Thursday, April 15, 2010

Review Sharing is Caring 3 April 2010

Review Sharing Is Caring - Want To Be An Excellent Muslim Doctor??

A Talk By Dr Zainal & Dr Maimunah

Assalamualaikum wbt.

Mungkin ramai tertanya-tanya apakah maksud tersirat program tersebut???...nak tahu jom kita imbas kembali...Recap Recap Recap...semoga bermanfaat^_^

Satu program "sharing is caring" telah diadakan di Pejabat JIM pada 3 April 2010 jam 2.30 hingga 5.00 petang. Seramai 46 muslimat dan 8 muslimin telah menghadirkan diri diwakili dari batch senior dan junior, batch 17, 18, 19, 20 dan 21. Bertujuan semata-mata mengukuhkan ikatan silaturrahim antara batch-batch di MMMC.InsyaAllah...Ameen...

Sepanjang talk, intipati yang ditekankan ialah ukhuwwah rabbaniah, di mana Islam itu kuat kerana persaudaraan yang kuat dibina atas dasar iman dan taqwa kepada Yang Maha Esa. Asasnya demi mencari keredhaanNya. Di mana, kita sedia maklum bahawa majlis ilmu adalah merupakan taman-taman syurga di dunia. Sesiapa yang tidak mencium haruman Syurga di dunia, mana mungkin dia akan dapat mencium haruman syurga di akhirat nanti. Sebagaimana yang diajarkan kepada kita agar menjadi antara empat golongan yang akan mendapat perlindungan Allah pada hari akhirat sebagaimana Allah berseru di dalam hadis Qudsinya :

"Di manakah orang yang saling berkasih sayang kerana-Ku, yang saling ziarah menziarahi kerana-Ku, yang saling duduk kerana-Ku dan saling nasihat menasihati kerana-Ku, pada hari ini, aku tempatkan mereka dalam naungan-Ku pada hari yang tidak ada naungan melainkan naungan-Ku..”.

Kesimpulan yang dapat diambil daripada talk yang diberikan ialah EXCELLENT nyer kite adalah bergantung kepada izin ALLAH SWT atas usaha dan keringat yang kita taburkan demi mencapai kejayaan dan kegemilangan tersebut. Allah s.w.t telah mencipta umat Islam umat yang cemerlang kerana ukhuwwah yang tulus kerana-Nya dan doa sekalian hambaNya yang menginginkan pertolonganNya disamping usaha, strategi dan tawakkal kepada-Nya. Seperti firman Allah dalam surah An-Nasr:

"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk agama Allah, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepada-Nya. Sungguh, Dia Maha Penerima Taubat. "

Moga sekalian para Malaikat telah datang memberikan rahmat kepada mereka yang telah menghadirinya dan berkat dari Allah SWT disusuli sepanjang zaman. InsyaAllah.. Ameen..^_^

Remember : The COLORS (excellence) are from ALLAH THE ALMIGHTY. Grab it by performing your duty to Allah..InsyaAllah...Ameen ^_^



Posted by Sisters United MMMC, Melaka

No comments:

Post a Comment