Monday, March 29, 2010

seluas mata memandang


Assalamualaikum wbt..
Dengan Nama Allah, segala puji baginya Tuhan Semesta Alam..

Selesai sudah posting ortho hari ini, tetapi masih ade tutorial jam 2.30pm nanti:) Melihat adik2 masih di India, dengan berbaki 6 bulan sebelum pulang ke malaysia, waktu precious yang perlu dimanfaatkan bagi menghabiskan hari-hari mendatang dengan penuh kesyukuran. Bagi saya pengalaman belajar di India mengajar saya erti kehidupan sebenar, perit perjuangan di alam medic dgn demand yg tidak pernah putus. Di samping itu, banyak perkara lain yg harus diterokai sebagai khalifah kecil di muka bumi ini terutama amanah sebagai hambaNYA selamanya...di sini ingin dikongsikan sebuah diari kisah sahabat berenam 6ovus4eva semasa masing-masing berjuang di Bumi India bumi yang banyak mengajar erti kesusahan dan menghargai ciptaan alam oleh Yang Maha Esa, Allah SWT...iA

Menetap di bumi India selama hampir 2 tahun setengah banyak mengajar saya dan kawan-kawan tentang erti kehidupan. India, sebuah negara yang mempunyai bilangan penduduk hampir 1 billion, keluasan hampir 1.2 million persegi, mempunyai 27 buah negeri, yang mana setiap satunya mempunyai cara hidup dan tempat bersejarah yang tersendiri. Sungguh unikkan?

Pada cuti semester kedua tahun pertama yang lalu, kami berpakat untuk tidak pulang ke tanah air dan menggunakan peluang itu untuk melawat Utara India selama 3 minggu, iaitu secara backpacking, seramai 10 orang perempuan. Orang kata alang-alang sudah menetap di negara orang, apa salahnya menimba pengalaman dengan melawat tempat-tempat mereka. Disebabkan kedudukan kampus kami di Manipal, Karnataka, yang terletak di Selatan India, kami terpaksa menaiki kereta api selama hampir 12 jam ke destinasi pertama kami di Utara India, Mumbai (juga salah satu cara untuk menjimatkan kos). =P

Antara tempat-tempat yang kami lawati seterusnya ialah Delhi, Jodphur, Jaipur dan Jaisalmer(ketiga-tiga disebut sebagai Golden Triangle), Agra, adanya Taj Mahal iaitu mahligai tersergam indah yang dibina oleh Shah Jehan untuk isteri tercintanya Mumtaz, Varanasi di mana terletaknya Sungai Ganges, Amritsar yang merupakan kawasan orang Punjabi, dan akhir sekali Manali dan Shimla, kawasan bersalji. Perjalanan kami dari satu negeri ke negeri lain kebanyakannya hanya menggunakan perkhidmatan kereta api, auto, dan bas. Selain itu, kami terpaksa menjadi vegetarian sepanjang perjalanan kerana kesukaran untuk mendapatkan makanan halal.

Apa yang paling menarik sepanjang perjalanan merentasi Utara India ialah persoalan yang sering dibangkitkan oleh penduduk tempatan, yang kadang-kadang disertai dengan pandangan sinis. Di antaranya
"Mengapakah awak semua bertudung?"
"Tak panas ke awak bertudung sepanjang masa?"
"Kenapa awak perempuan Muslim tetapi berpakaian seluar,tidak seperti perempuan Muslim di India yang berpakaian jubah hitam?"

Pada mulanya kami agak terkejut dan terkedu untuk menjawab. Perkara ini jarang sekali dipersoalkan ketika kita berada di Malaysia. Jawapan yang sering kami berikan ialah "Bertudung adalah cara hidup kami. Bertudung merupakan suruhan Allah kepada kami, dan kami melakukannya dengah hati yang rela. Kami memakai tudung dan pakaian yang menutup aurat, kerana aurat kami hanyalah untuk tatapan orang yang berhak seperti suami, anak lelaki, ayah dll. Dan kami yakin dengan suruhan dan ganjaran Allah di Akhirat kelak".

Mari kita imbas kembali sejarah kedatangan Islam ke India yang berlaku pada tahun 50 Hijrah di bawah tampuk pemerintahan kerajaan Umaiyyah, yang mana ketika itu diterajui oleh Mu'awiyah bin Abu sufiyan, khalifah pertama era tersebut. Penyebaran agama Islam dilakukan melalui perluasan kuasa. Bermula dari saat itu, Islam di India terus berkembang dan sehingga ke hari ini, umat Islam di India dianggarkan seramai 120 million, salah satu negara yang mempunyai populasi umat Islam yang tertinggi di dunia.

Tetapi sejauh manakah masyarakat sekeliling sedar tentang kewujudan umat Islam di sana? Mereka seolah-olah menganggap agama Islam masih memandang golongan wanita sebagai golongan yang tidak patut diberi kedudukan yang setaraf dengan lelaki, menganggap amalan bertudung sebagai satu paksaan, dan menganggap agami Islam boleh dipermain-mainkan. Dimana persoalan yang hanya akan terungkai apabila mendapat hidayah untuk belajar tentang Islam yang sebenarnya.Dan yang paling penting setakat manakah kesedaran kita sebagai umat Islam tentang kedudukan Islam pada ketika ini? Fikir-fikirkanlah.

Taraf hidup rakyat India yang susah juga banyak memberi keinsafan kepada kami. Purata pendapatan sehari rakyat mereka hanyalah 30 rupee=RM3 dan bagi mereka yang tidak berkemampuan, mereka tinggal di tempat pembuangan sampah, membina rumah sementara dengam menggunakan kotak atau daun. Bayangkan apa yang mereka boleh beli untuk mengisi perut sendiri dan keluarga, bayangkan bagaimana mereka ingin membesarkan anak-anak dalam pesekitaran sebegitu?

Tetapi, saya sangat kagum dengan semangat kental yang ada dalam diri masyarakat India yang bersungguh-sungguh dalam melakukan segala tugasan, yang saya rasa patut kita contohi. Kebanyakan mereka juga sering meminta sedekah dan peluang ini boleh juga digunakan kita sebagai Muslim untuk bersedekah.

Kehidupan di India sebagai pelajar membuatkan kita sentiase bersyukur dilahirkan di Malaysia, dengan segala kemudahan yang tersedia ada. Mungkinkah Manipal atau India akan dirindui setelah kembali ke tanah air? Tepuk dada, tanya selera. Bagi saya, saya akan merindui kehidupan di sini yang dikelilingi oleh orang-orang yang sentiasa bersederhana, juga pensyarah-pensyarah yang banyak berjasa, memberi "foundation" yang kukuh untuk kami semua dan juga merindui tuan rumah kami, Auntie Sarojini. Bak kata pepatah "Hujan emas di negeri orang, baik lagi hujan batu di negeri sendiri".

InsyaAllah, semoga apa yang diperkatakan di atas boleh dijadikan sebagai satu peringatan buat diri sendiri dan bagi sesiapa di luar sana yang berpeluang membaca entri ini...


oleh sahabat 6ovus4eva...

No comments:

Post a Comment