadiah teristimewa untuk anda!!

Nikmat ukhuwwah yang lazat berkrim ^_^


Saudaraku, ukhuwwah itu menjana bahagia..biarpun dengan linangan air mata.

Kerana ukhuwwah itu dibina atas iman kepada Allah Yang Maha Esa.
( Pencipta kita, sumber kebahagian kita dan tempat pergantungan kita. Dia menyayangi kita lebih daripada kita menyayangi diri kita sendiri )

Dengan ukhuwwah, kita diikat erat dengan aqidah yang sama

Disegarkan dengan kefahaman siapa hamba, siapa pencipta

Disuburkan dengan perjuangan untuk hidup dan mati dengan penuh makna
Saudaraku, serendah-rendah ukhuwwah adalah berlapang dada


Dan setinggi-tinggi ukhuwwah adalah ithar~mengutamakan orang lain dari diri sendiri

Justeru bukan semua kemesraan adalah ukhuwwah

Kerana bukan semua kemesraan dibina atas dasar iman

Hanya jiwa yang disegarkan dengan iman bisa membentuk manusia yang sanggup berlapang dada dan mengutamakan orang lain

Bersyukurlah saudaraku dengan hadiah ukhuwwah ini^_^ Sesungguhnya ia adalah anugerah

Mari berdoa: "segala puji bagi Allah yang telah mempertautkan hati-hati kami, maka dengan nikmatNya, jadilah kami bersaudara"..ameen^_^

Semoga kita selalu mengingati hadith 13: "seseorang dia antara kamu tidak dikatakan beriman sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dia mencintai dirinya sendiri" (Bukhari & Muslim)

Bukankah nikmat yang paling kita harapkan untuk diri kita ialah redhaNya???

Maka itu jualah yang diharapkan untukmu wahai saudaraku^_^

Saudaraku ^_^

"Sesungguhnya, seorang muslim itu,
apabila berjalan di jalan dakwah,
ia tidak berjalan dengan hatinya sahaja,
dibawa bersama hati saudaranya,
justeru setiap pahala yang didapati sepanjang perjalanannya pasti akan terbias untuk saudara seperjuangannya"
-Mustafa Masyhur

Kerana nikmat yang paling kita harapkan untuk diri kita ialah nikmat hidup dan mati dalam iman keranaNya...ameen

Maka itu jualah yang kita harapkan untuk sahabat-sahabat kita^_^

Saudaraku

Orang-orang yang hidup dibawah naungan cinta dan ukhuwwah kerana Allah...akan merasakan kebahagian dan ketenangan yang tidak pernah dirasai oleh orang-orang yang berkumpul kerana urusan duniawi...

Kerana asasnya indah, justeru hadiahnya juga indah^_^


Allah swt telah menjanjikan syurga dan naunganNya untuk mereka yang bertemu dan berpisah keranaNya!!!

Ya...HANYA KERANANYA^_^

Justeru saudaraku, jika kita tidak bertemu lagi selepas ini, semoga Allah swt temukan kita lagi di syurga nanti...^_^

Monday, April 5, 2010

Hum Saath Saath Hain!-->>We Are In This Together:)

Posted by Muslimat MMMC on Monday, March 22, 2010

"Hum Sath Sath Hain"??
Pasti ramai yang akan tertanya-tanya apakah maksud di sebalik tema ini.

Jom beramai-ramai menghadiri program bertemakan "Hum Sath Sath Hain" ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut!!

Program ini merupakan aktiviti bersama muslimat Batch 21 yang julung kali diadakan bertujuan untuk meraikan kedatangan para pelajar ke kampus Melaka dan mengenali dengan lebih rapat di samping mengukuhkan ukhwah antara satu sama lain. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan dan perkongsian pengalaman daripada senior tentang kehidupan seharian di Melaka.

Butiran program :
Tarikh : 25 Mac 2010 (Khamis)
Masa : 7.00 - 8.45 p.m.
Lokasi : No. 30, Jln Desa Baru
Yang diraikan : Muslimat Batch 21

Berikut adalah aturcara aktiviti program :

7.00 p.m. : Ketibaan pelajar

7.30 p.m. : Solat Maghrib berjemaah

8.00 p.m. : Makan malam dan sharing

8.45 p.m. : Kesimpulan dan bersurai

Kehadiran para pelajar Batch 21 ke program ini amat dialu-alukan.

'Mari bersama-sama memeriahkan serta menjayakan program ini'

Moment to be cherish :)



















Jazakillah!


Alhamdulillah. Program Hum Saath Saath Hain telah berjaya dijalankan. Seramai 20 orang muslimat Batch 21 dan 14 orang muslimat Batch 19 & 20 telah bersama-sama menghadiri program ini. Terima kasih diucapkan kepada AJK program dan juga tuan rumah yang telah bertungkus-lumus memastikan kelancaran program. Tanpa sumbangan anda dan izin Allah, belum tentu lagi kita dapat menjalankan program ini dengan jayanya. Jazakillah khayran kathira!

Semoga usaha diberkati, dirahmati dan diredhai Allah swt...ameen...

(p/s: the only person xde dlm gambar, photographer..hehe--->>>siti nurani abdullah^_^)

Saturday, April 3, 2010

Berdoa



Keutamaan Berdoa :


1. Berdoa salah satu bentuk ketaatan kepada Allah dengan menjalankan PerintahNya
Dan Allah swt berfirman : "Berdoalah kelian kepadaKu, pasti Aku kabulkan doamu"
(Ghafir:60)

2. Berdoa adalah ibadah, Rasulullah saw bersabda : "Doa adalah ibadah" (HR
Tirmidzi,Ibnu Majah hadits sahih)

3. Berdoa bererti membersihkan diri dari sifat takabbur. Firman Allah swt:
" Berdoalah kalian kepadaKu, pasti Aku kabulkan doamu, sesungguhnya orang-orang
yang menyobongkan diri dengan tidak mahu berdoa kepadaKu maka mereka akan masuk
neraka dalam keadaan hina" (Ghafir:60)

4. Berdoa adalah amal yang paling mulia di sisi Allah swt. Rasulullah saw
bersabda: "Tidak ada sesuatu yang paling mulia di sisi Allah swt selain doa" (HR
Ahmad,Bukhari)

5. Doa dapat mencegah murka Allah swt. Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa yang
tidak mahu berdoa kepada Allah makan Allah murka kepadanya" (HR At-tarmizi)

6. Berdoa dapat melapangkan dada, menghilangkan stress, mengusir kesedihan dan
memudahkan urusan.

7. Berdoa sebagai bukti bertawakkal kepada Allah swt.

8. Berdoa salah satu meningkatkan semangat.

9. Berdoa membebaskan diri dari sifat lemah. Rasulullah bersabda: " Orang yang
paling lemah adalah prang yang tidak bersemangat berdoa"(HR Ibnu Hibban)

10. Doa dapat menolak bala. Rasulullah saw bersabda: " Doa dapat menolak bala yang
sudah turun dan yang belum turun" (HR Ibnu Hibban)

11. Doa dapat menjadikan mujahid tabah di medan dakwah untuk meraih kemenangan.

12. Doa adalah senjata orang mukmin.

13. Berdoa sebagai bukti keimanan kepada Allah swt.

Wallahualam..semoga dapat diamalkan bersama-sama..ameen..

Thursday, April 1, 2010

Wednesday, March 31, 2010

"Sharing is Caring-Want to be a good muslim doctor?????"


Assalamualaikum wbt, muslimin & muslimat Melaka Manipal Medical College,Melaka yang dikasihi sekalian. Sebuah talk akan diadakan pada hari sabtu ini semperna menyambut kepulangan sahabat seperjuangan batch 21 ke tanah air yang tercinta ini.

Butiran Program seperti berikut :

Topic :" Sharing is Caring-Want to be an Excellent Muslim Doctor???"

Speaker : Dr Zainal (anaesthetist)
Dr Maimunah (ONG specialist)
( both are specialist from GH melaka )

Time : 2-5.00pm

Date : 3 April, Sabtu

Content : - Perkongsian hidup sebagai Muslim Doctor
- Kupasan masalah sebagai pelajar medic, housemen nanti
- Persedian Ke Arah Menjadi Excellent Doctor yang tidak
melupakan Rabbnya dan disamping menjadi hambaNya yang
soleh & solehah
- Kepentingan Ukhwah dalam Profession Kedoktoran
( Mutlidisicplinary Community)
- Sesi soal jawab berkenaan isu hangat medic sekarang
( sahabat-sahabat boleh clarify persoalan yang bermain
dibenak hati masing-masing. Contoh : Penggunaan Ubatan
bercampur aduk dengan unsur haram dalam merawat pesakit
muslim, rukhsah solat sewaktu di bilik bedah,
etc)

Bonus : Pengangkutan akan disediakan ( tunggu di tempat naik bus ke
clinic pagi seperti biasa JAM 1.50pm-BE PUNCTUAL K )
Makan & Minum Petang disediakan

Mari ramai-ramai kite ke Majlis Ilmu ini..Demi mencari keredhaanNya.Kita sedia maklum bahawa majlis ilmu adalah merupakan taman-taman syurga di dunia. Sesiapa yang tidak mencium haruman Syurga di dunia, mana mungkin dia akan dapat mencium haruman syurga di akhirat nanti.

Jadilah kita empat golongan yang akan mendapat perlindungan Allah pada hari akhirat sebagaimana Allah berseru di dalam hadis Qudsinya :
” Dimanakah orang yang saling berkasih sayang keranaKu, yang saling ziarah menziarahi keranaKu, yang saling duduk keranaKu dan saling nasihat menasihati keranaKu, pada hari ini, aku tempatkan mereka dalam naunganKu pada hari yang tidak ada naungan melainkan naunganKu..”.

Moga sekalian para Malaikat datang memberikan rahmat kepada mereka yang menghadirinya dan juga mendoakan keampunan untuk mereka.Ameen..

Wallahualam

p/s:bagi sesiapa yg berminat sila maklumkan kesudian anda untuk hadir kepada

Muhd Afiq (b19) 019-9585139
Hamizah (b19) 019-9124147
Ammar bin Abdul Hamid (b20) 013-2121914
Hilmi Mahmud (b21) 013-3020276
Siti Nurani Abdullah (b20) 013-2478655
Shaarehan ZA (B20) 017-4322216
Nurul Huda Muharram ( B21) 019-2051416

MOGA USAHA DIBERKATI OLEH ALLAH SWT...

Monday, March 29, 2010

seluas mata memandang


Assalamualaikum wbt..
Dengan Nama Allah, segala puji baginya Tuhan Semesta Alam..

Selesai sudah posting ortho hari ini, tetapi masih ade tutorial jam 2.30pm nanti:) Melihat adik2 masih di India, dengan berbaki 6 bulan sebelum pulang ke malaysia, waktu precious yang perlu dimanfaatkan bagi menghabiskan hari-hari mendatang dengan penuh kesyukuran. Bagi saya pengalaman belajar di India mengajar saya erti kehidupan sebenar, perit perjuangan di alam medic dgn demand yg tidak pernah putus. Di samping itu, banyak perkara lain yg harus diterokai sebagai khalifah kecil di muka bumi ini terutama amanah sebagai hambaNYA selamanya...di sini ingin dikongsikan sebuah diari kisah sahabat berenam 6ovus4eva semasa masing-masing berjuang di Bumi India bumi yang banyak mengajar erti kesusahan dan menghargai ciptaan alam oleh Yang Maha Esa, Allah SWT...iA

Menetap di bumi India selama hampir 2 tahun setengah banyak mengajar saya dan kawan-kawan tentang erti kehidupan. India, sebuah negara yang mempunyai bilangan penduduk hampir 1 billion, keluasan hampir 1.2 million persegi, mempunyai 27 buah negeri, yang mana setiap satunya mempunyai cara hidup dan tempat bersejarah yang tersendiri. Sungguh unikkan?

Pada cuti semester kedua tahun pertama yang lalu, kami berpakat untuk tidak pulang ke tanah air dan menggunakan peluang itu untuk melawat Utara India selama 3 minggu, iaitu secara backpacking, seramai 10 orang perempuan. Orang kata alang-alang sudah menetap di negara orang, apa salahnya menimba pengalaman dengan melawat tempat-tempat mereka. Disebabkan kedudukan kampus kami di Manipal, Karnataka, yang terletak di Selatan India, kami terpaksa menaiki kereta api selama hampir 12 jam ke destinasi pertama kami di Utara India, Mumbai (juga salah satu cara untuk menjimatkan kos). =P

Antara tempat-tempat yang kami lawati seterusnya ialah Delhi, Jodphur, Jaipur dan Jaisalmer(ketiga-tiga disebut sebagai Golden Triangle), Agra, adanya Taj Mahal iaitu mahligai tersergam indah yang dibina oleh Shah Jehan untuk isteri tercintanya Mumtaz, Varanasi di mana terletaknya Sungai Ganges, Amritsar yang merupakan kawasan orang Punjabi, dan akhir sekali Manali dan Shimla, kawasan bersalji. Perjalanan kami dari satu negeri ke negeri lain kebanyakannya hanya menggunakan perkhidmatan kereta api, auto, dan bas. Selain itu, kami terpaksa menjadi vegetarian sepanjang perjalanan kerana kesukaran untuk mendapatkan makanan halal.

Apa yang paling menarik sepanjang perjalanan merentasi Utara India ialah persoalan yang sering dibangkitkan oleh penduduk tempatan, yang kadang-kadang disertai dengan pandangan sinis. Di antaranya
"Mengapakah awak semua bertudung?"
"Tak panas ke awak bertudung sepanjang masa?"
"Kenapa awak perempuan Muslim tetapi berpakaian seluar,tidak seperti perempuan Muslim di India yang berpakaian jubah hitam?"

Pada mulanya kami agak terkejut dan terkedu untuk menjawab. Perkara ini jarang sekali dipersoalkan ketika kita berada di Malaysia. Jawapan yang sering kami berikan ialah "Bertudung adalah cara hidup kami. Bertudung merupakan suruhan Allah kepada kami, dan kami melakukannya dengah hati yang rela. Kami memakai tudung dan pakaian yang menutup aurat, kerana aurat kami hanyalah untuk tatapan orang yang berhak seperti suami, anak lelaki, ayah dll. Dan kami yakin dengan suruhan dan ganjaran Allah di Akhirat kelak".

Mari kita imbas kembali sejarah kedatangan Islam ke India yang berlaku pada tahun 50 Hijrah di bawah tampuk pemerintahan kerajaan Umaiyyah, yang mana ketika itu diterajui oleh Mu'awiyah bin Abu sufiyan, khalifah pertama era tersebut. Penyebaran agama Islam dilakukan melalui perluasan kuasa. Bermula dari saat itu, Islam di India terus berkembang dan sehingga ke hari ini, umat Islam di India dianggarkan seramai 120 million, salah satu negara yang mempunyai populasi umat Islam yang tertinggi di dunia.

Tetapi sejauh manakah masyarakat sekeliling sedar tentang kewujudan umat Islam di sana? Mereka seolah-olah menganggap agama Islam masih memandang golongan wanita sebagai golongan yang tidak patut diberi kedudukan yang setaraf dengan lelaki, menganggap amalan bertudung sebagai satu paksaan, dan menganggap agami Islam boleh dipermain-mainkan. Dimana persoalan yang hanya akan terungkai apabila mendapat hidayah untuk belajar tentang Islam yang sebenarnya.Dan yang paling penting setakat manakah kesedaran kita sebagai umat Islam tentang kedudukan Islam pada ketika ini? Fikir-fikirkanlah.

Taraf hidup rakyat India yang susah juga banyak memberi keinsafan kepada kami. Purata pendapatan sehari rakyat mereka hanyalah 30 rupee=RM3 dan bagi mereka yang tidak berkemampuan, mereka tinggal di tempat pembuangan sampah, membina rumah sementara dengam menggunakan kotak atau daun. Bayangkan apa yang mereka boleh beli untuk mengisi perut sendiri dan keluarga, bayangkan bagaimana mereka ingin membesarkan anak-anak dalam pesekitaran sebegitu?

Tetapi, saya sangat kagum dengan semangat kental yang ada dalam diri masyarakat India yang bersungguh-sungguh dalam melakukan segala tugasan, yang saya rasa patut kita contohi. Kebanyakan mereka juga sering meminta sedekah dan peluang ini boleh juga digunakan kita sebagai Muslim untuk bersedekah.

Kehidupan di India sebagai pelajar membuatkan kita sentiase bersyukur dilahirkan di Malaysia, dengan segala kemudahan yang tersedia ada. Mungkinkah Manipal atau India akan dirindui setelah kembali ke tanah air? Tepuk dada, tanya selera. Bagi saya, saya akan merindui kehidupan di sini yang dikelilingi oleh orang-orang yang sentiasa bersederhana, juga pensyarah-pensyarah yang banyak berjasa, memberi "foundation" yang kukuh untuk kami semua dan juga merindui tuan rumah kami, Auntie Sarojini. Bak kata pepatah "Hujan emas di negeri orang, baik lagi hujan batu di negeri sendiri".

InsyaAllah, semoga apa yang diperkatakan di atas boleh dijadikan sebagai satu peringatan buat diri sendiri dan bagi sesiapa di luar sana yang berpeluang membaca entri ini...


oleh sahabat 6ovus4eva...