Wednesday, April 21, 2010

Mencari redhaMu Ya Allah ^_^

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

"Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (Surah Al-Baqarah : ayat 186)

"Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepada mu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri, iaitu orang-orang yang kikir dan menyuruh orang lain berbuat kikir. Barang siapa berpaling (dari perintah-perintah Allah), maka padahnya menimpa dirinya sendiri, sesungguhnya Allah Dialah Yang Maha kaya lagi Maha Terpuji. (Surah Al-Hadid : ayat 23 & 24)

Redha bererti menerima segala keputusan Allah SWT kepada anda. Redha adalah ciri orang beriman dan sikap terpuji. Orang yang redha kepada Allah SWT, atau pasrah hanya kepada keputusan Allah SWT akan sentiasa mendapat curahan Rahmat-Nya. Anda harus yakin bahawa doa anda pasti dikabulkan oleh Allah SWT dan menerima setiap pemberian Allah SWT dengan keredhaan. Katakan kepada diri anda bahawa anda hanya yakin dan redha kepada Allah SWT semata.

Lawan dari sikap redha adalah kecewa atas keputusan-keputusan Allah SWT. Sikap ini adalah bayang-bayang kekafiran. Sikap kecewa muncul dari jiwa yang gelisah dan fikiran yang ragu kepada Allah SWT. Sedangkan redha muncul dari jiwa yang tenang dan fikiran yang kukuh. Sikap redha selalu mengiringi anda untuk mensyukuri nikmat-Nya, sedangkan kecewa kepada Allah SWT akan mengiringi anda kepada kekufuran. Jadilah hamba Allah SWT yang hanya redha kepada-Nya dan diredhai-Nya.


Di dalam kehidupan ini, tiada yang paling bermakna melainkan kita berjaya mendapat redha ALLAH azza wa Jalla.

Apabila segala apa usaha itu ALLAH SWT redhai, pasti kita akan beroleh berkat. Menilai keberkatan ini bukan dengan kemewahan kita, bukan jua dengan pangkat dan kuasa kita...berkat ini akan kita lihat dengan kedamaian dan kebahagian hidup di dunia dan akhirat. Meskipun banyak dugaan dan rintangan, insan yang peroleh rahmat ALLAH mengganggap itu semua sebagai ujian. Ingatlah...yang kekal ialah alam akhirat...dunia cuma sementara.

Marilah sama-sama kita mohon agar ALLAH menjadikan kita hambaNYA yang dirahmati dan diredhainya. Hanya Redha ALLAH yang kita cari..ameen^_^

No comments:

Post a Comment