Monday, March 22, 2010

Merindui KekasihMu Ya Allah....selawat ke atas Baginda saw

12 Rabiul Awal adalah tarikh kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.tetapi kita sering terlupa bahawa 12 Rabiul Awal juga merupakan tarikh kewafatan baginda Nabi S.A.W.

3 hari sebelum kewafatan baginda Nabi S.A.W., Saidatina Aishah menceritakan bahawa di suatu ketika beliau terlihat Nabi sedang mencari-cari sesuatu. Apabila ternampak Aishah, baginda bertanya kepada Aishah, “Ya Aishah, dimana kau letakkan uncang wang ku”.

Aishah menjawab, “Aku letak disini ya Rasulullah”. Baginda lantas menyuruh Aishah, “Tolong sedekahkan wang emas ini pada fakir miskin yang ada diluar sana”. Aishah menjawab, “Baiklah ya Rasulullah, akan kusedekahkan wang emas ini kepada fakir miskin”.

Kemudian Rasulullah pengsan semula kerana kesan dari racun yang ada didalam badan baginda akibat dari perbuatan wanita yahudi yang memasukkan racun ke dalam makanan baginda.

Sesedar semula baginda dari pengsannya, baginda bertanya semula pada Aishah, “Sudahkah disedekahkan wang emas tadi pada fakir miskin?” Aishah menjawab, “ Ya Allah, aku terlupa ya Rasulullah”. Rasulullah S.A.W terus menitiskan air mata apabila mendengar jawapan dari Aishah.

Baginda lantas berkata, sekiranya Allah mengambil nyawaku hari ini, apa yang perlu aku jawab kerana aku wafat dalam keadaan meninggalkan wang emas di dalam rumah ini sedangkan ramai fakir miskin yang kelaparan diluar sana.

Begitulah tingginya akhlak Rasulullah S.A.W. yang sepatutnya setiap dari kita mengambil tauladan dan mengamalkannya.

Manakah pemimpin selainnya yang Berjaya menjadikan dirinya sebagai sumber ilham para sahabat dan pengikutnya hingga mereka menjadi tokoh-tokoh berkaliber besar.

Manakah pemimpin selainnya, yang walaupun suci bagaikan salju namun ummatnya tidak pula terdorong untuk menuhankannya? Inilah dia manusia insan kamil yang pernah suatu masa dahulu diturunkan kebumi dengan kehendak Ilahi untuk menjadi tauladan sekelian ummat manusia dan rahmat seluruh alam, dan saya tidak mengetahui adanya peribadi lain yang melebihinya baik dahulu mahupun akan datang. Sungguh bagindalah putera alam yang teragung.

Aku menCINTAImu Ya Rasulullah…..

No comments:

Post a Comment