Monday, May 24, 2010

Keberkesanan Kempen Boikot..alhamdulillah :)

Kempen Boikot Berjaya Menutup 17 Kilang Di Penempatan Haram di Tebing Barat
palestinkini.info..

Rabu , 19/05/2010 -Kempen pemulauan yang menyeru memboikot produk-produk dari kilang-kilang penempatan haram, yang diambil oleh orang Palestin di Tebing Barat, menyebabkan penutupan sekurang-kurangnya tujuh belas kilang sejak beberapa bulan yang lalu. Seperti yang dilaporkan oleh The Washington Post, Avi Alekiam, yang mewakili pemilik dari tiga ratus kilang di pemukiman industri Mishor Adumim Tebing Barat, mengatakan “situasi yang sukar diterima.”

Untuk rakyat Palestin, seperti yang dilaporkan oleh The Washington Post, inilah strategi yang dicari-cari oleh mereka. Kempen boikot ini juga berlaku di medan antarabangsa di mana Palestin dan negara-negara Eropah memboikot produk-produk Israel menunjukkan sokongan mereka yang padu dengan Palestin.

Palestin telah mencuba selama lebih daripada empat puluh tahun, untuk menamatkan penjajahan Israel melalui Intifadah dan perundingan, yang berlangsung lebih dari dua dekad, tetapi tidak berjaya dan sekarang Palestin ingin mencapai kejayaan dengan bekerja keras untuk membuat kempen ini lebih kuat dan bertahan selamanya, sebagai bukti bahawa kempen ini berdasarkan pada kempen yang aman dan kekerasan tidak digunakan, dan mungkin menghasilkan buah pada akhirnya. Strategi ini berada pada tahap yang popular, setelah datangnya penyertaan daripada pimpinan Palestin di dalam kempen tersebut.


p/s : The Land full of His Blessing and blessed people...insyaAllah. Do we want to help, by at least boikoting and doa, or just look n see their suffering???ask ourself...

semoga berkat Ilahi menyusuri ke seluruh alam ini...kita berdoa :)

No comments:

Post a Comment